GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Thursday, November 5, 2009

Program Pasca PMR 2009 SMK Zainab (1)

Program ini bermula sebaik sahaja tamat peperiksaan PMR baru-baru ini. Semua pelajar diwajibkan hadir ke sekolah walaupun peperiksaan sudah berlalu kerana pihak sekolah telah merancang banyak aktiviti menarik dan berfaedah kepada pelajar.
Antara program yang dijalankan ialah pertandingan sajak, puisi dan busana muslimah, pertandingan menggubah, memasak, ceramah agama, motivasi, pesta makanan dan lain-lain lagi. Semua aktiviti dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak sekolah dan didapati pelajar amat gembira dan seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan.
Di bawah adalah gambar-gambar beberapa aktiviti yang sempat dirakamkan.




Sunday, November 1, 2009

Soalan PRA Pendidikan Islam SPM akan dilaksanakan minggu depan bagi sekolah menengah di bawah PPDKB

Pada 8 November ini, akan dilaksanakan peperiksaan PRA Pendidikan Islam SPM kepada calon Pendidikan Islam seluruh PPD Kota Bharu. Kepada semua pelajar diucapkan selamat menempuh peperiksaan PRA yang akan menguji setakat mana tahap pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Disamping itu soalan yang diuji itu juga merupakan soalan ramalan Pendidikan Islam SPM 2009 yang dibina bersama oleh JLU Pendidikan Islam demi untuk kecemerlangan semua pelajar. Semoga berjaya mendapat 1A!!

Friday, October 23, 2009

Iringan doa selamat untuk semua Jemaah Haji Malaysia 2009!!

Sama-samalah kita mendoakan keselamatan perjalanan dan kemabruran haji kepada semua jemaah Malaysia yang telah bertolak dan bakal bertolak ke Mekah...terutama sekali sahabat blogger iaitu cikgu panji (rumah kuning), rakan guru di SMK Zainab (1)- Pn Khadijah Husin - YM Tg Hayrati - Kak Tie - Cikgu Seh Wali -, dan rakan guru di SMK Dato' Ahmad Maher , semoga semuanya selamat dan mendapat haji mabrur..insyaallah.

Saturday, October 17, 2009

Jamuan Akhir Tahun dan Penyampaian Sumbangan Untuk JLU P.Islam, BAK dan T.Islam PPDKB

Setelah hampir setahun bertungkus lumus menjalankan tugas sebagai Juru Latih Utama (ada orang kata Juru Letih) , maka sampailah masanya semua JLU diraikan. Dalam satu majlis jamuan ringkas yang diadakan pada 15 Oktober lalu ,semua JLU dijemput dan diberikan sedikit saguhati atas segala sumbangan yang telah mereka berikan kepada seluruh sekolah di bawah PPDKB sepanjang tahun 2009. Gabungan mantap semua JLU Unit P.Islam PPDKB dalam menjayakan semua program terutama sekali dalam bengkel pembinaan soalan dan bengkel teknik menjawab soalan ini amat-amat dihargai dan disanjungi.

Dalam ucapan aluan ringkas yang disampaikan oleh Ketua Unit Pendidikan Islam PPDKB iaitu Tuan Hj Mohd Fakhrurrazi banyak menekankan tentang kerjasama yang amat mantap yang telah ditunjukkan oleh semua JLU dalam semua program yang dijalankan. Beliau berharap agar kerjasama ini akan terus berkekalan demi untuk memartabatkan mata pelajaran P.Islam, BAK dan juga T.Islam. Beliau juga berharap agar tahun depan lebih banyak lagi program yang akan dilaksanakan demi untuk membantu meningkatkan lagi prestasi ketiga-tiga mata pelajaran tersebut.

Majlis ini juga dihadiri oleh Ketua Operasi Unit Pendidikan Islam (Menengah) iaitu Tuan Hj Mohd Radzi bin Omar. Kehadirannya memeriahkan lagi majlis ini. Harapan kami semua agar team yang kami bina ini akan terus bergabung tenaga untuk memartabatkan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam di seluruh Malaysia...Insyaallah.

"Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam"






Friday, October 16, 2009

Majlis Anugerah Stimulan SPM / STPM 2009

Majlis Anugerah Stimulan SPM/STPM telah diadakan pada hari Khamis (15 Oktober) di Dewan Semenza . Seramai 10 orang pelajar SPM telah mendapat anugerah Dulang Mas kerana mendapat keputusan tertinggi keseluruhan A bagi semua mata pelajaran SPM. Tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang.

Sunday, October 11, 2009

Syukur!! Usaha Berbaloi...

Peperiksaan Pendidikan Islam PMR dah pun selesai... Soalannya agak mencabar jugak walaupun nampak mudah..Tapi bagi pelajar yang cemerlang dan suka dengan soalan KBKK memang terasa amat mudah namun begitu bagi pelajar yang lemah dalam KBKK rasanya susah jugak nak skor tu.. Rasa tak sabar-sabar nak tengok macam mana pemarkahannya.

Anyway.. setelah dianalisa oleh beberapa orang JLU Pendidikan Islam PPDKB ,didapati buku soalan Latih tubi Pendidikan Islam PMR (Ramalan) banyak membantu pelajar. Lebih kurang 50 % soalan yang terdapat dalam buku tu keluar.. Alhamdulillah..Ini yang nak dengar ni. Kalau pelajar cakna dengan buku tu kan best...soalan yang keluar tu soalan yang dah pun dibuat latih tubi.

Insyaallah tahun depan para JLU PPDKB akan cuba buat soalan latih tubi ni lebih awal lagi supaya dapat memudahkan pelajar menghadapi peperiksaan...Syukurlah..kerana usaha kami selama ini berbaloi..

Tuesday, October 6, 2009

Sabar Menunggu Keputusan ....

Alhamdulillah ..pemantauan GC di Kota Bharu dah pun selesai (berakhir minggu ini). Ada la 4 orang JLU Pendidikan Islam PPDKB yang terlibat di mantau baru-baru ini. Berdebar jugak di buatnya. Berbagai-bagai soalan mencabar dikemukakan. Ada yang dapat jawab dan ada juga yang tak dapat. kalau tak dapat jawab malu la kepada nazir tu...Disamping soalan yang mencabar tu, nazir juga nak tengok apa keistimewaan kita berbanding dengan GPI yang lain.. Kalau yang ni, GPI kena buat satu benda yang berbeza dengan GPi lain seperti buat modul ke, atau buat kajian tindakan ke, atau buat apa-apa aja yang ada kelainan..

Walaubagaimanapun semuanya telah berlalu. Dan kabarnya keputusan GC akan diberitahu dalam masa terdekat. Terserahlah kepada Allah yang menentukan. Kalaulah semuanya dapat..kan best.. Dapatlah pakat-pakat memartabatkan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam supaya ianya menjadi satu mata pelajaran yang disukai ramai dan di beri perhatian di seluruh Malaysia..InsyaAllah.

Tuesday, September 29, 2009

Gambar-gambar menarik sekitar Majlis Kesyukuran di Semenza

Tarikh : 29 September 2009 (Selasa)
Tempat : Dewan Semenza
Masa : 11.00 pagi - 3.00 petang
Objektif :
1. Melahirkan rasa syukur atas kurniaan tuhan sempena Pengiktirafan Sekolah Kluster Kecemerlangan Fasa 3
2. Memupuk silaturrahim yang berpanjangan antara semua ibu bapa, masyarakat sekitar dan warga sekolah
3. Memberi semangat dan dorongan kepada semua warga sekolah agar lebih teruja demi memantapkan kecemerlangan sekolah










Monday, September 28, 2009

Esok Majlis Kesyukuran 2 dalam 1 di SMK Zainab (1) !!

Syukur kerana dengan limpah dan nikmat dari Allah SWT Semenza sekali lagi dapat mengadakan majlis Kesyukuran 2 dalam 1 esok iaitu Kesyukuran kerana mendapat Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Majlis Jamuan Hari Raya. Majlis bermula pada jam 1.00 tengah hari. Semua pegawai JPN, pegawai PPD, sekolah-sekolah sekitar, masyarakat sekotar, ibu bapa dan pelajar dijemput hadir. 3 ekor lembu akan dikorbankan.

Segala perbelanjaan jamuan adalah hasil kerjasama semua warga Semenza yang terdiri daripada pentadbir, guru dan pelajar. Permuafakatan beginilah yang dianjurkan oleh Islam. Pakat-pakat menyumbang akhirnya dapat menyembelih 3 ekor lembu..Sumbangan bukan hanya berupa wang tetapi juga berupa gula, bawang, santan, beras, buah-buahan dan kueh raya... Para pengunjung PAI BEST dijemput beramai-ramai ke Semenza esok...Jumpa di sana..

Monday, September 21, 2009

Salam Eidul Fitr !!

Ramadan 1430 H telah berlalu dengan pergi dengan penuh kesedihan dan kepiluan .. Kalau boleh rasanya nak sentiasa bersama Ramadan..namun lumrah alam yang datang akan pergi tapi Ramadan insyaallah akan kembali dan berjumpa lagi sekiranya panjang umur.Semoga kita semua berkesempatan untuk menemui Ramadan yang dirindui sekali lagi pada tahun 1431 H.

Ucapan Salam Eidul Fitr kepada semua pengunjung Blog Paibest dan pengguna buku-buku Modul dan Nota Bestari Pendidikan Islam....Minal 'Aidin Wal Faizin..kalau ada tersilap dan tersalah harap dimaafi dan diteguri kerana kita semua memang makhluk yang lemah dan tidak terlepas daripada perkara tersebut.

Semoga 1 Syawal memberi sinar bahagia kepada kita semua kebahagiaannya berkekalan sehinggalah Ramadan yang akan datang...