GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Saturday, February 21, 2009

Buku NOTA BESTARI dan MODUL Pendidikan Islam terus mengorak langkah memberi khidmat kepada pelajar-pelajar di seluruh negara....

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana buku-buku nota dan modul Pendidikan Islam yang disiarkan di blog ini dah semakin ramai peminatnya. Syukur kerana buku-buku Pendidikan Islam ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar di Malaysia Timur dan Barat. Harapan besar penulis agar pengguna-pengguna buku ini akan dapat cemerlang PAI sama ada dalam PMR mahupun SPM.
Antara sekolah-sekolah luar Kelantan yang memesan buku Nota Bestari Pendidikan Islam ini ialah MCKK Kuala Kangsar, SDAR N.Sembilan, SMKA Segamat Johor, SMK Tuanku Abdul Rahman, SMK Hillcrest dan lain-lain. Buku Modul Pendidikan Islam pula telah ditempah untuk semua tingkatan oleh SMK Bandar Baru Sungai Buloh. Moga semuanya cemerlang dan terus cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam..
Penulis juga berharap agar sekolah-sekolah yang mengetahui tentang buku Pendidikan Islam ini tolonglah sampaikan kepada sekolah-sekolah lain agar mereka juga dapat manfaat daripadanya.. Insya-Allah.
Ramai pengguna yang bertanya: Tahun 2009 buku-buku ni naik harga tak?? Jawapannya : Tidak . Alhamdulillah harganya kekal seperti dulu..dan insyaAllah penulis tidak bercadang untuk menaikkan harga kerana hasrat utama ialah supaya semua pelajar dapat manfaat daripadanya dan seterusnya cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Malah setiap pesanan kos posnya adalah percuma..InsyaAllah berkat..... Tak lama lagi sebuah buku baru akan diterbitkan khusus untuk para pelajar iaitu berkenaan dengan erti sebenar pelajar cemerlang dan doa-doa untuk kecemerlangan...Sama-samalah kita tunggu kehadirannya...

Friday, February 20, 2009

Nama baru Blog ini : PAI BEST (Pendidikan Islam Best) .blogspot.com

Baru-baru ni seorang guru cemerlang SMKZ (1)telah mencadangkan supaya saya masuk bertanding Guru Inovatif 2009. Mulanya rasa tak nak sebab kurang sihat tapi oleh kerana nama telah diwar-warkan dalam mesyuarat sekolah..so tak dapat tidak kena masuklah jugak..
Nak mencari tajuknya pun satu hal dah la persediaannya dalam masa seminggu saja. nasib baiklah ada buku-buku modul tu. Guna yang tu lah. So dok tengah pilih-pilih tajuk jumpalah dengan PAI Best ..
Yang demikian .. saya nak uar-uarkan hari ini dengan rasminya bahawa nama blog ni telah ditukar kepada pai best.blogspot.com. sempena nama pertandingan Guru Inovatif peringkat PPDKB 2009 . Pai best tu maknanya Pendidikan Islam Best dalam erti kata lain Pendidikan Islam Mudah dan Menyeronokkan. Begitulah kalau nak tarik minat pelajar-pelajar kita ni. Maklumlah Pendidikan Islam ni belajarnya agak menjemukan kalau tidak ada inovasi....Justeru kena rajin-rajinlah reka dan cipta bahan-bahan yang menarik minat anak-anak murid tersayang..

Thursday, February 19, 2009

Olahraga Tahunan Sekolah SMK Zainab (1)

Hari ini 19 Februari 2009 (Khamis) merupakan hari olahraga tahunan SMK Zainab (1) kali ke 55. Majlis tamat pada jam 6.00 petang. Nampaknya puteri-puteri zainab ni memang semangat bersukan. Ada yang betul-betul macam atlit negara. Dua round pusing padang pun tak nampak penat. Baguslah macam tu. Islam menggalakkan umatnya bersukan kerana aqal yang cerdas berada pada tubuh yang sihat.

Sukan juga boleh mengukuhkan silaturrahim. Sambil-sambil tu boleh tambah dana persatuan atau kelab.Jual colek dan keropok goreng. Hai ..seronok betul. Boleh release tension . Baguslah tu. Tapi yang sedihnya tak dapat nak ambil gambar sebab talipon habis bateri. Kalau tak dah terpampang gambar atlit zainab hari ni. Cuma satu saja pesan ustazah, masa bersukan tu pakat-pakat jagalah aurat kita yang perempuan ni,aurat lengan , kaki dan rambut tu agak berleluasa juga nampaknya. Nak buat yang sunat , yang wajib mesti di jaga.. Tinggal yang wajib berdosa kan wahai puteri-puteriku tersayang.....

Wednesday, February 18, 2009

Soalan Ujian Tahap Kecekapan (1) Pendidikan Islam Tkn 1,2 & 4 sudah siap cetak!!

Perhatian kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam di PPD Kota Bharu, sila datang ambil soalan UTK (1) Pendidikan Islam Tkn 1,2 & 4 di Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu. Soalan tersebut boleh digunakan untuk Ujian Berasaskan Sekolah 1 (UBS 1) nanti. Pastikan soalan tak bocor. Kalau bocor tak ada keesahannya.

Thursday, February 12, 2009

Pendidikan Islam Teras Utama Dalam Membina Modal Insan Terbaik

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kita masih lagi dapat menghirup udara segar di bumi Allah swt. Masih lagi dapat meneruskan perjuangan mengikut bidang masing-masing.Masih lagi dapat berfikir dan meneroka alam ini . masih lagi dapat berbicara dan bertukaran idea dan masih lagi dapat berusaha membangunkan modal insan minda kelas pertama yang akan berjaya di dunia dan juga akhirat...

Ayuh ustaz dan ustazah .. sebagai guru Pendidikan Islam teruskan usaha anda tanpa jemu mendidik dan membimbing pelajar dalam bidang Pendidikan Islam kerana tiada hasil yang paling nikmat kecuali bila kita melihat murid di bawah bimbingan kita menjadi insan yang berguna . Kalau tidak keseluruhan , separuh daripadanya pun dah alhamdulillah. Target mesti semua pelajar tapi nak capai itu adalah perkara mustahil. Tapi kalau dapat dapat semua, itu adalah anugerah ilahi. Al Muhimm perlu usaha ke arah itu... dan caranya ikut kemampuan masing-masing.

Memang tak dapat dinafikan Pendidikan Islam merupakan teras utama dalam pembinaan modal insan yang terbaik. Justeru, gunakanlah kuasa mendidik yang ada di tangan kita dengan sebaik-baiknya tanpa jemu. Jangan jagi guru yang hanya memikirkan cukup bulan dapat gaji tapi fikir lah bagaimana keadaan insan-insan yang memerlukan bimbingan kita di sekolah. Rancanglah program-program yang boleh membina sahsiah pelajar supaya mereka kelak akan lahir sebagai pelajar yang seimbang , sempurna dari segi sahsiah dan juga tinggi dari segi akademiknya.

Semuanya berada di tangan anda sebagai ustaz dan ustazah.. Mulalah dari sekarang..Insyaallah anda akan dapat melihat hasilnya satu hari nanti . Al Muhimm jangan mudah putus asa.. Insyaallah jika ada kemahuan di situ ada jalan.

Tuesday, February 10, 2009

Ceramah Maal Hijrah 1430 H anjuran Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Takmir musalla SMK Zainab (1)






Tarikh : 22 Januari 2009 - Khamis (29 Muharram 1430 Hijrah)
Tempat : Laman Info, SMK Zainab (1)
Penceramah : Dr Hafidzah bt. Mustakim

Saturday, January 31, 2009

Soalan Ujian Tahap kecekapan (1) PPD Kota Bharu 2009

Tak lama lagi ujian Bulan Februari akan bermula. Para panel soalan unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu sudah mula memerah otak menaip dan menyusun soalan-soalan Pendidikan Islam Tkn 1 - 5 Bulan Februari dan juga soalan-soalan Tasawwur Islam Tkn 4 - 5.
Terima kasih banyak-banyak lah para panel penulis ya.. jasa anda kan diberi ganjaran oleh Allah swt, sebagaimana sabda Rasulullah saw: Sebaik-baik manusia ialah yang memberi manfaat kepada orang lain.Kita buat soalan ni sebenarnya banyak memberi kemudahan kepada rakan-rakan seperjuangan ustaz dan ustazah kita yang lain . Lagi pulak soalan dapat diselaraskan.
Insyaallah jadual tugasan membina soalan akan diedarkan tak lama lago. La ni tengah dok susun.. Ke arah memperkasakan Pendidikan Islam...

Thursday, January 29, 2009

Tingginya Gua Thur..


Gua Thur ( dalam gambar - kemuncak bukit yang tertinggi ) ialah gua di mana Rasulullah saw dan Saidina Abu Bakar As Siddiq transit semasa berhijrah ke Madinah. Bila saya melihat gua Thur saya tak dapat nak gambarkan bagaimanalah Rasulullah dan S. Abu Bakar mendakinya sementelah anak gadis Saidina Abu Bakar iaitu Asma binti Abu Bakar yang comel lote mendaki Jabal Thur untuk menghantar makanan kepada Rasulullah saw dan bapanya . Inilah yang dikatakan mujahadah dalam perjuangan Islam. Cuba gambarkan kita berada di tempat Asma'.... Boleh ke kita naik ke Gua Thur ???Rasanya tak termampu nak buat sebagaimana yang dibuat oleh Asma'. Subhaanallah..Cuba kita muhasabah diri takat mana mujahadah kita sebagai orang Islam ?? Kalau nak banding dengan zaman Rasul dahulu rasanya bagaikan langit dan bumi..Justeru syukurilah nikmat Allah dengan sebaik-baiknya ... Allahu Akbar..

Wednesday, January 28, 2009

Kenangan Menunaikan Haji Tahun 2008






Alhamdulillah kerana penulis telas selamat pulang dari Mekah pada 9 hb Januari 2009 (jam 6.30 pagi tiba di KLIA )selepas melaksanakan ibadat Haji di Makkatul Mukarramah dari 27 Disember 2008 sehingga 8 Januari 2009. Tak sangka rupa-rupa sempat berada dua tahun di sana. Alhamdulillah. banyak kenangan manis yang dikutip ketika berada di sana.
Kenangan paling manis antaranya ialah dapat solat Jumaat di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Mendengar khutbah Jumaat dalam bahasa arab begitu meresap dalam jiwa sehingga mengalirkan air mata keinsafan kerana kita adalah insan yang kerdil di muka bumi Allah ini. Kesungguhan dalam melaksanakan ibadah haji sehingga dapat berjalan sejauh 6 km semasa melontar jamrah. Di rumah tak pernah buat pun. Tak terasa langsung 6 km tu sebab semangat yang berkobar-kobar bencikan syaitan dan konco-konconya.
Berada di Arafah, Muzdalifah dan Mina juga ada kenangan manisnya yang tersendiri. Begitu banyak ujian di sana dapat diatasi dengan kesabaran. Nak masuk tandas kena Q, itu padalah perkara biasa. Oleh kerana terbiasa dengan que , sampai di tandas airport Madinah pun que. Mabit di Muzdalifah berlantaikan bumi dan berbumbungkan langit tidak terasa kesulitannya.Ketaqwaan kepada Allah mengatasi segala-galanya. Tidur di Mina walaupun beralaskan tilam yang kecil dan nipis tak menjadi masalah , masih lagi dapat lena dengan begitu nyenyak sekali. Alhamdulillah, syukur.
Sepanjang perjalanan ibadah haji sentiasa mohon doa kepada Allah agar diberi kekuatan, kesabaran, keyakinan dan ketabahan dalam melaksanakan ibadah. Dalam melaksanakan haji, perjuangan dan pengorbanan sentiasa seiring. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tidak ada sebarang tragedi berlaku. Itulah sebabnya bila berada di sana rasanya tak mahu pulang-pulang lagi.. Insyaallah mudah-mudahan murah rezeki dapat pergi lagi..

Tuesday, January 6, 2009

Pesanan Buat Muslimah Tersayang...

13 AURAT KAUM WANITA

Di bawah 13 batasan aurat wanita seperti yang dinyatakan dalam Al Quran dan Hadis :

1. Bulu Kening
Menurut Bukhari: ‘Rasulullah saw melaknat perempuan yang mencukur (menipiskan ) bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening’. (Riwayat Abu Daud)

2. Kaki (tumit kaki) :
‘ Dan janganlah mereka (perempuan) menghentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.’ (Surah An Nur : 31)
Turut dimaksudkan dalam ayat ini termasuklah:
- Menampakkan kaki
- Melenggokkan badan mengikut hentakan kaki

3. Wangian:
‘Sesiapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian, kemudia melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina’.
(Riwayat An Nasai, Ibnu Khuzaimah ,Ibnu Hibban)

4. Dada
‘Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka’.
(Surah An Nur : 31)





5. Gigi :
‘ Rasulullah saw melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya’ .
(Riwayat At Tabrani)
‘Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik yang merubah ciptaan Allah’.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

6. Muka dan Leher :
‘ Dan tinggallah kamu (perempuan) di rumah kamu dan janganlah kamu menampakkan perhiasanmu seperti orang jahiliah yang dahulu .’ (Hadis)
Maksudnya bersolek dan sengaja membiarkan ikatan tudung terbuka yang menampakkan leher seperti orang jahiliah.

7. Muka dan Tangan:
Asma’ binti Abu Bakar telah menemui Rasulullah saw dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasulullah saw: ‘ Wahai Asma’ ! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah sahaja’.
(Riwayat Muslim dan Bukhari)

8. Tangan :
‘ Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya.’
(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)





9. Mata :
‘ Dan katakanlah kepada perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangan mereka.’ (Surah An Nur : 31)
‘Jangan sampai pandangan pertama mengikuti pandangan yang lain. Kamu hanya boleh memandang pada pandangan yang pertama sahaja, adapun pada pandangan seterusnya tidak dibenarkan.’
(Riwayat Ahmad, Abu Daud dan At Tarmizi)

10. Mulut (suara):
‘ Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik’.
(Surah Al Ahzab : 32)
‘Sesungguhnya aka nada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi ‘.
(Riwayat Ibnu Majah)

11.Kemaluan:
Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka, dan menjaga kemaluan mereka (jangan berzina) ‘.
(Surah An Nur : 31)






12.Pakaian :
‘Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tetapi telanjang yang condong kepada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk sturga dan tidak akan mencium baunya.’
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Yang dimaksudkan disini ialah:
- Berpakaian nipis (jarang)
- Berpakaian ketat (mengikut bentuk tubuh)
- Berpakaian terbelah (membuka bahagian-bahagian tertentu)

‘ Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri orang-orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (yang labuh dan longgar) , yang denikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak akan diganggu. Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang’.
(Surah Al Ahzab ; 59)

14.Rambut:
‘ Wahai anakku Fatimah, adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.’ (Riwayat Bukhari dan Muslim)

- Dipetik dari Akhbar Tempatan -