GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Monday, March 22, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 56 di SMKZ1

Kejohanan Olahraga ini akan berlangsung di Padang SMKZ1 pada 24 Mac ini (Rabu). Pengarah SBP dan Sekolah Kluster iaitu Pn Hjh Ashah bt Samat akan dijemput untuk merasmikan Olahraga tahunan ini.
Akal yang sihat berada di tubuh badan yang sihat..
Majulah sukan untuk negara..

Tuesday, March 16, 2010

NAMA SAJA CUTI TAPI HAKIKATNYA TAK CUTI PUN.....

Macam-macam kerja nak dibuat dan diselesaikan.. Yang utama sekali semak kertas jawapan pelajar..Alhamdulillah result agak okay..adalah beberapa orang dapat A+. Edit buku Nota Bestari PMR edisi baru pun kena buat masa ni lah..edit buku latih tubi bestari pun time ni jugak..begitu jugak lah dengan persediaan untuk Kem Kembara Iman nanti..Rasa tak terbuat.. Nasib baik jugak tak ada kelas tambahan cuti sekolah lagi.

Ramai GPI tertanya-tanya bila agaknya akan siap buku Nota Bestari Pendidikan Islam PMR Edisi Baru.. Rasanya 2 - 3 bulan lagi kot.. Susah jugak nak edit buku tu, nak pastikan ianya dapat membantu para pelajar. Usaha aje lah apa yang mampu.

Anyway semuanya perlu dibereskan sebelum buka sekolah nanti.. mudah-mudahan Allah mempermudahkan semuanya..Insyaallah.

Thursday, March 11, 2010

Alhamdulillah..

Syukur kepada Allah kerana memberi kejayaan yang amat cemerlang kepada Pendidikan Islam di SMK Zainab (1). Seramai 153 orang pelajar menduduki Peperiksaan Pend Islam SPM tahun ni, 141 orang mendapat A iaitu lebih kurang 92%. 11 orang B dan seorang C+. GP nya lebih kurang 1.77 berbanding dengan tahun lepas 2.46. Inilah keputusan yang paling cemerlang bagi Semenza berbanding dengan tahun2 lepas. Tahniah kepada semua pelajar / anak murid ustazah tahun 2009 kerana telah sama-sama berjuang untuk memperkasakan Pendidikan Islam di Semenza. Mudah-mudahan tahun ni lebih cemerlang lagi.
Tahun ni bilangan studentnya lebih ramai iaitu lebih kurang 180 orang. GPI di Zainab(1) kenalah kerja lebih keras lagi untuk memastikan semua pelajar cemerlang. Insyaallah mudah-mudahan segalanya dipermudahkan oleh Allah.

SAMA-SAMA MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ISLAM..

Wednesday, March 10, 2010

Keputusan Peperiksaan SPM keluar hari ini.

Semua orang berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan SPM hari. Baik Guru mahupun pelajar tak sabar-sabar menanti keputusan yang akan diumumkan. Harap semuanya mendapat keputusan yang cemerlang terutama sekali subjek Pendidikan Islam..Harapan kami para JLU PPDKB agar keputusan kali ini akan memuaskan hati semua sekolah di PPD Kota Bharu.Insya-Allah. Hampir semua usaha mencemerlangkan mata pelajaran Pendidikan Islam di PPD Kota Bharu telah dilakukan . Terserahlah kepada Allah menentukan segala-galanya. Semoga calon Pendidikan Islam terus cemerlang..dan Pendidikan Islam terus terbilang..

Thursday, March 4, 2010

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL SEMENZA 2010

Tarikh : 4 MAC 2010 (Khamis)
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Laman Info
Objektif:
1-Menyemarakkan kecintaan kepada Rasulullah saw.
2-Memantapkan lagi amalan sunnah Rasulullah saw
3-Memupuk sifat-sifat mulia dalam diri murid.
4-Mengeratkan hubungan silaturrahim antara warga sekolah
Penceramah Jemputan:
-Ustaz Ismail bin Jaya (Penyelia Pendidikan Islam, UPI PPDKB)






Dalam ceramah yang disampaikan warga Semenza dingatkan supaya :
1. Jangan jadikan bulan Rabiul Awwal sahaja masa untuk mengingati dan berselawat kepada Rasulullah saw sebaliknya amalan tersebut hendaklah dilaksanakan secara berterusan.
2. Mantapkan beramal dengan sunnah Rasulullah saw
3. Sentiasa melaksanakan solat
4. Menjaga batasan pergaulan
5. Menjaga aurat

Moga ceramah yang disampaikan akan jelira (meresap dalam hati warga Semenza - InsyaAllah.

Sunday, February 28, 2010

Gambar-gambar menarik sekitar Bengkel Soalan Latih Tubi

Jurulatih Utama sedang bertungkus lumus menganalisa dan membina soalan. Diakhir bengkel, para JLU dijamu dengan makanan yang lazat dan berkhasiat.




Monday, February 22, 2010

Buku Nota Bestari Pendidikan Islam SPM Edisi Baru dah pun siap!!!

Syukur Alhamdulillah kerana akhirnya buku yang ditunggu-tunggu dah siap pun. Sekarang buku tersebut sedang diedarkan kepada guru-guru yang telah menempah sejak dari awal tahun lagi.
Buku edisi baru ni lebih kemas dan menarik berbanding dengan buku edisi lama. Tambahan lagi buku ini ada penambahan muka surat dan juga penambahan warna. Kepada sesiapa yang ingin memiliki buku ini bolehlah hubungi saya dengan segera.

Mudah-mudahan buku ini akan dapat membantu meningkatkan lagi prestasi kecemerlangan Pendidikan Islam SPM . InsyaAllah.

Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam

Sunday, February 21, 2010

Bengkel Soalan Ramalan P.Islam dan T.Islam 2010

Syukur kepada Allah kerana bengkel ini dapat diadakan dengan lebih awal. Bengkel ini diadakan di Dewan Sepat, Hotel Ridel selama 3 hari bermula pada 21 - 23 Feb 2010. Soalan yang disediakan sebanyak 3 set dan akan siap lebih awal. Insyaallah para pelajar dan guru akan dapat memiliki buku soalan ramalan ini sebaik sahaja habis sukatan pelajaran di sekolah, mungkin awal bulan Jun nanti.
Seramai 14 orang JLU P.Islam dan T.Islam bertungkus lumus menganalisa dan membincangkan soalan-soalan yang bakal keluar pada tahun 2010 nanti Mudah-mudahan apa yang dibincangkan oleh mereka akan menghasilkan soalan ramalan yang terbaik-Insyaallah.
Tahun lepas soalan ramalan Bestari PMR keluar lebih kurang 30 - 40 % manakala Soalan Ramalan SPM kertas 2 keluar lebih kurang 80 %. Yang SPM kertas 1 tu susah betul nak diramalkan. Rasanya adalah dua tiga soalan yang keluar.
Inilah sahaja yang dapat kali laksanakan demi untuk kepentingan para pelajar dan juga demi untuk memperkasakan Pendidikan Islam. Mudah-mudahan prestasi pelajar 2010 ini akan lebih meningkat lagi.Insyaallah.



Wednesday, February 17, 2010

Buku Nota Bestari Pendidikan Islam Edisi Baru 2010 hampir siap!!!

Syukur Alhamdulillah tak lama lagi (mungkin minggu depan) buku Nota Bestari Pendidikan Islam SPM edisi baru ini akan dapat diedarkan kepada ustaz dan ustazah yang telah menempah buku baru ini sejak 2 minggu yang lepas.

Target siap pada akhir Januari tak dapat dicapai kerana masalah teknikal di pihak percetakan yang tak dapat dielakkan (pihak editor tiada masalah..) . Kita merancang Allah yang menentukan. Mungkin ada hikmahnya disebalik. kalau ada sesiapa yang berminat baiklah tempah awal-awal kerana sekarang pun dah banyak bil-bil yang que untuk diposkan buku2nya.

Harap-harap GPI dan calon-calon Pendidikan Islam SPM seluruh Malaysia berpuas hati dengan buku yang bakal diedarkan minggu depan ni Insya Allah...

Editor sendiri berdebar-debar nak melihat buku nota Bestari Pendidikan Islam berwajah baru ini..harap-harap tak banyak yang silap. Proof reading dah dibuat sampai 6 kali ..tapi biasanya kesilapan tetap ada...kita hanya manusia biasa tak lepas daripada salah dan silap ...dan kalau ada yang silap harap dapatlah diperbetulkan ya..

Tuesday, February 2, 2010

Pelantikan Pengawas SEMENZA 2010

Tarikh : 2 Feb 2010 (Selasa)
Tempat : Dewan Semenza, SM Zainab (1)
Perasmi : Tn Hj Zahari bin Daud
(Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)
Pengawas yang dilantik adalah seramai 63 orang.
Moto : Sedia Berkhidmat Kepada Sekolah Kerana Allah swt.

Ucapan Perasmian oleh Tn Hj Zahari bin Daud (Ketua Sektor Pengurusan Sekolah)

Ucapan Ketua Pengawas 2010

Penyampaian Watikah Pelantikan



Semoga usaha bakti ikhlas yang bakal ditaburkan oleh para pengawas sepanjang tahun 2010 ini akan diberi ganjaran oleh Allah swt. InsyaAllah.