Tuesday, April 12, 2011

Suntingan soalan Latih Tubi Bestari berkonsepkan Ramalan Pendidikan Islam PMR / SPM Fokus 2011 peringkat terakhir !!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah InayahNya saya telah berjaya menyunting ketiga2 buah buku Latih Tubi Bestari Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur  Islam bermula 10 - 12 April  yang baru lepas.

Proses penyuntingan dilakukan bersama rakan JLU PPDKB . Masa selama 3 hari yang diberikan oleh PPD Kota Bharu digunakan sepenuhnya oleh kami bermula seawal jam 7 pagi sehingga 10 malam. Memang proses penyuntingan ini amat memenatkan namun begitu demi untuk kejayaan anak2 pelajar terpaksa kami korbankan masa bersama keluarga tercinta .

Semoga hasil yang bakal dikeluarkan nanti berbaloi dengan usaha dan pengorbanan yang kami berikan..Insyaallah.. Apa yang kami amat2 harapkan semoga soalan2 dalam buku latih tubi tersebut boleh membantu pelajar menjawab soalan dalam peperiksaan sebenar nanti..insyaallah.

Sekarang buku2 tersebut sudah berada dalam proses suntingan percetakan . Insyaallah sekiranya cover buku2 tersebut siap nanti , saya akan paparkan di blog ini..

Program Cakna Solat Asrama Siri II 2011

Tarikh : April 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 - 2.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka Asrama
Sasaran : 80 orang pelajar tingkatan 2 m 3 dan 4.
Hasil kaji selidik: 19 orang cukup solat 5 waktu dan 61 orang tak cukup solat 5 waktu sehari semalam.

                     Ustazah Roslina sedang menyampaikan ceramah
                               Barisan  guru Pendidikan Islam SMKZainab (1)
                       Peserta-peserta program cakna solat siri ke II
                                   Program stesyen

                    Penceramah utama : Al Fadhil Ustaz Fikri bin Hamat
                     Peserta sedang menunjuk cara solat
                  Peserta terbaik program sedang memberikan ulasan tentang program