Wednesday, July 29, 2009

Bengkel Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam SPM 2009 anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu


Tarikh : 29 Julai 2009 (Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Dewan Wawasan PPD Kota Bharu

Objektif:
1. Mendedahkan teknik menjawab soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam SPM kepada GPI.
2. Memberi motivasi kepada GPI supaya lebih bersemangat dalam mendidik pelajar
3. Supaya GPI akan mempraktikkan teknik tersebut dalam proses P & P di sekolah
4. Supaya prestasi Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam akan lebih cemerlang
dalam SPM

Sasaran:
Seramai lebih kurang 85 orang GPI (Pendidikan Islam )sekolah menengah sekitar Kota Bharu

Majlis berakhir dengan slot Dialog Profesional antara Ketua Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu iaitu Tn Hj Mohd Fakhrurazi dan GPI. Dialog profesional ini membincangkan tentang pencapaian Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam di sekolah masing-masing dan strategi untuk meningkatkan prestasi kedua-dua mata pelajaran ini.





Tuesday, July 28, 2009

Majlis Ceramah Isra' Mi'raj SMK Zainab (1) 2009 peringkat sekolah

Tarikh : 21 Julai 2009 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Laman Info
Penceramah : Pn Rosnani bt Muhammad (Penolong Pengarah Kepimpinan SPI , JPN)








Ceramah yang disampaikan banyak menekankan tentang kepentingan solat dalam kehidupan. Pelajar disuruh supaya sentiasa mementingkan solat kerana ianya adalah tiang agama dan benteng segala kemungkaran.

Taklimat Bengkel Teknik Menjawab Soalan untuk GPI PPD Kota Bharu

Tarikh : 28 Julai 2009 (Selasa)
Masa : 10.30 pagi
Tempat : Bilik Mesyuarat PPDKB

JLU Pendidikan Islam PPDKB seramai 12 orang telah bermesyuarat bagi membincangkan pelaksanaan Bengkel Teknik menjawab Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Islam bagi tahun 2009 yang akan diadakan di Dewan Lama PPD Kota Bharu pada 29-30 Julai 2009 . Bengkel ini adalah anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu dengan kerjasama Kumpulan JLU Pendidikan Islam .