Friday, December 26, 2008

Insaflah wahai insan...

Kalau diperhatikan kepada nasihat-nasihat Ibrahim Adham dapatlah kita simpulkan bahawa betapa kerdilnya kita sebagai hamba Allah swt yang sentiasa memohon belas kasihanNya. Justeru kembalilah kita kepada Allah mensucikan diri dengan penuh keinsafan dan meninggalkan perbuatan mungkar yang dimurkai Allah swt. serta mengharapkan balasan rahmat dan hidayat daripadaNya...

Monday, December 22, 2008

IBRAHIM ADHAM - SYARAT NAK BUAT MAKSIAT

Ibrahim Adham menyatakan bahawa jika seseorang itu hendak mengerjakan maksiat, hendaklah melepasi 5 perkara di bawah:
1. Jangan makan rezeki Allah
2. Jangan tinggal di bumi Allah
3. Carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat dilihat oleh Allah ketika hendak melakukan maksiat
4. Kalau Malaikat Maut datang kepadamu, katakana kepadanya: “Tangguhkanlah dahulu kerana aku mahu bertaubat dan beramal soleh”.
5. Kalau Malaikat Zabaniah datang mengiringimu ke neraka maka jangan kamu ikutnya.
Sekiranya kamu berjaya melepasi kelima-lima perkara di bawah, maka bolehlah kamu berbuat maksiat.