Setinggi-tinggi tahniah kepada adik Nik NurMadihah yang telah berjaya mencapai kejayaan gemilang 20 A (191A dan 12A)dalam SPM baru-baru ini. Begitu juga dengan adik Siti fatimah yang menjadi pelajar cemerlang kebangsaan pada tahun 2007 . Kejayaan mereka juga merupakan kejayaan semua guru di Maahad Muhammadi (P). Di sini jasa guru tidak boleh dilupakan dengan begitu sahaja kerana tanpa dorongan guru, mungkin murid tersebut tidak berupaya untuk terus cemerlang..terutama sekali bantuan daripada Papa Li (Cikgu Razali) yang telah membantu menolong Nik dari segi kewangan.
Namun begitu saya amat bangga kerana kedua-dua calon cemerlang Kebangsaan dua tahun berturut-turut adalah dari sekolah Maahad Muhammadi (P)- sekolah lama saya. Apa yang saya perhatikan kejayaan kedua-dua pelajar di atas adalah kejayaan yang sebenarnya complete dan sempurna dari segi rohani dan jasmani kerana subjek-subjek yang mereka pelajari merangkumi subjek duniawi dan ukhrawi. Tambahan lagi corak pendidikan di MMP adalah berdasarkan keislaman dan mementingkan pembentukan sahsiah mulia.
Apa yang penting pada masakini ialah kita ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan dalam masa yang sama terpuji dari segi sahsiahnya. Kebanyakan pelajar hanya cemerlang akademik tetapi sahsiah belum tentu. Kadang-kadang solat pun tidak cukup lima waktu..
Justeru saya harap agar MMP akan dapat melahirkan pelajar sebegini lebih ramai lagi pada masa depan..InsyaAllah dan sterusnya menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang lain di seluruh Malaysia .
"AKHLAK CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG"
Friday, April 3, 2009
Wednesday, April 1, 2009
Pelbagai aksi menghafaz pelajar
Baru-baru ini saya mengadakan aktiviti menghafaz untuk pelajar-pelajar tingkatan satu di SMK Zainab (1). Ayat yang dihafaz cuma ayatul Kursi sahaja tapi oleh kerana tidak ingat ayat kursi jadi kenalah dihafaz sebab ada ujian menghafaz.. Kita lihat macam mana pelajar ni sedang menjalani ujian hafazan.

Malu nak tunjuk muka depan ustazah..nasib baik buku tu buku Nota Bestari Pendidikan Islam ..boleh la sambil-sambil promote..
Malu nak tunjuk muka depan ustazah..nasib baik buku tu buku Nota Bestari Pendidikan Islam ..boleh la sambil-sambil promote..
Monday, March 30, 2009
Seminar dan Bengkel Soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam di Langkawi
Insyaallah pada 8 - 10 April 2009 (Rabu - Jumaat) ini akan diadakan satu seminar dan bengkel pembinaan soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam untuk semua JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu. Para JLU Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam akan bertolak ke sana dengan bas (seronok naik bas..) Tugas mereka ialah membina soalan Pertengahan Tahun Pendidikan Islam Tingkatan 1,2 dan 4 serta Tasawwur Islam Tingkatan 4. Soalan-soalan ini akan diedarkan kepada seluruh sekolah menengah di bawah PPD Kota Bharu pada bulan Mei nanti. Insyaallah semoga semuanya berjalan lancar..Jumpa di sana..
Sunday, March 29, 2009
Program Usrah Asrama Puteri Semenza Memantapkan Rohani Murid
Tahun 2009 merupakan tahun bersejarah bagi Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Takmir Musalla di SMK Zainab (1) kerana berjaya merancang dan melaksanakan usrah di asrama Puteri Semenza. Semua murid asrama terlibat dalam usrah ini. Usrah asrama ini mendapat bimbingan daripada 30 orang naqibah yang telah dilantik dan diberi bimbingan khas oleh guru-guru Pendidikan Islam di Semenza. Naqibah yang terlibat dalam memberikan usrah ini juga adalah AJK BAKTI Semenza yang telah dilantik oleh Jawatankuasa PITM (Penghayatan Islam dan Takmir Musalla) baru-baru ini.
Program Usrah ini berjalan selama 1 jam dan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan kehidupan murid yang telah disusun khas oleh Biro Usrah dan Tarbiah iaitu Ustazah Raja Haryati bt Raja Ahmad .
Objektif Usrah ialah:
1. Mengeratkan silaturrahim sesama murid.
2. Memantapkan ilmu dan amal Islami dalam kehidupan murid.
3. Melahirkan murid yang berkeyakinan dan jati diri.
4. Melahirkan modal insan yang beriman, bertaqwa dan cemerlang dunia akhirat.
Gambar-gambar sepanjang perjalanan usrah pertama di asrama Puteri Semenza pada 28 Mac 2009 (Sabtu)




Program Usrah ini berjalan selama 1 jam dan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan kehidupan murid yang telah disusun khas oleh Biro Usrah dan Tarbiah iaitu Ustazah Raja Haryati bt Raja Ahmad .
Objektif Usrah ialah:
1. Mengeratkan silaturrahim sesama murid.
2. Memantapkan ilmu dan amal Islami dalam kehidupan murid.
3. Melahirkan murid yang berkeyakinan dan jati diri.
4. Melahirkan modal insan yang beriman, bertaqwa dan cemerlang dunia akhirat.
Gambar-gambar sepanjang perjalanan usrah pertama di asrama Puteri Semenza pada 28 Mac 2009 (Sabtu)