GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Saturday, January 2, 2010

Maaf!! Buku-buku Pendidikan Islam dalam blog ini tiada di pasaran!!

Ramai yang bertanya..buku-buku ni ada di pasaran ke? Mintak maaf banyak-banyak sebab buku-buku Pendidikan Islam yang ada di blog ini belum lagi dimasukkan dalam pasaran kedai buku. Rasanya tak nak masukkan.. Cukuplah dijual dalam blog saja setakat ni..insyaallah bisa diuruskan lagi . Tetapi kalau dah tak mampu nak urus mungkin akan dipertimbangkan untuk di jual di kedai buku.

So sesiapa yang berminat bolehlah order terus daripada saya. Insyaallah akan adalah sedikit perubahan (INOVASI) dalam p&p tuan / puan di sekolah.

Tuesday, December 29, 2009

Sambutan hebat GPI seluruh negara kepada GLA dan Modul Pendidikan Islam !

Syukur kepada Allah swt kerana makin ramai GPI dari seluruh negara yang menghubungi saya bertanyakan tentang GLA dan Modul Pendidikan Islam ini. Ada yang minta nak tengok contoh dan ada yang nak guna terus untuk kelas masing-masing. Tahniah diucapkan kerana anda telah cuba membuat inovasi dalam P&P walaupun ianya simpel.

Apa yang kita nak ialah proses P&P yang berkesan yang melebihi daripada satu hala dalam kelas kerana ini akan memudahkan pelajar memahami pelajaran yang disampaikan. Namun begitu ada yang masih mempertahankan cara lama iaitu cara syarahan. Anyway yang pasti pelajar dapat ilmu.

Bagi GPI yang ingin cuba menggunakan GLA ini pastikan bahawa pelajar tak perlu lagi beli buku log untuk buat nota. Apa-apa ujian untuk pelajar dibuat dalam helaian kertas dan simpan dalam fail. Buku nota pelajar adalah GLA . Mana-mana GPI yang ingin cuba buat modul sendiri pun adalah lebih baik dan digalakkan kerana kita kena tahu apa yang ingin kita ajar kepada murid kita. Dari situ kita akan cuba bina modul sendiri untuk memudahkan urusan P&P kita dalam kelas. Lahipun bolehlah ianya dijadikan tiket untuk minta jadi GC.

Moga tahun 2010 Pendidikan Islam akan terus cemerlang dari segi kualitinya..Insyaallah.

Thursday, December 24, 2009

Keputusan Peperiksaan PMR hari ini..

Alhamdulillah..syukur kerana keputusan PMR di SMK Zainab (1) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam naik dari segi bilangan pelajar yang mendapat A tetapi menurun dari segi peratus kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai (254 orang). Tahun ni bilangan pelajar mendapat A naik seramai 50 orang berbanding tahun lepas. Ini merupakan satu kejayaan tetapi bila dilihat kepada peratus ianya menurun kerana bilangan pelajar yang ramai.

Bila dibuat post mortem, kebiasaannya yang akan menjadi perbandingan adalah peratusnya. Sekiranya pelajar di sekolah terlalu ramai maka kita akan dapat meneka yang peratus akan turun walaupun bilangan yang mendapat A ramai.

Kalaulah perbandingan itu dibuat mengikut bilangan pelajar yang mendapat A..alangkah bahagianya kerana kita akan dapat tahu sekolah mana yang telah berjaya menghasilkan pelajar cemerlang A...kan itu lebih baik berbanding dengan kiraan peratus. Barulah lebih adil..Sampai bila-bila pun sekolah harian biasa dan sekolah kawalan tak akan dapat menandingi sekolah berasrama penuh sekiranya bilangan pelajar terlalu ramai. Dan sepatutnya pencapaian di sekolah-sekolah terpilih ini adalah 100% A..barulah berbaloi dengan bilangan pelajar yang sedikit dan tambahan lagi pelajar yang telah terpilih.

Agaknya mana lebih senang?? Mengajar di sekolah berasrama penuh dengan bilangan pelajar sedikit atau d sekolah harian biasa dengan bilangan pelajarnya yang sentiasa ramai.Sekiranya anda menjadi GPI ..mana satu yang anda akan pilih??

Saturday, December 19, 2009

Salam 1431 Hijrah!!

Alhamdulillah kita sudahpun berada di tahun baru Hijrah iaitu 1431 H. Bagi umat Islam bulan Muharram merupakan bulan Hijrah yang pertama dan rasanya ramai dalam kalangan kita yang sudahpun membaca doa akhir tahun dan awal tahun pada petang akhir tahun 1430 H yag lepas.

Di bulan Muharram ini kebiasaannya umat Islam melaksanakan ibadah puasa sunat iaitu pada puasa sunat pada 10 Muharram. Saya terbaca artikel yang ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Abdullah Al Qari (penulis buku terkenal) bahawa Nabi Muhammad saw melaksanakan puasa sunat 10 Muharram (puasa sunat hari Asyura) bergabung dengan 9 Muharam. Jadi nabi berpuasa selama 2 hari berturut-turut . Ini adalah kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram. Nabi Muhammad saw tidak mahu menyamakan ibadat puasa sunat kita dengan amalan kaum Yahudi . Justeru umat Islam digalakkan menggabungkan puasa 10 Muharram dengan hari yang sebelum atau pun selepasnya.Wallahuaklam.

Satu lagi amalan umat Islam adalah menjamu orang ramai dengan memasak sura (panggilan orang kelate). Agaknya dah ramai orang yang merancang mamasak sura ni sebelum persekolahan dibuka. Begitulah jugak dengan team JLU Pendidikan Islam PPDKB. Insyaalah majlis jamuan sura akan diadakan beberapa hari lagi.

Sura memang sedap kalau kena ramuannya . Kalau nak rasa sura sedap , silalah datang ke Kelantan... Majlis masak dan jamu sura ini amat bermakna kerana dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam disamping amalan jamuannya yang sudah menjadi kebiasaan bagi orang Kelantan.

Tuesday, December 15, 2009

Disember semakin meninggalkan kita dan Januari kian menjelma...

Diam tak diam kita dah tiba ke pertengahan bulan Disember 2009. 15 hari lagi Januari menjelma. Berdebar jugak rasanya nak menerima tugasan baru di sekolah bagi tahun persekolahan yang baru. Terasa cuti tahun ni agak memuaskan hati kerana dapat rehat sepenuhnya dan aktiviti dikurangkan sedikit berbanding dengan tahun lepas. Sebab tu
n3 pun agak kurang sedikit.
Aktiviti yang dilakukan secara bersendirian sahaja seperti edit buku Pendidikan Islam, buat rancangan tahunan Pendidikan Islam, cetak buku modul Pendidikan Islam untuk tahun depan. Bila kurang aktiviti rasa boring pulak.. Baik jugak kalau pergi taman safari , boleh bagi makan binatang dan memikirkan kebijaksanaan Allah dan jugak pergi jalan-jalan tepi pantai..boleh memikirkan kekuasaan dan keagungan Allah swt..
Anyway tahun depan awal tahun lagi dah berbagai-bagai aktiviti sekolah dan PPD yang dirancang. Mudah-mudahan tahun depan lebih gemilang lagi dengan berbagai aktiviti kecemerlangan bagi bagi Guru Pendidikan Islam PPD Kota Bharu. Insyaallah.

Friday, December 4, 2009

Saat Yang Ditunggu-tunggu....

Musim bah datang lagi..Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak disekitar taman perumahan Taman Desa Paduka.. Bagi sesetengah orang bah mendatangkan kesusahan tapi bagi anak-anak ini , musim bah amat menggembirakan kerana boleh berenang depan rumah sendiri.
(bila tiba saat ini, keinginan mereka untuk bermain dengan air bah tak boleh disekat-sekat lagi..)



Thursday, December 3, 2009

Percaya atau tidak ???

Tembikai termahal di Kelantan dan mungkin jugak di Malaysia..
RM 25 sebiji.

Tembikai ni dibeli untuk jamuan pada hari raya ke 3 lepas . Bila dibelah rupa-rupanya buruk pula.. inilah yang dikatakan taqdir.

Korban Idul Adha

Idul Adha memupuk semangat berkorban dalam kalangan umat Islam. Tetapi adakah pengorbanan yang kita laksanakan dapat menyamai pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS ? Fikir-fikirkanlah tahap mana pengorbanan kita selama ini..

Lembu yang bakal dikorbankan..

Daging sedang dipotong-potong untuk diagihkan

Pelbagai sayuran untuk dibuat dalcaaa..

Tuesday, November 24, 2009

Syukur Alhamdulillah !!

Peperiksaan SPM mata pelajaran Pendidikan Islam baru sahaja selesai petang tadi.Apa yang saya dapat lihat ialah wajah-wajah keriangan dalam kalangan pelajar sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan.."Ustazah..banyakla soalan dalam buku latih tubi tu yang keluar.." kata seorang pelajar. "Alhamdulillah, syukur..mudah-mudahan awak semua dapat A1" itu saja yang dapat saya ucapkan.

Saya pun apalagi balik rumah terus buat analisa soalan-yang telah keluar..betul jugak kata pelajar tu...soalan ramalan dalam buku Latih Tubi yang dikeluarkan oleh kumpulan JLU PPDKB memang banyak membantu mereka.. Alhamdulillah sekali lagi..walaupun soalannya tidak seratus peratus menyerupai soalan sebenar dalam exam namun dengan adanya buku tersebut pelajar nampaknya lebih berkeyakinan dalam menjawab soalan..Syukur sekali lagi..kerana semua ini adalah inayah daripada Allah swt kepada kami semua..usaha kami memang berbaloi..

Insyaallah tahun depan kami akan cuba mengeluarkan buku tersebut lebih awal lagi..Inilah sahaja usaha yang dapat kami lakukan demi membantu para pelajar serta memperkasakan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Berdebar-debar jugak menunggu keputusan peperiksaan yang bakal diumumkan bulan Mac/April nanti.. Mudah-mudahan semua pelajar berjaya dengan cemerlang..Insyaallah.

Monday, November 23, 2009

Perancangan Aktiviti JLU Pendidikan Islam PPDKB 2010

PERANCANGAN PROGRAM JLU PENDIDIKAN ISLAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2010

1 Bengkel Soalan Ujian Tahap Kecekapan (Tkn 1-5)
2 Bengkel Soalan Pertengahan Tahun (Tkn 1,2 dan 4)
3 Bengkel Buku Soalan Latih Tubi (Ramalan)
4 Seminar Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam
5 Bengkel Soalan Pra Pendidikan Islam / Tasawur Islam
6 Seminar Skor A Pendidikan PMR / SPM
7 Jamuan Akhir Tahun 2010

Mudah-mudahan segala yang dirancang akan terlaksana untuk tahun 2010 .. Insyaallah