GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Saturday, December 19, 2009

Salam 1431 Hijrah!!

Alhamdulillah kita sudahpun berada di tahun baru Hijrah iaitu 1431 H. Bagi umat Islam bulan Muharram merupakan bulan Hijrah yang pertama dan rasanya ramai dalam kalangan kita yang sudahpun membaca doa akhir tahun dan awal tahun pada petang akhir tahun 1430 H yag lepas.

Di bulan Muharram ini kebiasaannya umat Islam melaksanakan ibadah puasa sunat iaitu pada puasa sunat pada 10 Muharram. Saya terbaca artikel yang ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Abdullah Al Qari (penulis buku terkenal) bahawa Nabi Muhammad saw melaksanakan puasa sunat 10 Muharram (puasa sunat hari Asyura) bergabung dengan 9 Muharam. Jadi nabi berpuasa selama 2 hari berturut-turut . Ini adalah kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram. Nabi Muhammad saw tidak mahu menyamakan ibadat puasa sunat kita dengan amalan kaum Yahudi . Justeru umat Islam digalakkan menggabungkan puasa 10 Muharram dengan hari yang sebelum atau pun selepasnya.Wallahuaklam.

Satu lagi amalan umat Islam adalah menjamu orang ramai dengan memasak sura (panggilan orang kelate). Agaknya dah ramai orang yang merancang mamasak sura ni sebelum persekolahan dibuka. Begitulah jugak dengan team JLU Pendidikan Islam PPDKB. Insyaalah majlis jamuan sura akan diadakan beberapa hari lagi.

Sura memang sedap kalau kena ramuannya . Kalau nak rasa sura sedap , silalah datang ke Kelantan... Majlis masak dan jamu sura ini amat bermakna kerana dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam disamping amalan jamuannya yang sudah menjadi kebiasaan bagi orang Kelantan.

Tuesday, December 15, 2009

Disember semakin meninggalkan kita dan Januari kian menjelma...

Diam tak diam kita dah tiba ke pertengahan bulan Disember 2009. 15 hari lagi Januari menjelma. Berdebar jugak rasanya nak menerima tugasan baru di sekolah bagi tahun persekolahan yang baru. Terasa cuti tahun ni agak memuaskan hati kerana dapat rehat sepenuhnya dan aktiviti dikurangkan sedikit berbanding dengan tahun lepas. Sebab tu
n3 pun agak kurang sedikit.
Aktiviti yang dilakukan secara bersendirian sahaja seperti edit buku Pendidikan Islam, buat rancangan tahunan Pendidikan Islam, cetak buku modul Pendidikan Islam untuk tahun depan. Bila kurang aktiviti rasa boring pulak.. Baik jugak kalau pergi taman safari , boleh bagi makan binatang dan memikirkan kebijaksanaan Allah dan jugak pergi jalan-jalan tepi pantai..boleh memikirkan kekuasaan dan keagungan Allah swt..
Anyway tahun depan awal tahun lagi dah berbagai-bagai aktiviti sekolah dan PPD yang dirancang. Mudah-mudahan tahun depan lebih gemilang lagi dengan berbagai aktiviti kecemerlangan bagi bagi Guru Pendidikan Islam PPD Kota Bharu. Insyaallah.

Friday, December 4, 2009

Saat Yang Ditunggu-tunggu....

Musim bah datang lagi..Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak disekitar taman perumahan Taman Desa Paduka.. Bagi sesetengah orang bah mendatangkan kesusahan tapi bagi anak-anak ini , musim bah amat menggembirakan kerana boleh berenang depan rumah sendiri.
(bila tiba saat ini, keinginan mereka untuk bermain dengan air bah tak boleh disekat-sekat lagi..)



Thursday, December 3, 2009

Percaya atau tidak ???

Tembikai termahal di Kelantan dan mungkin jugak di Malaysia..
RM 25 sebiji.

Tembikai ni dibeli untuk jamuan pada hari raya ke 3 lepas . Bila dibelah rupa-rupanya buruk pula.. inilah yang dikatakan taqdir.

Korban Idul Adha

Idul Adha memupuk semangat berkorban dalam kalangan umat Islam. Tetapi adakah pengorbanan yang kita laksanakan dapat menyamai pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS ? Fikir-fikirkanlah tahap mana pengorbanan kita selama ini..

Lembu yang bakal dikorbankan..

Daging sedang dipotong-potong untuk diagihkan

Pelbagai sayuran untuk dibuat dalcaaa..

Tuesday, November 24, 2009

Syukur Alhamdulillah !!

Peperiksaan SPM mata pelajaran Pendidikan Islam baru sahaja selesai petang tadi.Apa yang saya dapat lihat ialah wajah-wajah keriangan dalam kalangan pelajar sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan.."Ustazah..banyakla soalan dalam buku latih tubi tu yang keluar.." kata seorang pelajar. "Alhamdulillah, syukur..mudah-mudahan awak semua dapat A1" itu saja yang dapat saya ucapkan.

Saya pun apalagi balik rumah terus buat analisa soalan-yang telah keluar..betul jugak kata pelajar tu...soalan ramalan dalam buku Latih Tubi yang dikeluarkan oleh kumpulan JLU PPDKB memang banyak membantu mereka.. Alhamdulillah sekali lagi..walaupun soalannya tidak seratus peratus menyerupai soalan sebenar dalam exam namun dengan adanya buku tersebut pelajar nampaknya lebih berkeyakinan dalam menjawab soalan..Syukur sekali lagi..kerana semua ini adalah inayah daripada Allah swt kepada kami semua..usaha kami memang berbaloi..

Insyaallah tahun depan kami akan cuba mengeluarkan buku tersebut lebih awal lagi..Inilah sahaja usaha yang dapat kami lakukan demi membantu para pelajar serta memperkasakan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Berdebar-debar jugak menunggu keputusan peperiksaan yang bakal diumumkan bulan Mac/April nanti.. Mudah-mudahan semua pelajar berjaya dengan cemerlang..Insyaallah.

Monday, November 23, 2009

Perancangan Aktiviti JLU Pendidikan Islam PPDKB 2010

PERANCANGAN PROGRAM JLU PENDIDIKAN ISLAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2010

1 Bengkel Soalan Ujian Tahap Kecekapan (Tkn 1-5)
2 Bengkel Soalan Pertengahan Tahun (Tkn 1,2 dan 4)
3 Bengkel Buku Soalan Latih Tubi (Ramalan)
4 Seminar Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam
5 Bengkel Soalan Pra Pendidikan Islam / Tasawur Islam
6 Seminar Skor A Pendidikan PMR / SPM
7 Jamuan Akhir Tahun 2010

Mudah-mudahan segala yang dirancang akan terlaksana untuk tahun 2010 .. Insyaallah

Friday, November 20, 2009

Selamat Bercuti Kepada Semua Warga Guru dan Pelajar !!

Sekejap je masa setahun.. Rasanya baru aje bulan 11 2008..sekarang dah bulan 11 2009 pulak.Umur pun dah berganjak setahun..Duniapun makin tua setahun..Anak murid makin dewasa..guru-guru pulak makin dimamah usia..kalau tahun ni naik tangga dah sakit lutut..tahun depan makinlah lagi sakit lututnya...Ada dianatara rakan dan saudara mara dah pergi meninggalkan kita.. Giliran kita pula entahlah bila?? Mungkin esok atau lusa atau tahun depan?? Wallahu Aklam.

Dan macam mana pula dengan amalan seharian kita? Adakah makin bertambah dengan bertambahnya tahun ??..itulah yang perlu dimuhasabahkan oleh kita sebagai hamba Allah. Setiap detik adalah amat berharga buat kita . Janganlah disia-siakan masa yang ada. Manfaatkanlah ia dengan sebaik-baiknya.

Akhir sekali , dikesempatan ini PAI Best mengucapkan selamat bercuti kepada semua warga sekolah ..Manfaatkanlah masa cuti sebulan lebih ni dengan perkara-perkara berfaedah..seperti tulis buku ke..modul ke..ziarah ke..dan macam-macam lagi yang boleh dibuat. Rasanya bagi warga guru banyak benda yang telah di plan untuk dibuat. Mudah-mudahan apa saja yang nak dibuat itu akan menggembirakan kita semua dan juga mendapat keredhaan Allah swt..Insyaallah.

Wednesday, November 18, 2009

Selamat Menempuh Peperiksaan SPM dan STPM 2009 !!!

Ucapan selamat berjuang kepada semua calon SPM dan STPM di seluruh negara terutamanya anak-anak murid kesayangan (5 cekal dan 5 Gigih) di SMK Zainab (1) dan juga di SMK Dato' Ahmad Maher. Anda adalah aset negara yang amat penting. Jangan sia-siakan peluang yang ada...kejayaan di tangan anda semua. Kami para guru sentiasa mendoakan kejayaan kalian ... SEMOGA BERJAYA DENGAN CEMERLANG !!!

"Berusaha Sepahit Hempedu .. Kejayaan Semanis Madu"

Thursday, November 5, 2009

Program Pasca PMR 2009 SMK Zainab (1)

Program ini bermula sebaik sahaja tamat peperiksaan PMR baru-baru ini. Semua pelajar diwajibkan hadir ke sekolah walaupun peperiksaan sudah berlalu kerana pihak sekolah telah merancang banyak aktiviti menarik dan berfaedah kepada pelajar.
Antara program yang dijalankan ialah pertandingan sajak, puisi dan busana muslimah, pertandingan menggubah, memasak, ceramah agama, motivasi, pesta makanan dan lain-lain lagi. Semua aktiviti dilaksanakan dengan jayanya oleh pihak sekolah dan didapati pelajar amat gembira dan seronok dengan aktiviti yang telah dijalankan.
Di bawah adalah gambar-gambar beberapa aktiviti yang sempat dirakamkan.