GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Saturday, May 23, 2009

HARI KELUARGA SEMENZA

Dalam kesibukan tugas dan pelbagai program sekolah , Badan Kebajikan Staf Semenza masih lagi mampu merancang Hari keluarga untuk semua staf di Semenza . Hari keluarga Semenza diadakan pada hari ini 23 Mei 2009 di Perdana Resort. Kebetulan pula SMK Mulong dan SMK Kubang Kerian (2)pun mengadakan hari keluarga di sana.
Antara objektif hari keluarga SMK Zainab (1) ialah untuk relaks minda guru dan eratkan silaturrahim antara sesama ahli dan keluarga ahli semenza disamping memupuk sifat bantu membantu sesama ahli untuk menjayakan hari keluarga tersebut.
Yang paling seronok ialah kanak-kanak kerana pelbagai aktiviti sukaneka diadakan disamping hadiah menarik yang disediakan . Begitu juga dengan cabutan bertuah. Hampir semua ahli bertuah kerana hadiah cabutan bertuah disediakan banyak sekali.


Acara berebut kerusi kanak-kanak memang tak dapat dipisahkan dalam hari Keluarga.

Makan bersama-sama disamping mengeratkan silaturrahim antara keluarga ahli

Terpaksa beratur untuk mendapatkan makanan. namun begitu keseronokan dapat dirasakan

Pengetua SMK Zainab(1) nak tarik sendiri 'teh tarik'. Ada gaya juga ya..

Cikgu Jeffri sedang menerima hadiah cabutan bertuah

Keluarga tersayang

Berebut coklat anak-anak . Cepat-cepat ..jangan bagi orang lain dapat.

Pertandingan Kaum Ibu - Cucuk manik

Friday, May 22, 2009

Hari Guru di SMK Zainab (1)

Pada minggu lepas Semenza mengadakan hari guru peringkat sekolah. Banyak aktiviti guru dan murid diadakan yang dapat mengeratkan silaturrahim dan kemesraan antara keduanya. Antara aktiviti tersebut ialah cucuk benang , teh tarik, gubahan,kupas kulit bawang, kreativiti belit tudung dan lain-lain. Disamping itu ada juga slot anugerah guru cemerlang bulanan dan tokoh guru semenza 2009.









Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Negara Bangsa!!

Hari ini banyak sekali sms ucapan Hari Guru diterima..terima kasih buat semua yang mengingati guru..Moga kami para guru sentiasa bersedia rela berkorban demi untuk membentuk negara bangsa!!Dan tak lupa ucapan hari guru untuk untuk warga blog kenalan seperti Cikgu Panji, Cikgu Rashid, Cikgu Zul, Cikgu Zu, dan cikgu-cikgu yang lain-lain lagi sama ada dalam blog atau luar blog..Teruskan perjuangan anda yang masih belum selesai..

Tuesday, May 12, 2009

Bengkel Soalan Latihtubi Bestari Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam PPDKB 2009 di Hotel Grand Riverview, Kota Bharu

Tarikh : 12 - 14 Mei 2009
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Objektif :
1. Supaya dapat melatih pelajar menjawab soalan mengikut format peperiksaan sebenar.
2. Supaya dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam teknik menjawab soalan
3. Supaya pelajar dapat skor A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Islam
4. Dapat menambahkan lagi bank soalan latihtubi Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam untuk guru dan pelajar







INSYAALLAH SOALAN LATIHTUBI INI AKAN SIAP DALAM MASA 2 BULAN DARI SEKARANG DAN MANA-MANA GURU YANG BERMINAT UNTUK MEMILIKI SOALAN INI BOLEHLAH CONTACT SAYA DI 0139861383.

Sunday, May 10, 2009

Soalan Latihtubi Fokus Bestari Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam

Insyaallah kalau tak ada aral melintang, JLU Pendidikan Islam PPDKB dengan sokongan Unit Pendidikan Islam PPDKB akan menerbitkan soalan latihtubi berfokus. Soalan tersebut berfokuskan peperiksaan yang dinamakan dengan Fokus Bestari Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam SPM .
Soalan yang dibina berdasarkan analisa soalan-soalan yang telah keluar dalam peperiksaan yang lepas . Tujuannya adalah untuk melatihtubi pelajar menjawab soalan bagi persediaan menghadapi peperiksaan selepas habis sukatan pelajaran di sekolah nanti. Mudah-mudahan soalan yang dibina nanti akan dapat membantu pelajar dalam peperiksaan yang bakal tiba. Insyaallah .
Soalan ini dijangka akan dapat di edarkan dalam bulan Julai ataupun Ogos nanti dan sekiranya ada guru ataupun pelajar yang berminat bolehlah menghubungi saya di 013-9861383. Insyaallah moga semuanya berjalan lancar..

Lagi gambar-gambar Kempen Anti dadah peringkat PPDKB 2009 di SMK Zainab (1)


Bersama bekas murid SMK Dato Ahmad Maher

Bersama dengan puteri Semenza

Lawatan pengetua dan tetamu kehormat ke pameran anti dadah

Tekanan darah puteri-puteri Semenza okay ke ?? kalau tak ada stress..no problem

Pameran Anti Dadah

Monday, May 4, 2009

Terima Kasih Kerana Menyokong Nota Bestari Pendidikan Islam!!

Syukur pada Allah kerana Nota Bestari semakin mendapat tempat di hati peminatnya.. Baik guru mahupun pelajar..boleh dikatakan setiap hari adalah satu dua tempahan mintak di hantar buku-buku tu.. Yang specialnya bayaran pos percuma khusus untuk guru dan pelajar yang meminati Pendidikan Islam..Guru dan pelajar daripada Sabah dan Serawak juga ada menempah..Bagi orang sana terpaksalah dikenakan kos pos sebanyak 50 sen untuk sebuah buku kerana kos pos sebenar terlalu mahal..tak larat nak tanggung.

Manakala buku pakej Pendidikan Islam yang mengandungi Modul, Nota Bestari, Nota Poket, latih Tubi Tajwid dan Jawi juga banyak mendapat tempahan melalui blog ini. Untuk makluman buku Pakej harga nya adalah RM 77 sahaja dan pos jugak percuma . Setiap buku yang diorder dalam kuantiti yang banyak ada pulak diskaun nya...

Matlamat utama penulis hanyalah untuk memartabatkan Pendidikan Islam.. dan supaya Pendidikan Islam dipelajari dalam keadaan yang menyeronokkan bukannya memboringkan.. Wallahu Aklam..

Minggu Kempen Anti Dadah di SMK Zainab 1 2009

Minggu kempen anti dadah di Semenza berjalan dengan lancar bermula pada 3 Mei baru-baru ini. Kempen ini berlangsung selama seminggu. Antara aktiviti sepanjang kempen tersebut ialah demonstrasi anjing mengesan dadah, pameran, lawatan, dan lain-lain lagi. Murid diberi maklumat tentang keburukan dadah dan kewajipan menjauhinya. DADAH adalah MEMABUKKAN dan setiap yang memabukkan adalah KHAMAR (arak) dan KHAMAR adalah HARAM di sisi Allah SWT.

"JAUHI NAJIS DADAH KERANA IANYA ADALAH MUSUH AGAMA DAN NEGARA - HIDUP SEJAHTERA TANPA DADAH"








Wednesday, April 29, 2009

Gambar-gambar di Gunung Kinabalu


Tempat permulaan mendaki..

Kemuncak Kinabalu...

Jalan menuju ke puncak gunung (Timpohon Gate)

Indahnya gunung Kinabalu..

Saturday, April 25, 2009

Keindahan Ciptaan Allah - Gunung Kinabalu

Sebaik sahaja selesai menyunting soalan (penat pun masih belum hilang lagi) penulis terus terbang ke Sabah untuk menikmati keindahan Gunung Kinabalu di Kundasang di samping relaks minda. Sebaik sahaja melihat gunung Kinabalu yang tersergam indah di depan mata, kepenatan bekerja dan memerah otak hilang dengan sendirinya. Betapa hebatnya ciptaan Allah..