Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana keputusan peperiksaan PMR SMKZ1 tahun ni terus melonjakkan pencapaian calon2 pendidikan Islam kepada 85 % kecemerlangan A. Seramai 208 orang mendapat kecemerlangan A daripada bilangan pelajar lebih kurang 243 orang.
Seterusnya 36 orang mendapat B dan seorang mendapat C.. Tahun depan insyaallah zero C.
Tahniah kepada semua calon PMR SMKZ1 2010 kerana hasil usaha gigih anda akhirnya anda berjaya mencapai kecemerlangan.
Saturday, December 25, 2010
Saturday, December 4, 2010
Kenaikan harga buku2 GLA & Modul Pendidikan Islam Tkn 1 - 5 cetakan baru tahun 2011.
Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa harga buku2 GLA & Modul P.Islam Tingkatan 1 - 5 terpaksa dinaikkan daripada RM7 kepada RM8 memandangkan harga percetakan dan kos pos yang terus meningkat sekarang. Namun begitu kos pos untuk pelanggan akan terus kekal percuma (ditanggung oleh pihak pembekal).
Harap maklum.
Harap maklum.
Tuesday, November 30, 2010
Alhamdulillah...
Semua calon Pendidikan Islam seluruh negara telah selamat menduduki peperiksaan Pendidikan Islam hari ini. Ada calon yang dapat jawab . ada yang agak frust sedikit (boleh jawab tapi tak berapa puashati) .. biasalah macam tu .. boleh jawab ke tidak bergantung atas usaha masing2.
Cuma ada sedikit terkilan la di sini sebab soalan yang tak pernah keluar dan disoal selama ini..tiba disoal iaitu berkaitan dengan hukum wakaf, hukum ra dan hukum mad lazim kalimi musaqqal dan mad lazim kalimi mukhaffaf... Justaeru rasanya semua Guru pendidikan Islam perlu perihatin dan cuba rujuk kembali buku huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam kita kerana kesemua tajuk2 tu ada terdapat dalam buku huraian sukatan tersebut cuma ianya tidak diambil peduli..
Mulai tahun depan kena perkasakan semua hukum Ra, Hukum Wakaf dan Mad2 Lazim.....

Sunday, November 21, 2010
Selamat Bercuti kepada semua warga sekolah seluruh negara!!
Musim cuti akhir tahun sudah tiba..rasanya macam2 perancangan bermain2 di kepala anak2 dan parents...nak pergi makan angin..nak masuk kelas al Quran dan Tahfiz...nak tuisyen ... nak kenduri...dan lain2 lagi...harap2 semua perancangan tersebut berjalan dengan lancar dan selamat..
Kepada student form 2 dan form 4 rasanya musim cuti ni baik jugak diisi dengan menghafaz ayat2 hafazan pmr dan spm supaya senang bila nak menghadapi pmr dan spm tahun depan nanti.....taklah kena hafaz banyak sangat...mulakan dari sekarang .. satu ayat hafazan seminggu dah memadai..

Friday, November 12, 2010
Ujian Pra Pendidikan Islam SPM telah dilaksanakan dengan jayanya .
Pada 11 November lepas , ujian Pra Pendidikan Islam SPM yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPDKB telah dilaksanakan dengan jayanya bermula pada jam 8.00-10.00 (Kertas 1) dan jam 10.30 - 12.10 (kertas 2) . Manakala perbincangannya diadakan sebaik sahaja tamat peperiksaan jam 12.10 tengah hari. Kebanyakan pelajar menyatakan bahawa dengan mengadakan ujian Pra sebegini menjadikan mereka lebih yakin dalam menjawab soalan Pendidikan Islam SPM yang bakal tiba (30 November) nanti.
Harapan para JLU P.Islam PPDKB ialah semoga soalan2 yang keluar dalam ujian Pra ini juga akan keluar dalam soalan peperiksaan SPM sebenar nanti .. Insyaallah..
Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam
Harapan para JLU P.Islam PPDKB ialah semoga soalan2 yang keluar dalam ujian Pra ini juga akan keluar dalam soalan peperiksaan SPM sebenar nanti .. Insyaallah..
Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam
Friday, November 5, 2010
Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Tahun kepada Murid Tkn 1 & 2
Harap2 semua murid tkn 1 & 2 bersedia untuk berhadapan dengan peperiksaan tersebut pada hari isni ni dengan ilmu yang penuh di dada...Ingat balik teknik2 menjawab soalan terutama sekali mata pelajaran Pendidikan Islam..Ustazah doakan agar semuanya berjaya dengan cemerlang ..Insyaallah..
Saturday, October 30, 2010
Ujian PRA SPM 2010 untuk calon2 SPM di SMKZ1
Sekarang ini berlangsungnya ujian Pra untuk calon2 SPM di SMKZ1. Antara objektif ujian Pra adalah supaya pelajar2 tidak leka dan terus bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar..
Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam diadakan ujian Pra yang lebih terancang kerana mengikut arahan daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Ujian Pra untuk P.Islam adalah pada 10 Nov nanti dan sebaik sahaja tamat ujian para guru akan bersama pelajar untuk terus membincangkan jawapan ... mudah2an pelajar Semenza akan terus cemerlang..Insyaallah.
Kepada semua guru Pendidikan Islam di luar sana yang berminat dengan Ujian Pra Pendidikan Islam PPD Kota Bharu ni boleh berhubung dengan saya untuk mendapatkan soalannya tetapi syaratnya penghantarannya adalah melalui email...Tolong bagi email ustaz dan ustazah ..insyaallah saya akan hantarkan...

Bersama-sama memperkasakan Pendidikan Islam..
Syukur lagi...
Syukur kepada Allah swt kerana Kelantan menang bola sepak piala Malaysia semalam..ekoran daripada itu Kelantan dapat cuti peristiwa . Sebenarnya ini juga adalah hadiah untuk Sultan kelantan yang baru di lantik iaitu Sultan Muhammmad ke5. Moga2 Allah terus menambahkan nikmatNya kepada rakyat Kelantan..
Friday, October 29, 2010
Syukur Alhamdulillah..
Setinggi kesyukuran kepada Allah swt kerana SMK Zainab (1) mendapat tempat ketiga di Kelantan dalam peperiksaan Percubaan SPM 2010...manakala subjek Pendidikan Islam pula mendapat 98% A. Lebih kurang 151 orang calon mengambil subjek Pendidikan Islam dan 3 orang mendapat B manakala seorang lagi mendapat C, dan selebihnya mendapat A+, A dan A-. Satu pencapaian yang amat membanggakan saya dan semua GPI di SMKZ1.....
Tahniah kepada semua anak didik di atas kesungguhan kalian dan diharapkan agar kalian semua dapat mengekalkan keputusan ini dalam peperiksaan SPM yang sebenar nanti .. Insyaallah.....
Tahniah kepada semua anak didik di atas kesungguhan kalian dan diharapkan agar kalian semua dapat mengekalkan keputusan ini dalam peperiksaan SPM yang sebenar nanti .. Insyaallah.....
Monday, October 25, 2010
Majlis Anugerah HEM 2010
Tarikh : 18 Oktober 2010 (Isnin)
Masa : 7.50 pagi
Tempat : Laman Info
Antara anugerah-anugerah yang diberikan ialah :
1.Anugerah Kehadiran Pelajar 100%
2.Anugerah HEM untuk guru
3.Anugerah Pelajar Sopan
4.Anugerah Tokoh Ketua Pelajar
5.Anugerah Kelas Ceria

Wednesday, October 13, 2010
Alhamdulillah syukur kerana tajuk ramalan banyak yang keluar..
Syukur kepada Allah swt kerana soalan2 ramalan dalam BUKU SOALAN LATIH TUBI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR 2010 banyak yang keluar dalam peperiksaan Pendidikan Islam PMR 2010 baru2 ini.
Berbaloi jugaklah usaha para Juru Latih Utama Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu menganalisa dan mmenggubal soalan2 ramalan ini . Harap2 kepada pelanggan2 buku ini mendapat hasilnya. Insyaallah.
Begitu juga harapan kali agar soalan2 ramalan dalam BUKU LATIH TUBI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM SPM juga akan keluar dalam peperiksaan Pendidikan Islam SPM 2010 nanti..Insyaallah.... Bagi sesiapa yang ingin kan buku tersebut..buku2 tersebut masih lagi ada stok....CEPAT SEBELUM TERLAMBAT....

Tuesday, September 28, 2010
Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat Untuk PMR di SMK Zainab (1) esok.
Calon2 PMR semakin berdebar2 untuk menghadapi exam tak lama tak...dalam 2 minggu terakhir ini dilaksanakan kelas pecutan terakhir untuk calon2 PMR mengikut subjek masing2..Calon juga menjalani ujian Pra PMR untuk semua subjek bagi persediaan terakhir untuk menghadapi peperiksaan minggu depan.. Semoga semua calon dapat menunjukkan komitmen dan prestasi terbaik dalam peperiksaan PMR tahun ni . Insyaallah
Esok akan diadakan majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu untuk calon PMR di SMK Zainab (1)... semoga semuanya berjalan lancar...
Esok akan diadakan majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu untuk calon PMR di SMK Zainab (1)... semoga semuanya berjalan lancar...
Sunday, September 19, 2010
Exam PMR / SPM 2010 semakin hampir...
Exam PMR dan SPM semakin menghampiri pelajar...semuanya dah berdebar2 sekarang nak menghadapi peperiksaan..... Ada yang belum habis sukatan pelajaran, ada yang baru habis dan ada yang dah habis... Sebenarnya bulan 9 ni dah di kira sebagai bulan mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi.. sepatutnya tidak ada lagi sukatan pelajaran yang belum habis...bagi mata pelajaran P.Islam rata2 pelajar sudah membuat latih tubi soalan...sama ada soalan luar, soalan ramalan, soalan pra, soalan sbp dan soalan mara.. Salah satu daripada teknik berjaya dalam peperiksaan ialah memperbanyakkan soalan2 latih tubi...
Justeru pastikan setiap saat dan ketika anda menunggu datangnya exam..buatlah sebanyak2banyaknya latih tubi bagi semua subjek...buatlah jadual yang seimbang untuk semua subjek agar semua subjek tidak akan ketinggalan daripada mendapat A..Insyaallah... GOOD LUCK..!!

Tuesday, September 14, 2010
Majlis Khatam Al Quran Sempena Ihya Ramadhan 2010 di SMKZ1
Tarikh: 1 Sept 2010 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi - 9.00 pagi
Tempat : Laman Info
Objektif :
1. Memupuk semangat cintakan Al Quran dalam kalangan murid
2. Menyemai sikap suka membaca Al Quran dan menghayati isi kandungannya
3. Membina sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan seharian

"Membina Generasi Al Quran "
Monday, August 16, 2010
Ceramah Awal Ramadan di SMK Zainab (1) 2010
Tarikh : 10 Ogos 2010 (Selasa)
Masa : 7.45 - 9.00 pagi
Tempat : Laman Info, SMK Zainab (1)
Sasaran : Semua Warga Semenza
Objektif :
Masa : 7.45 - 9.00 pagi
Tempat : Laman Info, SMK Zainab (1)
Sasaran : Semua Warga Semenza
Objektif :
- Melatih murid-murid mengamalkan amalan sunat dalam bulan Ramadhan
- Memupuk semangat bantu membantu dan bersedekah sesama insan
- Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga Semenza
- Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt
Ustaz Hj Rusdan daripada SMK Mulong sedang memnyampaikan ceramah
Pelajar SMK Zainab (1)
Guru dan pelajar
Ustaz Hj Rusdan sedang menerima saguhati sekolah daripada PK Pentadbiran Tn Hj Mohamad b Mat Daud
Sunday, August 1, 2010
Slot Bicara Iman dan Pemantapan Sahsiah Murid
Program pemantapan sahsiah murid ini diadakan sebanyak empat siri iaitu siri pertama Tingkatan 5 dan 6, Siri kedua Tingkatan 3 dan 4, siri ketiga Tingkatan 2 dan siri keempat Tingkatan 1. Ceramah disampaikan oleh Pn Hjh Dr Hafidzah bt Mustakim iaitu salah seorang pemotivasi terkenal di Kelantan yang aktif dalam program motivasi di sekolah dan juga program yang melibatkan kaum hawa.
Monday, July 19, 2010
Lawatan Benchmarking ke SMK Aminuddin Baki Sekolah Berprestasi Tinggi
Tarikh : 16 Julai 2010 (Jumaat)
Bukan main bersemangat para guru Semenza siap dengan pakaian seragam yang indah dan ceria seawal jam 7.15 pagi sedang menunggu kehadiran bas untuk SABKL..
Bukan main bersemangat para guru Semenza siap dengan pakaian seragam yang indah dan ceria seawal jam 7.15 pagi sedang menunggu kehadiran bas untuk SABKL..
Bergambar dengan pakaian rasmi sekolah sambil menunggu bas
Pintu utama SMK Aminuddin Baki Kg Pandan
Bergambar dengan barisan pentadbir SABKL
Taklimat daripada SABKL
Sunday, July 11, 2010
Hari Bersejarah - Terima Memo Guru Cemerlang Pendidikan Islam 2010
Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad)
Tempat : Dewan Bestari , SK Padang Garong, Kota Bharu
Memo disampaikan oleh Tuan Hj Abdul Aziz bin Abdullah (KS Pengurusan Sekolah JPN Kelantan)
Seramai 33 orang menerima memo DG 48 dan 5 orang menerima memo DG 44.
Guru Cemerlang Pendidikan Islam DG 48 yang menerima memo ini seramai lebih kurang 5 orang sahaja.

Pendidikan Islam terus gemilang..
Tuesday, July 6, 2010
SMKZ1 dapat Anugerah Tempat Kedua dalam PPDKB bagi mata pelajaran Pendidikan islam
Sekali lagi dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana SMKZ1 dapat surat ucapan Tahniah dan Syabas daripada Unit Pendidikan Islam PPDKB kerana mendapat tempat ke-2 tertinggi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di seluruh PPDKB selepas SMS Tg Mohd Faris Petra, Pengkalan Chepa.
Tak sangka jugak Zainab dapat capai tempat tersebut.. sebab pesaing-pesaing Zainab yang terdiri daripada SMK Dato Ahmad Maher, Maktab Sultan Ismail dan SMK Ismail Petra tak kurang hebatnya berbanding Zainab..Anyway tahun 2009 rezeki Zainab agaknya... Alhamdulillah.

Monday, July 5, 2010
Alhamdulillah !! Syukur !!
Syukur kepada Allah swt kerana akhirnya terjawab juga persoalan yang bermain-main di kepala sejak bulan Mac lalu...title GC Pendidikan dah confirm berjaya diperolehi.... Sebelum ni tahniah bertalu-talu tapi tak dapat nak di terima 100% ucapan tahniah tu kerana masih tergantung-gantung lagi keputusannya sama ada betul berjaya atau tidak. Sekarang ni bolehlah...namun begitu title GC ni bukannya untuk di bangga2kan tetapi merupakan satu tanggungjawab yang terpikul di bahu yang semestinya dilaksana dengan penuh dedikasi dan bermotivasi. Walaubagaimana pun sebenarnya semua guru adalah GC namun tidak secara rasmi diisytiharkan sebagai GC....
Justeru dengan keputusan yang baru saja diperolehi kelmarin daripada JPN membenarkan segalanya.. dan inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan dalam usaha untuk meningkatkan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia. Semoga diri ini akan dipanjangkan umur dan sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt dalam meneruskan usaha ke arah memperkasakan lagi Pendidikan Islam......InsyaAllah..
Doa dan harapan agar lebih ramai lagi Guru Cemerlang Pendidikan Islam akan terpilih untuk terus menyumbangkan tenaga kepada anak bangsa di seluruh negara.....Amin.

Murid kita adalah tanggungjawab kita
Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam
Thursday, July 1, 2010
Kos Pos Naik Sekali Ganda !!!!
Hari ni dua buah bungkusan buku Nota Bestari dan Buku Latih Tubi Bestari di pos ke Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban.. biasanya kos pos dengan 2 bungkusan tu RM16.00 saja tapi hari ni kos pos tiba-tiba dah meningkat kepada RM 29.00. Terkejut betul...naik sekali ganda !!!
Teruk jugak macam ni....niat nak sponsor kos pos kepada pengguna2 buku yang membuat tempahan tapi kalau dah naik mendadak macam tu terasa penat juga nak menanggungnya.....
Untuk makluman semenjak Nota Bestari diedarkan semua kos pos ditanggung oleh penerbit. Ini amat menyelesakan kerana pelanggan tak perlu bayar kos pos tapi bila dah jadi begini....macam mana ya ???

Saturday, June 26, 2010
Buku Soalan Ramalan P.Islam PMR dah nak 'sold out' ..Cepat sebelum kehabisan!!!
Baru saja 2 minggu berada di pasaran , buku soalan latih tubi berkonsepkan ramalan ni dah nak habis...rasa2nya dah tak mau cetak tambah.. bagi sesiapa yang berhajatkan buku tu cepat2 sikit ya..nanti kalau dah habis tak boleh fotokopi dah kecuali mendapat izin daripada Hak Cipta..
Walaubagaimanapun buku P.Islam SPM dan Tasawwur Islam masih lagi banyak (taklah banyak sangat)... Namun begitu kalau betul2 nak memiliki buku2 tu baiklah cepat2 ya...
Sekarang sedang dalam proses mengedit soalan PRA Pendidikan Islam.... Harap2 soalan yang terkandung dalamnya dapatlah membantu anak2 murid yang dikasihi lagi disayangi di luar sana....Insyaallah..
Pendidikan Islam Mudah dan Menyeronokkan...

Thursday, June 24, 2010
Bengkel Soalan Pra Pendidikan Islam, B.Arab dan Tasawwur Islam 2010
Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah kerana dengan Hidayah dan InayahNya para JLU P.Islam PPD Kota Bharu dapat berkumpul sekali lagi untuk memerah otak menghasilkan soalan PRA P.Islam, BAK dan TI 2010 di Bilik Qin , Hotel Renaissance, Kota Bharu selama 2 hari bermula 23 - 24 Jun 2010..
JLU Pendidikan Islam PPDKB amat berpuas hati kerana dapat mengeluarkan soalan Pra (ramalan) set yang ke empat selepas buku Latih Tubi Bestari yang telah dikeluarkan dan diedarkan dua minggu lepas.
Justeru diharapkan agar usaha kami menganalisa dan menghasilkan soalan2 yang amat berguna ini dapat membantu semua calon Pendidikan Islam, BAK dan TI di Kelantan khasnya dan diseluruh Malaysia umumnya..
Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam..

Tuesday, June 8, 2010
Buku Ramalan Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam dah pun siap !!!
Syukur kepada Allah swt kerana kesemua buku-buku ramalan tu dah pun siap.. Insyaallah akan dapat diedarkan secepat mungkin kepada semua GPI yang telah menempahnya lebih awal.
Mudah-mudahan soalan-soalan yang terkandung di dalam buku soalan Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Fokus 2010 ini akan dapat membantu para pelajar untuk mencapai A dalam P.Islam Insyaallah.Yang amat-amat diharapkan adalah semoga soalan2 yang telah di susun oleh kumpulan JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu ini akan keluar dalam exam PMR dan SPM sebenar nanti..
Kita berusaha dan merancang .....namun Allah jua yang menentukan...wallahuaklam
Thursday, June 3, 2010
Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam Menengah PPD Kota Bharu
Tarikh : 2 Jun 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 - 5.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat , Aras 2, PPD Kota Bharu
Agenda :
1. Post Mortem Pendidikan Islam PMR/SPM 2010
Sekolah yang cemerlang dalam Pendidikan Islam PMR / SPM akan diberi sijil anugerah cemerlang
kepada Panitia Pendidikan Islam.
2. Strategi Kecemerlangan Pendidikan Islam 2010. Antara strategi:
- Menghabiskan sukatan dengan segera
- Mengadakan teknik menjawab sebanyak 2x iaitu bulan Mac dan Ogos.
- Memperbanyakkan latih tubi termasuklah buku latih tubi Bestari dan latih tubi daripada JAPIM
- Mengedarkan soalan-soalan SBP / MRSM ke seluruh sekolah di bawah PPD Kota Bharu
3. Sistem fail Panitia hendaklah diselaraskan mengikut PPD sebagaimana berikut:
3.1. Fail minit mesyuarat
3.2. Fail surat menyurat / Pekeliling
3.3. Fail maklumat guru
3.4. Fail Sukatan Pelajaran / Huraian Sukatan Pelajaran
3.5. Fail Perancangan Peningkatan Kecemerlangan Panitia
3.6. Fail Perkembangan Staf
3.7. Fail Bank Soalan
3.8. Fail Analisis Ujian / Peperiksaan
3.9. Fail Persatuan
3.10.Fail Laporan Program / Aktiviti
3.11.Fail Kewangan
3.12.Fail PAFA
3.13.Fail Pencerapan dan Penyemakan Buku Pelajar

Tuesday, May 25, 2010
Buku Ramalan Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam
Insyaallah jika tiada aral melintang buku-buku ini bakal menemui semua GPI dan pelajar pada pertengahan Jun ini. Harap-harap agar soalan-soalan yang dianalisan dan digubal oleh panel soalan PPDKB akan keluar sekurang-kurangnya 70% agar dapat membantu pelajar skor markah terbaik. Inilah sahaja yang dapat kami usahakan untuk memperkasakan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia..
Friday, May 21, 2010
Hari Guru di SMKZ1 2010
Pelbagai program menarik diadakan.. antaranya:
Pertandingan menggubah tembikai
Pertandingan menggubah tembikai
Pertandingan membuat sandwich...emm bestnya sandwich tuna.
Pertandingan kupas kulit epal tak putus-putus
Acara dewan potong kek Hari Guru
Hari Keluarga Semenza 2010 di Seri Tujoh Resort, Tumpat.
Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Seri Tujoh Resort, Tumpat.
Aktiviti hari keluarga :
- Boling kelapa
- Pertandingan cekoh durian
- Pertandingan tiup belon rahsia
- Pertandingan bawa bola ping pong dalam sudu
- Anugerah anak cemerlang
- Barbeque dll
- Paling menarik pertandingan rebut coklat.

Saturday, May 8, 2010
Buku Soalan Latih Tubi Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Islam sedang dalam proses percetakan.
Insyaallah 2 - 3 minggu lagi akan terbitlah buku soalan latih tubi berkonsepkan ramalan ini. Harga Buku Latih Tubi Pendidikan Islam SPM - RM 5.00, PMR - RM 3.50 dan Tasawwur Islam RM 4.00. Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah sms terus kepada saya di no 0139861383. Cetakan adalah terhad!!! Siapa cepat dia dapat.
Harga pakej buku soalan latih tubi 3 buah ini ialah RM13.00 beserta dengan kos pos.
Insyaallah buku-buku ini akan dapat membantu pelajar skor A dalam PMR dan SPM nanti kerana soalannya berformatkan peperiksaan terkini dan telah dianalisa bersama oleh Kumpulan JLU Pendidikan Islam PPDKB.
Ke Arah Memperkasakan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam

Sunday, May 2, 2010
Majlis Anugerah Sinar Wawasan SMK Zainab (1) 2010
ANUGERAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG 2009
Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Semenza
Perasmi : Dato Hjh Noorizan bt Bapoo Hashim
(Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)
Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
Persembahan Pelajar:
Choral Speaking - Koir - Hoki - Formula One
SMK Zainab (1) Sentiasa Mengungguli Kilauan Zaman
Monday, April 26, 2010
Lawatan YBhg.Tan Sri Dato Sri Panglima Dr Hj Ab Rahman Arshad (Penasihat Sekolah Kluster) ke SMKZ (1)
Tarikh : 15 April 2010 (Khamis)
Semua warga Semenza amat bangga dan gembira dengan kehadiran Ybhg.Tan Sri Dato Sri Panglima Dr Hj Abd. Rahman Arshad (Penasihat Sekolah Kluster) ke SMK. Zainab (1) . Mudah-mudahan jalan ke arah mencapai SBT bagi SMKZ (1) semakin terbentang luas. Insyaallah dan mudah-mudahan cita-cita Pengetua SMKZ(1) untuk menjadikan Semenza sebagai SBT akan dimakbulkan Allah.
Semasa lawatan tersebut Tan Sri dihidangkan dengan persembahan Gamelan, Hoki dan Choral Speaking (hoki dan bahasa inggeris merupakan niche area SMKZ1).
Pemain Hoki sedang membuat persembahan
Persembahan gamelan
Tan Sri bergambar dengan sektetariat pentadbiran SMK Zainab (1)
Saturday, April 24, 2010
Persembahan Powerpoint puteri Semenza
Pelajar Tingkatan 5 Bestari dan 5 Harmoni SMKZ1 2010 telah diberikan tugas untuk menyelesaikan tugasan sekitar tajuk Tamadun Islam dan Tokoh Islam Tingkatan 4 & 5. Para pelajar menyiapkan tugasan masing-masing dan pembentangan telah dilaksanakan pada 2 minggu yang lepas. Masing-masing tak sabar-sabar dan bersemangat untuk membentangkan powerpoint dan menunjukkan kebolehan masing-masing.