Alhamdulillah..syukur kerana keputusan PMR di SMK Zainab (1) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam naik dari segi bilangan pelajar yang mendapat A tetapi menurun dari segi peratus kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai (254 orang). Tahun ni bilangan pelajar mendapat A naik seramai 50 orang berbanding tahun lepas. Ini merupakan satu kejayaan tetapi bila dilihat kepada peratus ianya menurun kerana bilangan pelajar yang ramai.
Bila dibuat post mortem, kebiasaannya yang akan menjadi perbandingan adalah peratusnya. Sekiranya pelajar di sekolah terlalu ramai maka kita akan dapat meneka yang peratus akan turun walaupun bilangan yang mendapat A ramai.
Kalaulah perbandingan itu dibuat mengikut bilangan pelajar yang mendapat A..alangkah bahagianya kerana kita akan dapat tahu sekolah mana yang telah berjaya menghasilkan pelajar cemerlang A...kan itu lebih baik berbanding dengan kiraan peratus. Barulah lebih adil..Sampai bila-bila pun sekolah harian biasa dan sekolah kawalan tak akan dapat menandingi sekolah berasrama penuh sekiranya bilangan pelajar terlalu ramai. Dan sepatutnya pencapaian di sekolah-sekolah terpilih ini adalah 100% A..barulah berbaloi dengan bilangan pelajar yang sedikit dan tambahan lagi pelajar yang telah terpilih.
Agaknya mana lebih senang?? Mengajar di sekolah berasrama penuh dengan bilangan pelajar sedikit atau d sekolah harian biasa dengan bilangan pelajarnya yang sentiasa ramai.Sekiranya anda menjadi GPI ..mana satu yang anda akan pilih??