GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Monday, April 26, 2010

Lawatan YBhg.Tan Sri Dato Sri Panglima Dr Hj Ab Rahman Arshad (Penasihat Sekolah Kluster) ke SMKZ (1)

Tarikh : 15 April 2010 (Khamis)
Semua warga Semenza amat bangga dan gembira dengan kehadiran Ybhg.Tan Sri Dato Sri Panglima Dr Hj Abd. Rahman Arshad (Penasihat Sekolah Kluster) ke SMK. Zainab  (1) . Mudah-mudahan jalan ke arah  mencapai SBT  bagi SMKZ (1) semakin terbentang luas. Insyaallah dan mudah-mudahan cita-cita Pengetua SMKZ(1) untuk menjadikan Semenza sebagai SBT akan dimakbulkan Allah.

Semasa lawatan tersebut Tan Sri dihidangkan dengan persembahan Gamelan, Hoki dan Choral Speaking (hoki dan bahasa inggeris merupakan niche area SMKZ1). 
                                           Pemain Hoki sedang membuat persembahan 

                                                           Persembahan gamelan

                          Tan Sri bergambar dengan sektetariat pentadbiran SMK Zainab (1)

Saturday, April 24, 2010

Persembahan Powerpoint puteri Semenza

Pelajar Tingkatan 5 Bestari dan 5 Harmoni SMKZ1 2010 telah diberikan tugas untuk menyelesaikan tugasan sekitar tajuk Tamadun Islam dan Tokoh Islam Tingkatan 4 & 5. Para pelajar menyiapkan tugasan masing-masing dan pembentangan telah dilaksanakan pada 2 minggu yang lepas. Masing-masing tak sabar-sabar dan bersemangat untuk membentangkan powerpoint dan menunjukkan kebolehan masing-masing.

Thursday, April 15, 2010

Pakej Buku Pendidikan Islam PMR dan SPM

Alhamdulillah syukur kerana makin ramai GPI yang telah cuba dan terus mencuba untuk menggunakan buku modul Pendidikan Islam, modul tajwid dan modul jawi yang dipaparkan di blog ini. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana penggunaan buku-buku tersebut? Di sini saya ingin menerangkan tentang penggunaan buku-buku pakej tersebut untuk memudahkan lagi P & P GPI dalam kelas.

Buku Pakej PMR:

1. GLA dan Modul Pendidikan Islam Tkn 1-3 (dijadikan sebagai buku nota - tak perlu ada buku log lagi)
2. Nota Bestari PMR (sebagai rujukan untuk mengisi jawapan dalam buku modul P.Islam)
3. Nota Poket 4 dalam 1 (buku hafazan untuk menghafaz ayat-ayat hafazan dan pengertiah istilah P.Islam)
4. Modul Jawi (latih tubi Jawi yang mengandungi keterangan jawi dan soalan jawi dalam PMR/SPM)
5. Modul Tajwid PMR (persediaan menghadapi P.Islam SPM - wawasan SPM)

P/S : Buku Modul Jawi dan Tajwid dan ayat Hafazan boleh diajar pada waktu 2 masa tambahan P.Islam bersama-sama dengan ujian PAFA (buat giliran)

Buku Pakej SPM:

1. GLA dan Modul Pendidikan Islam Tkn 4-5 (dijadikan sebagai buku nota - tak perlu ada buku log lagi)
2. Nota Bestari SPM (sebagai rujukan untuk mengisi jawapan dalam buku modul P.Islam)
3. Nota Poket 4 dalam 1  (buku hafazan untuk menghafaz ayat-ayat hafazan dan pengertiah istilah P.Islam)
4. Modul Jawi (latih tubi Jawi yang mengandungi keterangan jawi dan soalan jawi dalam PMR/SPM)
5. Modul Tajwid SPM (latih tubi tajwid berdasarkan sukatan P.Islam tkn 4-5)

Harga Buku Pakej PMR - RM26.00
Harga Buku Pakej  SPM - RM 28.00

Dengan harga buku pakej ini pelajar tak perlu lagi beli buku-buku P.Islam yang lain sehinggalah exam PMR atau SPM kerana kesemua buku-buku ini sudah mencukupi untuk keperluan pelajar. Pelajar PMR seelok-eloknya memiliki buku pakej ini bermula dari tingkatan 1 lagi dan pelajar SPM  memilikinya bermula dari tingkatan 4 lagi kerana ini akan menguntungkan pelajar. Semoga Pendidikan Islam akan terus cemerlang...


- Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam -

Monday, April 5, 2010

Gambar sekitar majlis perasmian Minggu Anti Dadah peringkat sekolah 2010 di SMK Zainab (1)






Bacaan perutusan Minggu Anti Dadah





















Ikrar anti dadah oleh pelajar Semenza
Tarikh : 4 April 2010 (Ahad)
Masa : 8 pagi
Tempat : Dewan Semenza
Perasmi : En Salim bin Daim (Ketua Unit Anti Dadah, JPN Kelantan)
Motto : SAY NO TO DADAH

















Thursday, April 1, 2010

Gambar-gambar menarik sekitar Kejohanan Olahraga Tahunan SMKZ1 Kali ke 56 2010







Perasmian oleh Pn Ashah bt Samah (Pengarah SBP dan Sekolah Kluster)














Persembahan rumah sukan Camelia (persembahan terbaik)












Persembahan rumah sukan Allamanda













Upacara menaikkan bendera













Kumpulan Pancaragam jemputan (pelajar Maktab Sultan Ismail)

Wednesday, March 31, 2010

Bengkel Pemurnian Buku Latih Tubi dan Bengkel Pembinaan dan Pemurnian Soalan Pend.Islam, Tswr Islam dan KAFA di Langkawi
















Tarikh : 28 - 30 Mac (Ahad - Selasa)
Tempat : Hotel Grand Continental, Langkawi, Kedah.
Peserta : 11 orang JLU Sekolah Menengah dan 29 JLU Sekolah Rendah
Objektif :
1. Supaya dapat menyediakan soalan yang berkualiti untuk pelajar.
2. Supaya dapat meningkatkan lagi prestasi pelajar dalam Pend. Islam dan Tasawwur Islam.
3. Supaya dapat membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Supaya pelajar dapat skor A+ dalam Pend. Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam SPM dan A dalam KAFA.

Bengkel dirasmikan oleh Tn Hj Mohd Fakhrurrazi b Hj Ab Rahim (Ketua Unit Pendidikan Islam PPDKB) dan dipengerusikan oleh Ustaz Ismail b Jaya (Penyelia Pendidikan Islam, Unit P.Islam PPDKB) . Bengkel selama 3 hari ini diketuai oleh Pn Hjh Nik Zulina (JLU P.Islam Menengah) dan Pn Halimah (JLU P.Islam Rendah).

Semoga segala usaha yang dirancang akan membuahkan hasil..Insya-Allah.

Monday, March 22, 2010

Kejohanan Olahraga Tahunan Kali ke 56 di SMKZ1

Kejohanan Olahraga ini akan berlangsung di Padang SMKZ1 pada 24 Mac ini (Rabu). Pengarah SBP dan Sekolah Kluster iaitu Pn Hjh Ashah bt Samat akan dijemput untuk merasmikan Olahraga tahunan ini.
Akal yang sihat berada di tubuh badan yang sihat..
Majulah sukan untuk negara..

Tuesday, March 16, 2010

NAMA SAJA CUTI TAPI HAKIKATNYA TAK CUTI PUN.....

Macam-macam kerja nak dibuat dan diselesaikan.. Yang utama sekali semak kertas jawapan pelajar..Alhamdulillah result agak okay..adalah beberapa orang dapat A+. Edit buku Nota Bestari PMR edisi baru pun kena buat masa ni lah..edit buku latih tubi bestari pun time ni jugak..begitu jugak lah dengan persediaan untuk Kem Kembara Iman nanti..Rasa tak terbuat.. Nasib baik jugak tak ada kelas tambahan cuti sekolah lagi.

Ramai GPI tertanya-tanya bila agaknya akan siap buku Nota Bestari Pendidikan Islam PMR Edisi Baru.. Rasanya 2 - 3 bulan lagi kot.. Susah jugak nak edit buku tu, nak pastikan ianya dapat membantu para pelajar. Usaha aje lah apa yang mampu.

Anyway semuanya perlu dibereskan sebelum buka sekolah nanti.. mudah-mudahan Allah mempermudahkan semuanya..Insyaallah.

Thursday, March 11, 2010

Alhamdulillah..

Syukur kepada Allah kerana memberi kejayaan yang amat cemerlang kepada Pendidikan Islam di SMK Zainab (1). Seramai 153 orang pelajar menduduki Peperiksaan Pend Islam SPM tahun ni, 141 orang mendapat A iaitu lebih kurang 92%. 11 orang B dan seorang C+. GP nya lebih kurang 1.77 berbanding dengan tahun lepas 2.46. Inilah keputusan yang paling cemerlang bagi Semenza berbanding dengan tahun2 lepas. Tahniah kepada semua pelajar / anak murid ustazah tahun 2009 kerana telah sama-sama berjuang untuk memperkasakan Pendidikan Islam di Semenza. Mudah-mudahan tahun ni lebih cemerlang lagi.
Tahun ni bilangan studentnya lebih ramai iaitu lebih kurang 180 orang. GPI di Zainab(1) kenalah kerja lebih keras lagi untuk memastikan semua pelajar cemerlang. Insyaallah mudah-mudahan segalanya dipermudahkan oleh Allah.

SAMA-SAMA MEMPERKASAKAN PENDIDIKAN ISLAM..

Wednesday, March 10, 2010

Keputusan Peperiksaan SPM keluar hari ini.

Semua orang berdebar-debar menunggu keputusan peperiksaan SPM hari. Baik Guru mahupun pelajar tak sabar-sabar menanti keputusan yang akan diumumkan. Harap semuanya mendapat keputusan yang cemerlang terutama sekali subjek Pendidikan Islam..Harapan kami para JLU PPDKB agar keputusan kali ini akan memuaskan hati semua sekolah di PPD Kota Bharu.Insya-Allah. Hampir semua usaha mencemerlangkan mata pelajaran Pendidikan Islam di PPD Kota Bharu telah dilakukan . Terserahlah kepada Allah menentukan segala-galanya. Semoga calon Pendidikan Islam terus cemerlang..dan Pendidikan Islam terus terbilang..