Tempahan Buku Nota Rujukan dan Nota Terancang Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5 dan PBS hendaklah dilakukan melalui SMS mulai 2014.

Salam Jumaat kepada semua pengunjung blog..didoakan agar kalian semua berada dalam Rahmat dan Barakah daripada Allah SWT setiap waktu..

Untuk makluman semua.....setiap tempahan buku Pendidikan Islam yang terdapat dalam blog ini hendaklah dilakukan melalui SMS kepada Nik Zulina  di talian : 0139861383.  Sila nyatakan nama, alamat dan buku yang hendak diorder beserta dengan bilangannya sekali. Bayaran hendaklah dilakukan sebaik sahaja tempahan dibuat untuk memudahkan urusan pengeposan.

Mana-mana pelanggan yang membuat tempahan melebihi RM1000 (Ringgit Malaysia Seribu) boleh membuat bayaran tangguh dalam masa satu bulan sahaja bermula daripada pengeposan barang. Ini adalah untuk mengelakkan daripada pelanggan berhutang terlalu lama (BAYAR HUTANG WAJIB DISEGERAKAN).....kerana banyak berlaku pelanggan tidak dapat menjelaskan hutang sehingga hujung tahun....Nauzubillahi min zaalik..

Nasihat saya agar sediakan wang terlebih dahulu..baru order dibuat..

Untuk pengetahuan semua pengunjung...pihak kami telah mengurus banyak tempahan buku beberapa tahun yang lepas tetapi semua kos pos pihak kami yang tanggung kerana kami berniaga demi untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT di samping dapat memberi manfaat kepada semua guru dan pelajar. Namun begitu , oleh kerana semua kos pengeposan sudah semakin naik, maka pihak kami terpaksa mengenakan sedikit kos pos kepada pihak pelanggan melalui potongan komisen harga buku...

Di sini kami nyatakan bahawa kos pos di Semenanjung Malaysia untuk sebuah buku lebih kurang 80 sen sebuah manakala di Sabah dan Serawak RM1.70 sebuah...

Walaubagaimanapun pihak kami amat berbangga sekali kerana buku-buku Pendidikan Islam yang dikeluarkan mendapat sambutan yang amat meluas sehingga ke seluruh negara . Kami juga memohon doa kepada Allah SWT agar buku2 yang kami keluarkan ini dapat memberi manfaat yang berkesan kepada pelajar2 dan guru2 yang menggunakannya...Insyaallah...

Buku Nota Terancang Pendidikan Islam Keluaran Terbaru...GLA dan PBS 2014.. 2 dalam 1



















Alhamdulillah...berkat kesabaran memahami dan meneliti kehendak2 PBS Pendidikan Islam, maka tiga buah buku Pendidikan Islam 2 dalam 1 iaitu nota terancang (GLA) dan Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) telah berjaya disiapkan..insyaallah akan menemui anda semua awal tahun depan. Buku2 tersebut ialah :
- GLA dan PBS Tingkatan 1
- GLA dan PBS Tingkatan 2
- GLA dan PBS Tingkatan 3

Buku 2 dalam 1 ini mengandungi nota terancang sukatan Pendidikan Islam Tingkatan 1 , 2 dan 3 beserta dengan band-band dan cadangan instrumen yang boleh digunakan untuk merealisasikan PBS Pendidikan Islam. Ianya akan memudahkan pelaksanaan PBS di sekolah. Murid dapat menjadikan buku ini sebagai buku nota dan guru juga boleh menggunakannya sebagai panduan dalam melaksanakan PBS dengan lebih efisen lagi..InsyaAllah.

Harapan saya agar buku ini akan memberi manfaat kepada guru dan juga pelajar dalam merealisasikan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memaksimumkan keberhasilan murid serta melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta berdaya saing di peringkat global.......InsyaAllah.