Monday, July 20, 2009

Syukur Alhamdulillah...

Syukur alhamdulillah kerana semua buku-buku yang dicita-citakan untuk diterbitkan dah berjaya diterbitkan dengan Inayah Allah swt. Dan sambutannya amat menggalakkan... walau bagaimanapun rasanya buku-buku Latih Tubi Pendidikan Islam berkonsepkan ramalan tu tak akan ditambah cetak lagi sekiranya kehabisan kerana penggunaannya hanya untuk tahun ini sahaja.Tetapi Buku Nota Bestari dll akan diteruskan seperti biasa.
Tambah-tambah lagi buku Risalah Doa Kecemerlangan dah pun berada di tangan pelajar.. Satu kepuasan yang tidak terhingga bila melihat para pelajar membaca dengan begitu tekun sekali , mengamati isi kandungan buku dan cuba pula menghafaz doa-doa yang terdapat di dalamnya. Mudah-mudahan Allah swt memberikan keberkatan kepada orang yang memanfaatkan buku tersebut..InsyaAllah.