Tuesday, July 6, 2010

SMKZ1 dapat Anugerah Tempat Kedua dalam PPDKB bagi mata pelajaran Pendidikan islam

Sekali lagi dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana SMKZ1 dapat surat ucapan Tahniah dan Syabas daripada Unit Pendidikan Islam PPDKB kerana mendapat tempat ke-2 tertinggi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di seluruh PPDKB selepas SMS Tg Mohd Faris Petra, Pengkalan Chepa.

Tak sangka jugak Zainab dapat capai tempat tersebut.. sebab pesaing-pesaing Zainab yang terdiri daripada SMK Dato Ahmad Maher, Maktab Sultan Ismail dan SMK Ismail Petra tak kurang hebatnya berbanding Zainab..Anyway tahun 2009 rezeki Zainab agaknya...  Alhamdulillah.

Monday, July 5, 2010

Alhamdulillah !! Syukur !!

Syukur kepada Allah swt kerana akhirnya terjawab juga persoalan yang bermain-main di kepala sejak bulan Mac lalu...title GC Pendidikan dah confirm berjaya diperolehi.... Sebelum ni tahniah bertalu-talu tapi tak dapat nak di terima 100% ucapan tahniah tu kerana masih tergantung-gantung lagi keputusannya sama ada betul berjaya atau tidak. Sekarang ni bolehlah...namun begitu title GC ni bukannya untuk di bangga2kan tetapi merupakan satu tanggungjawab yang terpikul di bahu yang semestinya dilaksana dengan penuh dedikasi dan bermotivasi. Walaubagaimana pun sebenarnya semua guru adalah GC namun tidak secara rasmi diisytiharkan sebagai GC....

Justeru dengan keputusan yang baru saja diperolehi kelmarin daripada JPN membenarkan segalanya.. dan inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan dalam usaha untuk meningkatkan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia. Semoga diri ini akan dipanjangkan umur dan sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt dalam meneruskan usaha ke arah memperkasakan lagi Pendidikan Islam......InsyaAllah..

Doa dan harapan agar lebih ramai lagi Guru Cemerlang Pendidikan Islam akan terpilih untuk terus menyumbangkan tenaga kepada anak bangsa di seluruh negara.....Amin.

Murid kita adalah tanggungjawab kita


Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam