Thursday, July 4, 2013

Program Cakna Potensi Pendidikan Islam PMR 2013 PPD Kota Bharu..

Alhamdulillah ..syukur kepada Allah SWT kerana akhirnya para juru latih utama Pendidikan Islam PPD Kota Bharu telah berjaya melaksanakan Program Cakna Potensi Pendidikan Islam selama 4 hari berturut2  bertempat di Dewan Bestari 2, Bahagian Teknologi Pendidikan , PSPN Pengkalan Chepa. Sebanyak 45 buat sekolah terlibat dalam program tersebut dengan penyertaan 8 - 13 peserta setiap buah sekolah.

Pelajar yang terlibat merupakan pelajar2 yang mendapat markah sederhana dalam mata pelajaran pendidikan Islam tetapi berpotensi untuk cemerlang ( skor markah C, D dan E dalam peperiksaan pertengahan tahun) .

Antara objektif program adalah supaya pelajar dapat skor A dalam matapelajaran pendidikan Islam, pelajar juga dapat menghadapi peperiksaan dengan baik dan cemerlang setelah didedahkan dengan ilmu2 dan teknik2 menjawab soalan yang sebenar dan juga pelajar akan menginsafi diri , bersungguh2 belajar dan berubah persepsi mereka terhadap matapelajaran pendidikan Islam dan juga matapelajaran2 lain dalam menghadapi peperiksaan PMR nanti...dan mereka akan menjadi lebih bersungguh2 menelaah an mengulangkaji pelajaran.. Insyaallah...

Pengisian program:
1. Slot Motivasi
2. Slot Teknik Menjawab Soalan
3. Slot Perbengkelan









Ke Arah Memperkasakan Pendidikan Islam...