Sunday, November 27, 2011

MUHASABAH MAAL HIJRAH

Ya Allah ...
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang mukminah solehah,
Kerana mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

Salam Maal Hijrah ke 1433..

Semoga Tahun Baru Hijrah yang ke 1433 ini akan memberikan seribu rahmat kepada kita semua..Insyaallah. Didoakan semoga semua strategi kecemerlangan yang bakal dilaksanakan pada tahun baru ini sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat PPDKB akan diberkati dan diredai Allah SWT..
Disamping itu didoakan juga agar diri ini diberi kesihatan yang berpanjang oleh Allah SWT supaya semua perancangan akan berjalan dengan mudah, lancar dan cemerlang. Insyaallah..amin.