Thursday, June 25, 2009

DUA PROGRAM PERDANA SEMENZA DAH PUN SELESAI.

Lega rasanya...barulah dapat nak bernafas ..nak fikir kecemerlangan pelajar..nak fikir pasal buku latih tubi..nak fikir pasal kemas rumah..dll yang kena fikir. Buku latih tubi dan kelas pengukuhan terpaksa ditangguhkan kerana persediaan untuk dua program perdana ni iaitu perkhemahan perdana dan pasar ria perdana.

Anyway kepuasan tetap ada terutama sekali bila handle kem penghayatan solat, demonstrasi haji dan pengurusan jenazah. Manakala ketika Pasar Ria pulak paling happy ialah ketika murid-murid sekolah rendah datang dan berebut-rebut beli kupon . Kupon laris macam goreng pisang panas.. Tukang jual kupon tak menang tangan jual kupon. Seronok betul..tapi agak sedih juga kerana tak sempat nak snap gambar-gambar budak-budak berebut kupon sebab masa tu sedang menjual kupon jugak..

Sunday, June 21, 2009

BUKU LATIH TUBI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR, SPM DAN TASAWWUR ISLAM BERKONSEPKAN RAMALAN PEPERIKSAAN 2009 HAMPIR SIAP !!

Alhamdulillah proses mengedit dan menyiapkan buku latih tubi berkonsepkan ramalan Pendidikan Islam PMR, SPM dan Tasawwur Islam ini dah hampir tinggal 10 % saja lagi. Harap-harap buku ini akan dapat menemui pelajar dan guru pertengahan bulan Julai nanti...Insya-Allah.