GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Saturday, April 25, 2009

Keindahan Ciptaan Allah - Gunung Kinabalu

Sebaik sahaja selesai menyunting soalan (penat pun masih belum hilang lagi) penulis terus terbang ke Sabah untuk menikmati keindahan Gunung Kinabalu di Kundasang di samping relaks minda. Sebaik sahaja melihat gunung Kinabalu yang tersergam indah di depan mata, kepenatan bekerja dan memerah otak hilang dengan sendirinya. Betapa hebatnya ciptaan Allah..

Soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam untuk Peperiksaan Pertengahan Tahun 2009

Syukur kepada Allah kerana dengan Inayah dan HidayahNya Unit Pendidikan Islam PPDKB telah berjaya mengeluarkan set soalan PAI dan TI untuk pertengahan tahun ini. Soalan ini hanya melibat soalan tkn 1,2,dan 4 sahaja memandangkan Sektor Pendidikan Islam JPN telah mengeluarkan soalan tkn 3 dan 5. Suntingan terakhir soalan-soalan ini telah dibuat pada 22 - 23 April baru-baru . Dan soalan-soalan tersebut akan mula di cetak pada 26 atau 27 April nanti. Insya-Allah.
PPD Pasir Puteh dan PPD Machang juga sama-sama menempah soalan ini untuk daerah masing-masing.

Wednesday, April 22, 2009

Lagi gambar-gambar menarik di kem Penghayatan Solat Siri (1) SMK Zainab (1)






Aktiviti Stesyen yang di kendalikan oleh Ustaz dan Ustazah SMK Zainab (1) mencabar kebolehan peserta terutama sekali bacaan doa qunut, doa selepas solat, dan pergerakan solat.



Gambar-gambar di Kem Penghayatan Islam Siri (1) di SMK Zainab 1

Tarikh : 16-17 April 2009 (Khamis - Jumaat)
Tempat : Asrama Puteri SMK Zainab (1)
Peserta: 51 orang
Fasi : 16 orang AJK BAKTI
Objektif:
o Menanamkan rasa cinta kepada Allah dan Rasul
o Mendedahkan pelajar cara untuk melaksanakan solat dengan berkualiti
o Mendidik pelajar supaya sentiasa berdisiplin
o Menyemaikan sifat suka melaksanakan solat dalam kalangan pelajar


Selesai solat Asar berjemaah

Sesi pendaftaran dan penempatan dorm

Ustazah Raja Haryati menyampaikan tazkirah tentang kepentingan bersuci kepada peserta

Penjelasan terperinci yang telah disampaikan oleh Ustazah Raja Haryati tentang kewajiban dan cara-cara bersuci bagi perempuan banyak memberi ilmu-ilmu yang baru tentang bersuci kepada peserta.

Tuesday, April 14, 2009

Kem Penghayatan Solat Siri (1) 2009 di Semenza

Belum habis lagi penat memerah otak di Langkawi, dapat pulak satu tugasan iaitu Kem Penghayatan Solat siri (1) di SMKZ1. Oleh kerana arahan PK HEM terpaksalah akur.. So buatlah kertas kerja sedikit dan hulurkan kepada PIBG dan CC sekolah untuk dapatkan peruntukan (kalau adalah ex zainabians kat luar tu yang nak hulur-hulurkan sumbangan untuk sponsor kem ini boleh lah hubungi ustazah ya..amatlah dialu-alukan kerana kami amat-amat memerlukan bantuan kewangan untuk membina modal insan beriman dan bertaqwa dalam kalangan puteri-puteri semenza) Kem ini akan diadakan beberapa siri ..mungkin 10 siri kerana sambutan amat menggalakkan..Esok insyaallah ada perjumpaan dengan AJK BAKTI selaku Fasilitator Kem...Mudahnya kerja..BAKTI memang banyak membantu jawatankuasa Penghayatan Islam di Semenza. Alhamdulillah.

Seminar dan Bengkel Soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam di Langkasuka , Langkawi anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu

Pada 8 - 10 April 2009 baru-baru ini satu seminar dan bengkel soalan telah diadakan di Hotel langkasuka, Langkawi. Alhamdulillah bengkel ini berjaya di laksanakan dengan gabungan tenaga 10 orang JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu beserta bos Tn Hj Mohd Fakhrurrazi. Matlamat kami ke sana ialah untuk membina soalan Pertengahan Tahun PAI dan TI. Insyaallah akan siap di edit dan cetak awal bulan Mei nanti. Eloklah tu sebab exam Pertengahan Tahun lebih kurang pertengahan Mei. Walaupun penat tapi hati kami puas kerana dapat menyediakan soalan yang bermutu dan selaras untuk sekolah-sekolah menengah di PPD Kota Bharu. Disamping itu juga dapat memberi kemudahan kepada GPI di PD Kota Bharu.
GPI sekolah rendah pun turut sekali dengan rombongan kami kerana terlibat dengan bengkel latih tubi soalan sekolah rendah . Masa di Langkawi baru-baru ini, banyak gambar-gambar semasa berbengkel yang diambil, tapi nasib tak baik hanya beberapa keping gambar aje yang okay.. itupun masa tengah nak naik feri .. yang lain semuanya ko ..masuk virus..


Friday, April 3, 2009

2 Puteri Maahad Muhammadi (P) menjadi kebanggaan pelajar seluruh Malaysia..

Setinggi-tinggi tahniah kepada adik Nik NurMadihah yang telah berjaya mencapai kejayaan gemilang 20 A (191A dan 12A)dalam SPM baru-baru ini. Begitu juga dengan adik Siti fatimah yang menjadi pelajar cemerlang kebangsaan pada tahun 2007 . Kejayaan mereka juga merupakan kejayaan semua guru di Maahad Muhammadi (P). Di sini jasa guru tidak boleh dilupakan dengan begitu sahaja kerana tanpa dorongan guru, mungkin murid tersebut tidak berupaya untuk terus cemerlang..terutama sekali bantuan daripada Papa Li (Cikgu Razali) yang telah membantu menolong Nik dari segi kewangan.
Namun begitu saya amat bangga kerana kedua-dua calon cemerlang Kebangsaan dua tahun berturut-turut adalah dari sekolah Maahad Muhammadi (P)- sekolah lama saya. Apa yang saya perhatikan kejayaan kedua-dua pelajar di atas adalah kejayaan yang sebenarnya complete dan sempurna dari segi rohani dan jasmani kerana subjek-subjek yang mereka pelajari merangkumi subjek duniawi dan ukhrawi. Tambahan lagi corak pendidikan di MMP adalah berdasarkan keislaman dan mementingkan pembentukan sahsiah mulia.
Apa yang penting pada masakini ialah kita ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan dalam masa yang sama terpuji dari segi sahsiahnya. Kebanyakan pelajar hanya cemerlang akademik tetapi sahsiah belum tentu. Kadang-kadang solat pun tidak cukup lima waktu..
Justeru saya harap agar MMP akan dapat melahirkan pelajar sebegini lebih ramai lagi pada masa depan..InsyaAllah dan sterusnya menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang lain di seluruh Malaysia .

"AKHLAK CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG"

Wednesday, April 1, 2009

Pelbagai aksi menghafaz pelajar

Baru-baru ini saya mengadakan aktiviti menghafaz untuk pelajar-pelajar tingkatan satu di SMK Zainab (1). Ayat yang dihafaz cuma ayatul Kursi sahaja tapi oleh kerana tidak ingat ayat kursi jadi kenalah dihafaz sebab ada ujian menghafaz.. Kita lihat macam mana pelajar ni sedang menjalani ujian hafazan.

Malu nak tunjuk muka depan ustazah..nasib baik buku tu buku Nota Bestari Pendidikan Islam ..boleh la sambil-sambil promote..

Monday, March 30, 2009

Seminar dan Bengkel Soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam di Langkawi

Insyaallah pada 8 - 10 April 2009 (Rabu - Jumaat) ini akan diadakan satu seminar dan bengkel pembinaan soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam untuk semua JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu. Para JLU Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam akan bertolak ke sana dengan bas (seronok naik bas..) Tugas mereka ialah membina soalan Pertengahan Tahun Pendidikan Islam Tingkatan 1,2 dan 4 serta Tasawwur Islam Tingkatan 4. Soalan-soalan ini akan diedarkan kepada seluruh sekolah menengah di bawah PPD Kota Bharu pada bulan Mei nanti. Insyaallah semoga semuanya berjalan lancar..Jumpa di sana..

Sunday, March 29, 2009

Program Usrah Asrama Puteri Semenza Memantapkan Rohani Murid

Tahun 2009 merupakan tahun bersejarah bagi Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Takmir Musalla di SMK Zainab (1) kerana berjaya merancang dan melaksanakan usrah di asrama Puteri Semenza. Semua murid asrama terlibat dalam usrah ini. Usrah asrama ini mendapat bimbingan daripada 30 orang naqibah yang telah dilantik dan diberi bimbingan khas oleh guru-guru Pendidikan Islam di Semenza. Naqibah yang terlibat dalam memberikan usrah ini juga adalah AJK BAKTI Semenza yang telah dilantik oleh Jawatankuasa PITM (Penghayatan Islam dan Takmir Musalla) baru-baru ini.
Program Usrah ini berjalan selama 1 jam dan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan kehidupan murid yang telah disusun khas oleh Biro Usrah dan Tarbiah iaitu Ustazah Raja Haryati bt Raja Ahmad .
Objektif Usrah ialah:
1. Mengeratkan silaturrahim sesama murid.
2. Memantapkan ilmu dan amal Islami dalam kehidupan murid.
3. Melahirkan murid yang berkeyakinan dan jati diri.
4. Melahirkan modal insan yang beriman, bertaqwa dan cemerlang dunia akhirat.

Gambar-gambar sepanjang perjalanan usrah pertama di asrama Puteri Semenza pada 28 Mac 2009 (Sabtu)