Thursday, June 21, 2012

Mesyuarat AJK Program Cakna Potensi PMR / SPM 2012

Alhamdulillah ..hari ini telah berlangsung satu mesyuarat yang telah dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPDKB di Aras 2, PPD Kota Bharu. Mesyuarat tersebut berkaitan dengan perjalanan program Cakna Potensi PMR dan SPM yang bakal berlangsung pada 25 - 28 Jun (PMR) dan 8 - 10 Julai (SPM).

Program ini mensasarkan seramai 492 orang calon berpotensi Pendidikan Islam PMR dan 398 calon berpotensi Pendidikan Islam SPM. Pelajar berpotensi ini bermaksud pelajar yang sederhana lemah (GALUS) dan  berpotensi utk cemerlang dalam peperiksaan PMR dan SPM yang sebenar.

Semoga program ini berjalan dengan lancar dan semoga objektifnya akan tercapai dengan jayanya...Insyaallah..