Tuesday, April 19, 2011

Kedudukan Pencapaian Pendidikan Islam SMKZ (1) tempat ke 4 di seluruh negeri Kelantan.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pengetua telah mengumumkan bahawa pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam di SMKZ (1) amat baik dan menduduki tempat ke 4 di Kelantan.

Walaupun tempat ke 4 tetapi pihak GPI SMKZ1 amat berbangga kerana inilah pertama kali pencapaian Pendidikan Islam SMKZ1 top 5 di Kelantan dan sekolah-sekolah teratas merupakan sekolah-sekolah berasrama penuh yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh murid SMKZ1 kerana murid2 mereka adalah murid yang terpilih. Namun dalam kalangan sekolah2 kawalan di PPDKB agaknya SMKZ1 menduduki tempat pertama. Sebelum ni Pendidikan Islam SMKZ1 mendapat tempat ke 2 di PPD Kota Bharu.

Semoga kejayaan terus berulang..Insyaallah...


' Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam'

Majlis Kesyukuran Sempena Kecemerlangan PMR/SPM dan STPM 2010

Tarikh : 14 April 2011 (Khamis)
Masa : 12.00 - 3.00 petang
Tempat : Laman SMKZ (1)

Alhamdulillah syukur..kerana dengan kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar akhirnya SMKZ (1) berhasrat untuk menyembelih empat ekor lembu sempena kesyukuran tersebut. Semua pegawai2 PPD, ibu bapa, sekolah-sekolah sekitar,dan masyarakat setempat dijemput untuk menghadiri jamuan tersebut. Semoga kecemerlangan berulang lagi di SMKZ1 tahun depan Insyaallah..