Saturday, October 30, 2010

Ujian PRA SPM 2010 untuk calon2 SPM di SMKZ1

Sekarang ini berlangsungnya ujian Pra untuk calon2 SPM di SMKZ1.  Antara objektif ujian Pra adalah supaya pelajar2 tidak leka dan terus bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar..

Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam diadakan ujian Pra yang lebih terancang kerana mengikut arahan daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Ujian Pra untuk P.Islam adalah pada 10 Nov nanti dan sebaik sahaja tamat ujian para guru akan bersama pelajar untuk terus membincangkan jawapan ... mudah2an pelajar Semenza akan terus cemerlang..Insyaallah.

Kepada semua guru Pendidikan Islam di luar sana yang berminat dengan Ujian Pra Pendidikan Islam PPD Kota Bharu ni boleh berhubung dengan saya untuk mendapatkan soalannya tetapi syaratnya penghantarannya adalah melalui email...Tolong bagi email ustaz dan ustazah ..insyaallah saya akan hantarkan...

Bersama-sama memperkasakan Pendidikan Islam..

Syukur lagi...

Syukur kepada Allah swt kerana Kelantan menang bola sepak piala Malaysia semalam..ekoran daripada itu Kelantan dapat cuti peristiwa . Sebenarnya ini juga adalah hadiah untuk Sultan kelantan yang baru di lantik iaitu Sultan Muhammmad ke5. Moga2 Allah terus menambahkan nikmatNya kepada rakyat Kelantan..

Friday, October 29, 2010

Syukur Alhamdulillah..

Setinggi  kesyukuran kepada Allah swt kerana SMK Zainab (1) mendapat tempat ketiga di Kelantan dalam peperiksaan Percubaan SPM 2010...manakala subjek Pendidikan Islam pula mendapat 98% A. Lebih kurang 151 orang calon mengambil subjek Pendidikan Islam dan 3 orang mendapat B manakala seorang lagi mendapat C,  dan selebihnya mendapat A+, A dan A-. Satu pencapaian yang amat membanggakan saya dan semua GPI di SMKZ1.....

Tahniah kepada semua anak didik di atas kesungguhan kalian dan  diharapkan agar kalian semua dapat mengekalkan keputusan ini dalam peperiksaan SPM yang sebenar nanti .. Insyaallah.....

Monday, October 25, 2010

Majlis Anugerah HEM 2010

Tarikh : 18 Oktober 2010 (Isnin)
Masa : 7.50 pagi
Tempat : Laman Info

Antara anugerah-anugerah yang diberikan ialah :
1.Anugerah Kehadiran Pelajar 100%
2.Anugerah HEM untuk guru
3.Anugerah Pelajar Sopan
4.Anugerah Tokoh Ketua Pelajar
5.Anugerah Kelas Ceria