GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Monday, February 22, 2010

Buku Nota Bestari Pendidikan Islam SPM Edisi Baru dah pun siap!!!

Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya buku yang ditunggu-tunggu dah siap pun. Sekarang buku tersebut sedang diedarkan kepada guru-guru yang telah menempah sejak dari awal tahun lagi.
Buku edisi baru ni lebih kemas dan menarik berbanding dengan buku edisi lama. Tambahan lagi buku ini ada penambahan muka surat dan juga penambahan warna. Kepada sesiapa yang ingin memiliki buku ini bolehlah hubungi saya dengan segera.

Mudah-mudahan buku ini akan dapat membantu meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan Pendidikan Islam SPM . InsyaAllah.

Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam

Sunday, February 21, 2010

Bengkel Soalan Ramalan P.Islam dan T.Islam 2010

Syukur kepada Allah kerana bengkel ini dapat diadakan dengan lebih awal. Bengkel ini diadakan di Dewan Sepat, Hotel Ridel selama 3 hari bermula pada 21 - 23 Feb 2010. Soalan yang disediakan sebanyak 3 set dan akan siap lebih awal. Insyaallah para pelajar dan guru akan dapat memiliki buku soalan ramalan ini sebaik sahaja habis sukatan pelajaran di sekolah, mungkin awal bulan Jun nanti.
Seramai 14 orang JLU P.Islam dan T.Islam bertungkus lumus menganalisa dan membincangkan soalan-soalan yang bakal keluar pada tahun 2010 nanti Mudah-mudahan apa yang dibincangkan oleh mereka akan menghasilkan soalan ramalan yang terbaik-Insyaallah.
Tahun lepas soalan ramalan Bestari PMR keluar lebih kurang 30 - 40 % manakala Soalan Ramalan SPM kertas 2 keluar lebih kurang 80 %. Yang SPM kertas 1 tu susah betul nak diramalkan. Rasanya adalah dua tiga soalan yang keluar.
Inilah sahaja yang dapat kali laksanakan demi untuk kepentingan para pelajar dan juga demi untuk memperkasakan Pendidikan Islam. Mudah-mudahan prestasi pelajar 2010 ini akan lebih meningkat lagi.Insyaallah.



Wednesday, February 17, 2010

Buku Nota Bestari Pendidikan Islam Edisi Baru 2010 hampir siap!!!

Syukur Alhamdulillah tak lama lagi (mungkin minggu depan) buku Nota Bestari Pendidikan Islam SPM edisi baru ini akan dapat diedarkan kepada ustaz dan ustazah yang telah menempah buku baru ini sejak 2 minggu yang lepas.

Target siap pada akhir Januari tak dapat dicapai kerana masalah teknikal di pihak percetakan yang tak dapat dielakkan (pihak editor tiada masalah..) . Kita merancang Allah yang menentukan. Mungkin ada hikmahnya disebalik. kalau ada sesiapa yang berminat baiklah tempah awal-awal kerana sekarang pun dah banyak bil-bil yang que untuk diposkan buku2nya.

Harap-harap GPI dan calon-calon Pendidikan Islam SPM seluruh Malaysia berpuas hati dengan buku yang bakal diedarkan minggu depan ni Insya Allah...

Editor sendiri berdebar-debar nak melihat buku nota Bestari Pendidikan Islam berwajah baru ini..harap-harap tak banyak yang silap. Proof reading dah dibuat sampai 6 kali ..tapi biasanya kesilapan tetap ada...kita hanya manusia biasa tak lepas daripada salah dan silap ...dan kalau ada yang silap harap dapatlah diperbetulkan ya..

Tuesday, February 2, 2010

Pelantikan Pengawas SEMENZA 2010

Tarikh : 2 Feb 2010 (Selasa)
Tempat : Dewan Semenza, SM Zainab (1)
Perasmi : Tn Hj Zahari bin Daud
(Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)
Pengawas yang dilantik adalah seramai 63 orang.
Moto : Sedia Berkhidmat Kepada Sekolah Kerana Allah swt.

Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Zahari bin Daud (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)

Ucapan Ketua Pengawas 2010

Penyampaian Watikah Pelantikan



Semoga usaha bakti ikhlas yang bakal ditaburkan oleh para pengawas sepanjang tahun 2010 ini akan diberi ganjaran oleh Allah swt. InsyaAllah.

Friday, January 15, 2010

Keputusan GC dah keluar ke ??

Hai berdebar-debar jugak menunggu keputusan GC yang mohon pada 2009 lepas. Khabar-khabar angin menyatakan ramai yang gagal. Wallahuaklam.

Namun begitu , bagi yang gagal harap dapat diusahakan lagi tahun ni. Jangan lekas putus asa...belum sampai masanya lagi..Bagi yang berjaya bersyukurlah dan bersedialah dengan tanggungjawab baru ... dan jangan lupa adakan majlis kesyukuran untuk rakan-rakan.

Walau bagaimanapun keputusan hitam putih belum keluar lagi..saja-saja nak kurangkan sedikit nervous ni..bilalah agaknya ya nak diumumkan??

Tuesday, January 12, 2010

NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM SPM EDISI TERBARU !!

Insyaallah sekiranya tiada aral Nota Bestari Pendidikan Islam SPM Edisi Terbaru akan diterbitkan tak berapa lama lagi. Nota edisi terbaru ini telah dibuat penambahan isi dan persembahan yang cukup menarik demi untuk memudahkan para pelajar merujuk, membaca dan menghafaz.

Namun begitu yang tidak sedap didengar ialah harganya yang terpaksa dinaikkan kepada RM10.00 kerana pelbagai kos yang berkaitan dengan percetakan meningkat..NAMUN BEGITU KOS POS TETAP FREE Walaubagaimanapun rasanya harga tersebut tidaklah terlalu tinggi dibandingkan dengan buku-buku Pendidikan Islam lain yang berada di pasaran yang berharga RM 20 ke atas. Lagipun isinya yang 100 % merujuk kepada buku teks.

Justeru diharapkan agar para GPI ataupun pelajar yang ingin memiliki buku ini , cubalah dapatkannya ketika di tingkatan 4 lagi, kerana ini akan menjimatkan nilai belian dan penggunaan dimana pelajar dapat menggunakannya untuk tempoh dua tahun (tingkatan 4 dan 5). Sekiranya ketika berada di tingkatan 5 baru nak beli, rasanya teramatlah rugi..kerana kos tersebut hanya dapat digunakan dalam tempoh setahun sahaja....

Harapan kami agar buku ini akan dapat membantu pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam SPM Insyaallah..

Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam

Friday, January 8, 2010

Program masak bubur sura di Semenza sempena Hari Asyura 2010

Hari ini satu program masak dan jamu bubur sura telah dilaksanakan di Asrama Puteri Semenza. Program dijayakan bersama oleh Asrama Puteri Semenza dan joint venture dengan Badan Kebajikan Staf Semenza . Sebanyak lebih kurang 5 kawah sura telah dikacau oleh puteri-puteri semenza dan juga guru-guru Semenza. Bubur sura memang lazat tambahan lagi kalaulah ramuannya dibuat oleh orang yang pakar . Gambar-gambar tak dapat dimasukkan kerana penulis demam tak dapat hadir ke sana....ingatkan hari ni dah dapat makan sura panas...

Saturday, January 2, 2010

Maaf!! Buku-buku Pendidikan Islam dalam blog ini tiada di pasaran!!

Ramai yang bertanya..buku-buku ni ada di pasaran ke? Mintak maaf banyak-banyak sebab buku-buku Pendidikan Islam yang ada di blog ini belum lagi dimasukkan dalam pasaran kedai buku. Rasanya tak nak masukkan.. Cukuplah dijual dalam blog saja setakat ni..insyaallah bisa diuruskan lagi . Tetapi kalau dah tak mampu nak urus mungkin akan dipertimbangkan untuk di jual di kedai buku.

So sesiapa yang berminat bolehlah order terus daripada saya. Insyaallah akan adalah sedikit perubahan (INOVASI) dalam p&p tuan / puan di sekolah.

Tuesday, December 29, 2009

Sambutan hebat GPI seluruh negara kepada GLA dan Modul Pendidikan Islam !

Syukur kepada Allah swt kerana makin ramai GPI dari seluruh negara yang menghubungi saya bertanyakan tentang GLA dan Modul Pendidikan Islam ini. Ada yang minta nak tengok contoh dan ada yang nak guna terus untuk kelas masing-masing. Tahniah diucapkan kerana anda telah cuba membuat inovasi dalam P&P walaupun ianya simpel.

Apa yang kita nak ialah proses P&P yang berkesan yang melebihi daripada satu hala dalam kelas kerana ini akan memudahkan pelajar memahami pelajaran yang disampaikan. Namun begitu ada yang masih mempertahankan cara lama iaitu cara syarahan. Anyway yang pasti pelajar dapat ilmu.

Bagi GPI yang ingin cuba menggunakan GLA ini pastikan bahawa pelajar tak perlu lagi beli buku log untuk buat nota. Apa-apa ujian untuk pelajar dibuat dalam helaian kertas dan simpan dalam fail. Buku nota pelajar adalah GLA . Mana-mana GPI yang ingin cuba buat modul sendiri pun adalah lebih baik dan digalakkan kerana kita kena tahu apa yang ingin kita ajar kepada murid kita. Dari situ kita akan cuba bina modul sendiri untuk memudahkan urusan P&P kita dalam kelas. Lahipun bolehlah ianya dijadikan tiket untuk minta jadi GC.

Moga tahun 2010 Pendidikan Islam akan terus cemerlang dari segi kualitinya..Insyaallah.

Thursday, December 24, 2009

Keputusan Peperiksaan PMR hari ini..

Alhamdulillah..syukur kerana keputusan PMR di SMK Zainab (1) bagi mata pelajaran Pendidikan Islam naik dari segi bilangan pelajar yang mendapat A tetapi menurun dari segi peratus kerana bilangan pelajar yang terlalu ramai (254 orang). Tahun ni bilangan pelajar mendapat A naik seramai 50 orang berbanding tahun lepas. Ini merupakan satu kejayaan tetapi bila dilihat kepada peratus ianya menurun kerana bilangan pelajar yang ramai.

Bila dibuat post mortem, kebiasaannya yang akan menjadi perbandingan adalah peratusnya. Sekiranya pelajar di sekolah terlalu ramai maka kita akan dapat meneka yang peratus akan turun walaupun bilangan yang mendapat A ramai.

Kalaulah perbandingan itu dibuat mengikut bilangan pelajar yang mendapat A..alangkah bahagianya kerana kita akan dapat tahu sekolah mana yang telah berjaya menghasilkan pelajar cemerlang A...kan itu lebih baik berbanding dengan kiraan peratus. Barulah lebih adil..Sampai bila-bila pun sekolah harian biasa dan sekolah kawalan tak akan dapat menandingi sekolah berasrama penuh sekiranya bilangan pelajar terlalu ramai. Dan sepatutnya pencapaian di sekolah-sekolah terpilih ini adalah 100% A..barulah berbaloi dengan bilangan pelajar yang sedikit dan tambahan lagi pelajar yang telah terpilih.

Agaknya mana lebih senang?? Mengajar di sekolah berasrama penuh dengan bilangan pelajar sedikit atau d sekolah harian biasa dengan bilangan pelajarnya yang sentiasa ramai.Sekiranya anda menjadi GPI ..mana satu yang anda akan pilih??