GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Friday, December 5, 2008

Selamat Berangkat ke Padang Arafah

Semua jemaah Haji pada waktu ini sedang bersedia untuk berangkat ke Padang Arafah dan menunaikan ibadah wukuf iaitu kemuncak ibadah haji..Berzikir dan berdoalah sebanyak-banyaknya ketika kerana wukuf doa makbul..

Tuesday, December 2, 2008

Selamat Menunaikan Ibadah Haji kepada Tetamu-tetamu Allah

Marilah kita sama-sama mendoakanan agar tetamu-tetamu Allah pada tahun ini akan dapat melaksanakan ibadah dalam keadaan sihat walafiat, dipermudahkan Allah dalam segala urusan, selamat sejahtera dan dipermudahkan Allah mendapat Haji yang Mabrur. InsyaAllah.. Amin

Saturday, November 29, 2008

Pesan Datuk & Nenek

Kata orang-orang tua:

Buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali.. Maknanya perbuatan baik jangan ter'over' dan perbuatan jahat tinggalkan terus...

Wednesday, November 26, 2008

INSAFLAH...

Kalaulah kita baca apa yang ditulis oleh Ibrahim Adham dalam nasihat-nasihatnya yang telah kita baca dan hayati maka dapatlah kita rasakan bahawa kita amat kerdil di sisi Allah swt. Justeru marilah kita sama-sama kembali kepada Allah dengan keadaan suci bersih daripada segala perbuatan mungkar dan sujud kepada Allah setiap pagi dan petang, siang dan malam..

Berkorban Hari Raya kerana Allah swt.

Raya Korban (Aidil Adha) dah semakin hampir tak berapa hari lagi. Lembu-lembu pun dah terasa berdebar-debar bersedia untuk dijadikan korban Raya.Agaknya lembu-lembu pun berfikir siapalah yang nak korbankan aku ni. Tapi yang peliknya tak ramai orang berfikir dan berkira-kira untuk berkorban kerana Allah kerana saban tahun ketika hampir raya korban maka banyaklah pula orang yang merancang untuk shopping peralatan sekolah anak-anak. Lalu terlepaslah korban lembu.

Kalau nak korban memang selalu tak cukup budget . Tapi kalau kita ingatlah korban tu kerana untuk mendapatkan keredhaan Allah dan ganjaran besar daripadaNya , rasanya budget yang tak cukup pun masih boleh dicukupkan. Kerana rezeki yang Allah berikan kepada kita apa salahnya kalau kita sedekahkan sedikit kepada orang-orang miskin yang memerlukan . Kan bahagia mereka... sebagaimana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud;

"Tidak dibolehkan irihati , kecuali pada dua perkara : Irihati pada seorang yang mengetahui isi Al Quran dan selalu dijadikan pedoman hidupnya, dan irihati kepada seorang lagi yang diberikan kekayaan harta, lalu sentiasa dikeluarkannya untuk kebaikan".

Yang demikian, marilah kita berlumba - lumba melakukan kebaikan sebagaimana yang diajar oleh Islam.

Tuesday, November 25, 2008

Peringatan !!

Sama-samalah kita hayati Hadis Rasulullah saw di bawah ini:

" Barangsiapa yang memegang tangan wanita yang bukan muhrimnya, maka kelak di hari akhirat ia akan dirantai dengan rantai api neraka. Dan jikalau ia menciumnya, maka kelak di hari akhirat akan digunting kedua bibirnya dengan gunting api neraka"


Kalaulah diperhatikan zaman sekarang ni, betapa ramainya manusia yang melakukan perkara-perkara yang disebut di atas tanpa ada sedikitpun perasaan malu dan takut kepada Allah swt. Inilah yang menandakan kiamat semakin hampir kerana manusia merasa bebas melakukan apa sahaja mengikut kemahuan mereka tanpa menghiraukan batasan agama.. Betul tak???

Monday, November 24, 2008

Alhamdulillah !!

Syukur kepada Allah kerana soalan spot tu kenalah jugak sikit-sikit. Nampaknya kena berhenti menulis setakat ni je lah sebab nak pergi Mekah hujung November. Insyaallah tahun depan jumpa lagi!!

Sunday, November 16, 2008

Soalan SPOT Pendidikan Islam 2008

Tajuk-tajuk Penting !!!
Kertas 1 :
Ahlussunnah Wal Jamaah
Khawarij
Syiah
Sembelihan
Upah Haji
Sains Teknologi Zaman Abbasiah
Bani Umaiyyah
Nusyuz
Walimatul Urus
Muhammad Abduh
Imam Malik

Kertas 2:
Rasul Penyampai Wahyu
Kaum yang dibinasakan Allah
Mukmin Berjaya
Ciri Munafik
Batas Pergaulan
Nasihat Luqman Hakim
Hadis baca semuanya

Ayat hafazan :
Surah Al Hasyr dan Surah Luqman

WALLAHUAKLAM..

Friday, November 14, 2008

Perancangan Aktiviti JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu pada tahun 2009

Antara cadangan aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh Unit Pendidikan Islam PPD KB ialah:
1. Bengkel Membina Soalan Ujian Tahap Kecekapan 1 & 2 (UTK) serta pengedaran ke sekolah-
sekolah (Januari)
2. Kursus Peningkatan Profesionalisma Guru Pend Islam PPD Kota Bharu (Jan)
3. Mesyuarat Ketua Panitia - Post Mortem Peperiksaan Pendidikan Islam PMR 2008 (Februari)
4. Bengkel Soalan Peperiksaan Pertengahan Tahun Pendidikan Islam, Bahasa Arab Komunikasi
dan Tasawwur Islam (Mac)
5. Seminar Jawi Untuk Guru Pendidikan Islam (Mac)
6. Seminar Teknik Membina Soalan dan Memeriksa Kertas Jawapan Pendidikan Islam ( April)
7. Mesyuarat Ketua Panitia - Post Mortem Peperiksaan Pendidikan Islam SPM 2008 (April)
8. Bengkel Membina Soalan Pra Pendidikan Islam, BAK dan Tasawwur Islam PMR/SPM (Jun)
9. Program Bimbingan Bestari Pendidikan Islam untuk pelajar berpotensi PMR (Ogos)
10. Program Bimbingan Bestari Pendidikan Islam untuk pelajar berpotensi SPM (Sept)

Pihak kami amat-amat mengharapkan sebarang cadangan membina daripada pembaca tentang keperluan-keperluan GPI masakini .. Moga berjaya!

Thursday, November 13, 2008

Annual Dinner Panel Penulis Buku Nota Bestari Pendidikan Islam PPDKB 2008


Tarikh : 13 November 2008 (Khamis)
Masa : 8.30 malam
Tempat : New Horizon Garden


Tn Hj. Mohd Fakhrurazi (Penolong Pegawai PPDKB Unit Pendidikan Islam) sedang menyampaikan cenderahati kepada Panel Penulis Nota Bestari Tasawwur Islam Ustaz Mohd. Zin bin Daud

Ustazah Hjh Siti Sharidah sedang menerima cenderahati daripada Tuan Hj Mohd. Fakhrurazi. Bercita-cita nak jadi Guru Kanan Sains Sosial. Mudah-mudahan berjaya kami doakan...Kalau dah jadi Guru Kanan macam mana dengan penulisan buku nota bestari....??

Panel Penulis Buku Nota Bestari Pendidikan Islam PMR Ustazah Noraziah bt. Ab Rahman (SMK Sering) sedang menerima cenderahati begitu gembira kerana anaknya berjaya mendapat 5A dalam UPSR tahun ini. Mari kita pakat gi rumah dia 20 November ni kerana dia buat majlis kesyukuran...Alhamdulillah bolehlah tumpang gembira sama..

Panel-panel penulis Nota Bestari sedang menikmati desert ais krim New Horizon : Ustazah Hjh. Mahfuzah (SMK Kubang Kerian 1), Ustazah Zarifah (bakal hajjah dari SMK Mulong), dan Ustazah Khadijaa (SMK Kota Bharu)


Sambil-sambil makan tu ingat getek soalan UTK 1 Pendidikan Islam Tingkatan 1-5 dan UTK 1 Tasawwur Islam Tingkatan 4 - 5 yang kena disiapkan akhir Januari ni... Kalau tak siap nanti susahlah rakan-rakan seperjuangan kita di sekolah kerana tak ada soalan daripada Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu.

Tahun depan Panel Penulis akan buat mesyuarat dan bengkel soalan di Langkawi-InsyaAllah.
Jumpa di sana...