GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Tuesday, September 28, 2010

Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat Untuk PMR di SMK Zainab (1) esok.

Calon2 PMR semakin berdebar2 untuk menghadapi exam tak lama tak...dalam 2 minggu terakhir ini dilaksanakan kelas pecutan terakhir untuk calon2 PMR mengikut subjek masing2..Calon juga menjalani ujian Pra PMR untuk  semua subjek bagi persediaan terakhir untuk menghadapi peperiksaan minggu depan..  Semoga semua calon dapat menunjukkan komitmen dan prestasi terbaik dalam peperiksaan PMR tahun ni . Insyaallah
Esok akan diadakan majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu untuk calon PMR di SMK Zainab (1)... semoga semuanya berjalan lancar...

Sunday, September 19, 2010

Exam PMR / SPM 2010 semakin hampir...

Exam PMR dan SPM semakin menghampiri pelajar...semuanya dah berdebar2 sekarang nak menghadapi peperiksaan..... Ada yang belum habis sukatan pelajaran, ada yang baru habis dan ada yang dah habis... Sebenarnya bulan 9 ni dah di kira sebagai bulan mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi.. sepatutnya tidak ada lagi sukatan pelajaran yang belum habis...bagi mata pelajaran P.Islam rata2 pelajar sudah membuat latih tubi soalan...sama ada soalan luar, soalan ramalan, soalan pra, soalan sbp dan soalan mara.. Salah satu daripada teknik berjaya dalam peperiksaan ialah memperbanyakkan soalan2 latih tubi...
Justeru pastikan setiap saat dan ketika anda menunggu datangnya exam..buatlah sebanyak2banyaknya latih tubi bagi semua subjek...buatlah jadual yang seimbang untuk semua subjek agar semua subjek tidak akan ketinggalan daripada mendapat A..Insyaallah... GOOD LUCK..!!

Tuesday, September 14, 2010

Majlis Khatam Al Quran Sempena Ihya Ramadhan 2010 di SMKZ1

Tarikh: 1 Sept 2010 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi - 9.00 pagi

Tempat : Laman Info

Objektif :

1. Memupuk semangat cintakan Al Quran dalam kalangan murid
2. Menyemai sikap suka membaca Al Quran dan menghayati isi kandungannya
3. Membina sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan seharian




"Membina Generasi Al Quran "

Monday, August 16, 2010

Ceramah Awal Ramadan di SMK Zainab (1) 2010

Tarikh : 10 Ogos 2010 (Selasa)
Masa  : 7.45 - 9.00 pagi
Tempat : Laman Info, SMK Zainab (1)
Sasaran : Semua Warga Semenza
Objektif :
 
- Melatih murid-murid mengamalkan amalan sunat dalam bulan Ramadhan
- Memupuk semangat bantu membantu dan bersedekah sesama insan
- Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga Semenza
- Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt

 Ustaz Hj Rusdan daripada SMK Mulong sedang memnyampaikan ceramah
 Pelajar SMK Zainab (1)

Guru dan pelajar
 Ustaz Hj Rusdan sedang menerima saguhati sekolah daripada PK Pentadbiran Tn Hj Mohamad b Mat Daud

Sunday, August 1, 2010

Slot Bicara Iman dan Pemantapan Sahsiah Murid


Program pemantapan sahsiah murid ini diadakan sebanyak empat siri iaitu siri pertama Tingkatan 5 dan 6, Siri kedua Tingkatan 3 dan 4, siri ketiga Tingkatan 2 dan siri keempat Tingkatan 1. Ceramah disampaikan oleh Pn Hjh Dr Hafidzah bt Mustakim iaitu salah seorang pemotivasi terkenal di Kelantan yang aktif dalam program motivasi di sekolah dan juga program yang melibatkan kaum hawa. 

Monday, July 19, 2010

Lawatan Benchmarking ke SMK Aminuddin Baki Sekolah Berprestasi Tinggi

Tarikh : 16 Julai 2010 (Jumaat)
Bukan main bersemangat para guru Semenza siap dengan pakaian seragam yang indah dan ceria seawal jam 7.15 pagi sedang menunggu kehadiran bas untuk SABKL..
 Bergambar dengan pakaian rasmi sekolah sambil menunggu bas
Pintu utama SMK Aminuddin Baki Kg Pandan

Bergambar dengan barisan pentadbir SABKL

Taklimat daripada SABKL

Sunday, July 11, 2010

Hari Bersejarah - Terima Memo Guru Cemerlang Pendidikan Islam 2010

Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad)
Tempat : Dewan Bestari , SK Padang Garong, Kota Bharu
Memo disampaikan oleh Tuan Hj Abdul Aziz bin Abdullah (KS Pengurusan Sekolah JPN Kelantan)
Seramai 33 orang menerima memo DG 48 dan 5 orang menerima memo DG 44.
Guru Cemerlang Pendidikan Islam DG 48 yang menerima  memo ini seramai lebih kurang 5 orang sahaja.


Pendidikan Islam  terus gemilang..

Tuesday, July 6, 2010

SMKZ1 dapat Anugerah Tempat Kedua dalam PPDKB bagi mata pelajaran Pendidikan islam

Sekali lagi dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana SMKZ1 dapat surat ucapan Tahniah dan Syabas daripada Unit Pendidikan Islam PPDKB kerana mendapat tempat ke-2 tertinggi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di seluruh PPDKB selepas SMS Tg Mohd Faris Petra, Pengkalan Chepa.

Tak sangka jugak Zainab dapat capai tempat tersebut.. sebab pesaing-pesaing Zainab yang terdiri daripada SMK Dato Ahmad Maher, Maktab Sultan Ismail dan SMK Ismail Petra tak kurang hebatnya berbanding Zainab..Anyway tahun 2009 rezeki Zainab agaknya...  Alhamdulillah.

Monday, July 5, 2010

Alhamdulillah !! Syukur !!

Syukur kepada Allah swt kerana akhirnya terjawab juga persoalan yang bermain-main di kepala sejak bulan Mac lalu...title GC Pendidikan dah confirm berjaya diperolehi.... Sebelum ni tahniah bertalu-talu tapi tak dapat nak di terima 100% ucapan tahniah tu kerana masih tergantung-gantung lagi keputusannya sama ada betul berjaya atau tidak. Sekarang ni bolehlah...namun begitu title GC ni bukannya untuk di bangga2kan tetapi merupakan satu tanggungjawab yang terpikul di bahu yang semestinya dilaksana dengan penuh dedikasi dan bermotivasi. Walaubagaimana pun sebenarnya semua guru adalah GC namun tidak secara rasmi diisytiharkan sebagai GC....

Justeru dengan keputusan yang baru saja diperolehi kelmarin daripada JPN membenarkan segalanya.. dan inilah peluang yang tidak boleh dilepaskan dalam usaha untuk meningkatkan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia. Semoga diri ini akan dipanjangkan umur dan sentiasa diberi kesihatan yang baik oleh Allah swt dalam meneruskan usaha ke arah memperkasakan lagi Pendidikan Islam......InsyaAllah..

Doa dan harapan agar lebih ramai lagi Guru Cemerlang Pendidikan Islam akan terpilih untuk terus menyumbangkan tenaga kepada anak bangsa di seluruh negara.....Amin.

Murid kita adalah tanggungjawab kita


Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam

Thursday, July 1, 2010

Kos Pos Naik Sekali Ganda !!!!

Hari ni dua buah bungkusan buku Nota Bestari dan Buku Latih Tubi Bestari di pos ke Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban.. biasanya kos pos dengan 2 bungkusan tu RM16.00 saja tapi hari ni kos pos tiba-tiba dah meningkat kepada RM 29.00. Terkejut betul...naik sekali ganda !!!
Teruk jugak macam ni....niat nak sponsor kos pos kepada pengguna2 buku  yang membuat tempahan tapi kalau dah naik mendadak macam tu terasa penat juga nak menanggungnya.....
Untuk makluman semenjak Nota Bestari diedarkan semua kos pos ditanggung oleh penerbit. Ini amat menyelesakan kerana pelanggan tak perlu bayar kos pos tapi bila dah jadi begini....macam mana ya ???