GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Sunday, November 21, 2010

Selamat Bercuti kepada semua warga sekolah seluruh negara!!

Musim cuti akhir tahun sudah tiba..rasanya macam2 perancangan bermain2 di kepala anak2 dan parents...nak pergi makan angin..nak masuk kelas al Quran dan Tahfiz...nak tuisyen ... nak kenduri...dan lain2 lagi...harap2 semua perancangan tersebut berjalan dengan lancar dan selamat..
Kepada student form 2 dan form 4 rasanya musim  cuti  ni baik jugak diisi dengan menghafaz ayat2 hafazan pmr dan spm supaya senang bila nak menghadapi pmr dan spm tahun depan nanti.....taklah kena hafaz banyak sangat...mulakan dari sekarang .. satu ayat hafazan seminggu dah memadai..

Friday, November 12, 2010

Ujian Pra Pendidikan Islam SPM telah dilaksanakan dengan jayanya .

Pada 11 November lepas , ujian Pra Pendidikan Islam SPM yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPDKB telah dilaksanakan dengan jayanya bermula pada jam 8.00-10.00 (Kertas 1) dan jam 10.30 - 12.10 (kertas 2) . Manakala perbincangannya diadakan sebaik sahaja tamat peperiksaan jam 12.10 tengah hari. Kebanyakan  pelajar menyatakan bahawa dengan mengadakan ujian Pra sebegini menjadikan mereka lebih yakin dalam menjawab soalan Pendidikan Islam SPM yang bakal tiba (30 November) nanti.

Harapan para JLU P.Islam PPDKB ialah semoga soalan2 yang keluar dalam ujian Pra ini juga akan keluar dalam soalan peperiksaan SPM sebenar nanti .. Insyaallah..

Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam

Majlis Makan Malam SMKZ1 2010 Paling Berprestij..

Tarikh : 9 November 2010 (Selasa)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Hotel Renaissance, Kota Bharu





Friday, November 5, 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Tahun kepada Murid Tkn 1 & 2

Harap2 semua murid tkn 1 & 2 bersedia untuk berhadapan dengan peperiksaan tersebut pada hari isni ni dengan ilmu yang penuh di dada...Ingat balik teknik2 menjawab soalan terutama sekali mata pelajaran Pendidikan Islam..Ustazah doakan agar semuanya berjaya dengan cemerlang ..Insyaallah..

Saturday, October 30, 2010

Ujian PRA SPM 2010 untuk calon2 SPM di SMKZ1

Sekarang ini berlangsungnya ujian Pra untuk calon2 SPM di SMKZ1.  Antara objektif ujian Pra adalah supaya pelajar2 tidak leka dan terus bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar..

Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam diadakan ujian Pra yang lebih terancang kerana mengikut arahan daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Ujian Pra untuk P.Islam adalah pada 10 Nov nanti dan sebaik sahaja tamat ujian para guru akan bersama pelajar untuk terus membincangkan jawapan ... mudah2an pelajar Semenza akan terus cemerlang..Insyaallah.

Kepada semua guru Pendidikan Islam di luar sana yang berminat dengan Ujian Pra Pendidikan Islam PPD Kota Bharu ni boleh berhubung dengan saya untuk mendapatkan soalannya tetapi syaratnya penghantarannya adalah melalui email...Tolong bagi email ustaz dan ustazah ..insyaallah saya akan hantarkan...

Bersama-sama memperkasakan Pendidikan Islam..

Syukur lagi...

Syukur kepada Allah swt kerana Kelantan menang bola sepak piala Malaysia semalam..ekoran daripada itu Kelantan dapat cuti peristiwa . Sebenarnya ini juga adalah hadiah untuk Sultan kelantan yang baru di lantik iaitu Sultan Muhammmad ke5. Moga2 Allah terus menambahkan nikmatNya kepada rakyat Kelantan..

Friday, October 29, 2010

Syukur Alhamdulillah..

Setinggi  kesyukuran kepada Allah swt kerana SMK Zainab (1) mendapat tempat ketiga di Kelantan dalam peperiksaan Percubaan SPM 2010...manakala subjek Pendidikan Islam pula mendapat 98% A. Lebih kurang 151 orang calon mengambil subjek Pendidikan Islam dan 3 orang mendapat B manakala seorang lagi mendapat C,  dan selebihnya mendapat A+, A dan A-. Satu pencapaian yang amat membanggakan saya dan semua GPI di SMKZ1.....

Tahniah kepada semua anak didik di atas kesungguhan kalian dan  diharapkan agar kalian semua dapat mengekalkan keputusan ini dalam peperiksaan SPM yang sebenar nanti .. Insyaallah.....

Monday, October 25, 2010

Majlis Anugerah HEM 2010

Tarikh : 18 Oktober 2010 (Isnin)
Masa : 7.50 pagi
Tempat : Laman Info

Antara anugerah-anugerah yang diberikan ialah :
1.Anugerah Kehadiran Pelajar 100%
2.Anugerah HEM untuk guru
3.Anugerah Pelajar Sopan
4.Anugerah Tokoh Ketua Pelajar
5.Anugerah Kelas Ceria




Wednesday, October 13, 2010

Alhamdulillah syukur kerana tajuk ramalan banyak yang keluar..

Syukur kepada Allah swt kerana soalan2 ramalan dalam BUKU SOALAN LATIH TUBI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR 2010 banyak yang keluar dalam peperiksaan Pendidikan Islam PMR 2010 baru2 ini.
Berbaloi jugaklah usaha para Juru Latih Utama Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu menganalisa dan mmenggubal soalan2 ramalan ini . Harap2 kepada pelanggan2 buku ini mendapat hasilnya. Insyaallah.
Begitu juga harapan kali agar soalan2 ramalan dalam BUKU LATIH TUBI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM SPM juga akan keluar dalam peperiksaan Pendidikan Islam SPM 2010 nanti..Insyaallah.... Bagi sesiapa yang ingin kan buku tersebut..buku2 tersebut masih lagi ada stok....CEPAT SEBELUM TERLAMBAT....

Tuesday, September 28, 2010

Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat Untuk PMR di SMK Zainab (1) esok.

Calon2 PMR semakin berdebar2 untuk menghadapi exam tak lama tak...dalam 2 minggu terakhir ini dilaksanakan kelas pecutan terakhir untuk calon2 PMR mengikut subjek masing2..Calon juga menjalani ujian Pra PMR untuk  semua subjek bagi persediaan terakhir untuk menghadapi peperiksaan minggu depan..  Semoga semua calon dapat menunjukkan komitmen dan prestasi terbaik dalam peperiksaan PMR tahun ni . Insyaallah
Esok akan diadakan majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu untuk calon PMR di SMK Zainab (1)... semoga semuanya berjalan lancar...