GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Wednesday, July 20, 2011

Program Cakna Potensi Pendidikan Islam SPM bermula daripada 19-21 Julai di PPDKB

Tarikh : 19-21 Julai 2011 (Selasa-Khamis)
Tempat : Dewan Besar PPDKB
Sasaran : Calon2 Pendidikan Islam berpencapaian sederhana sekolah2 menengah di bawah PPDKB .

Pengisian :
1. Motivasi oleh Dr Hafidzah Mustakim
2. Ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM K1 dan perbengkelan
3. Ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM K2 dan perbengkelan

Gambar2 menarik sepanjang program:

Perasmian pembukaan program oleh Ustaz 'Azizi b. Nik Muhammad (pegawai J-QAF PPDKB)
                                   Barisan guru pembimbing


                       Salah seorang pelajar memberi respon kepada soalan
                    Penceramah Pn Hjh Siti Sharidah bt Che Mahmood

              INSYAALLAH - KAMI CAKNA

Saturday, July 9, 2011

Perancangan Program Ihya' Ramadhan 2011 selama sebulan di peringkat sekolah

Tarikh : 31 Julai - 26 Ogos 2011
Antara aktiviti2 yang bakal dilaksanakan ialah:
1. Ceramah Awal Ramadhan
2. Kuiz Ramadhan
3. Tadarus Al Quran mengikut kelas
4. Pertandingan Menulis Khat
5. Ceramah Nuzul Al Quran
6. Majlis Khatam Al Quran
7. Majlis Berbuka Puasa Pelajar Asrama
8. Solat Sunat Tasbih
9. Qiamullail
10. Majlis Masih Ada Yang Sayang
(Penyampaian duit zakat dan duit raya untuk pelajar2 terpilih)

Semoga semuanya berjalan lancar..Insyaallah.

Sunday, July 3, 2011

Program Cakna Potensi Pendidikan Islam PMR 2011 berjalan dengan lancar..

Tarikh : 3-6 Julai 2011 (Ahad-Rabu)
Masa : 8.00 - 4.00 petang
Tempat : Dewan Besar PPDKB

Alhamdulillah kerana program ini berjalan dengan lancar dan cemerlang...Kejayaan program ini juga hasil kerjasama antara MGC dan JLU P.Islam PPDKB..semoga tahun depan dapat dilaksanakan lagi program seperti ini.;..demi untukmu pelajar2ku..




Para pelajar memberikan respon yang amat baik dalam program ini.

Saturday, June 11, 2011

Semua Buku Latih Tubi Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam fokus 2011 sudah siap untuk di edarkan!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan InayahNya akhirnya buku2 ini telah siap sepenuhnya  dan hanya menunggu untuk diposkan dan juga menunggu tempahan2 yang baru...
Buku2 ini dalam cetakan terhad...sekiranya kehabisan tidak akan dicetak lagi kerana pengalaman tahun lepas..cetakan berlebihan kerana memikirkan kehendak pelanggan..So sesiapa yang nak menempah buku2 latih tubi Pendidikan Islam ini hendaklah membuat tempahan segera sebelum kehabisan..!!! Tempahan terus kepada Ustazah Hjh Nik Zulina Nik Taib 013-9861383.


Harapan kami para JLU Pendidikan Islam PPDKB agar buku2 ini akan banyak memberi manfaat kepada semua guru2 dan calon2 Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam 2011 seluruh Malaysia..Insyaallah.

Thursday, May 5, 2011

Sale !!! Sale !!! Buku Latih Tubi Pendidikan Islam PMR , SPM dan Tasawwur Islam fokus 2010..

Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan buku2 stok tahun lepas ini , sila sms kepada saya 0139861383...Buku2 ni masih ada lebih kurang 400 buah je lagi..nak clear stok sebelum keluar buku2 edisi baru fokus 2011.
Buku2 soalan fokus 2010 pun amat berguna untuk pelajar2 kita untuk dibuat latih tubi..harganya RM 2.00 sahaja termasuk pos..
Harga benar2 runtuh tu...CEPAT2 stok terhad!!!

Sunday, April 24, 2011

Bengkel Soalan PRA Pendidikan Islam PMR / SPM, BAK dan Tasawwur Islam di PPD Kota Bharu

Tarikh : 24-26 April 2011 (Ahad - Selasa)
Masa : 8.00 pagi - 4 petang
Tempat: Bilik Mesyuarat , Aras 2, PPD Kota Bharu

Objektif :
1. Supaya dapat meningkatkan prestasi kecemerlangan pelajar Pendidikan Islam, BAK dan
    Tasawwur Islam  PMR dan SPM tahun 2011.
2. Membiasakan pelajar dengan soalan-soalan peperiksaan sebenar

Gambar-gambar sekitar bengkel soalan PRA di PPDKB:



Tuesday, April 19, 2011

Kedudukan Pencapaian Pendidikan Islam SMKZ (1) tempat ke 4 di seluruh negeri Kelantan.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana pengetua telah mengumumkan bahawa pencapaian mata pelajaran Pendidikan Islam di SMKZ (1) amat baik dan menduduki tempat ke 4 di Kelantan.

Walaupun tempat ke 4 tetapi pihak GPI SMKZ1 amat berbangga kerana inilah pertama kali pencapaian Pendidikan Islam SMKZ1 top 5 di Kelantan dan sekolah-sekolah teratas merupakan sekolah-sekolah berasrama penuh yang tidak mungkin dapat ditandingi oleh murid SMKZ1 kerana murid2 mereka adalah murid yang terpilih. Namun dalam kalangan sekolah2 kawalan di PPDKB agaknya SMKZ1 menduduki tempat pertama. Sebelum ni Pendidikan Islam SMKZ1 mendapat tempat ke 2 di PPD Kota Bharu.

Semoga kejayaan terus berulang..Insyaallah...


' Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam'

Majlis Kesyukuran Sempena Kecemerlangan PMR/SPM dan STPM 2010

Tarikh : 14 April 2011 (Khamis)
Masa : 12.00 - 3.00 petang
Tempat : Laman SMKZ (1)

Alhamdulillah syukur..kerana dengan kejayaan sekolah dan kecemerlangan pelajar akhirnya SMKZ (1) berhasrat untuk menyembelih empat ekor lembu sempena kesyukuran tersebut. Semua pegawai2 PPD, ibu bapa, sekolah-sekolah sekitar,dan masyarakat setempat dijemput untuk menghadiri jamuan tersebut. Semoga kecemerlangan berulang lagi di SMKZ1 tahun depan Insyaallah..



                   

Tuesday, April 12, 2011

Suntingan soalan Latih Tubi Bestari berkonsepkan Ramalan Pendidikan Islam PMR / SPM Fokus 2011 peringkat terakhir !!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah InayahNya saya telah berjaya menyunting ketiga2 buah buku Latih Tubi Bestari Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur  Islam bermula 10 - 12 April  yang baru lepas.

Proses penyuntingan dilakukan bersama rakan JLU PPDKB . Masa selama 3 hari yang diberikan oleh PPD Kota Bharu digunakan sepenuhnya oleh kami bermula seawal jam 7 pagi sehingga 10 malam. Memang proses penyuntingan ini amat memenatkan namun begitu demi untuk kejayaan anak2 pelajar terpaksa kami korbankan masa bersama keluarga tercinta .

Semoga hasil yang bakal dikeluarkan nanti berbaloi dengan usaha dan pengorbanan yang kami berikan..Insyaallah.. Apa yang kami amat2 harapkan semoga soalan2 dalam buku latih tubi tersebut boleh membantu pelajar menjawab soalan dalam peperiksaan sebenar nanti..insyaallah.

Sekarang buku2 tersebut sudah berada dalam proses suntingan percetakan . Insyaallah sekiranya cover buku2 tersebut siap nanti , saya akan paparkan di blog ini..

Program Cakna Solat Asrama Siri II 2011

Tarikh : April 2011 (Sabtu)
Masa : 7.30 - 2.00 petang
Tempat : Dewan Terbuka Asrama
Sasaran : 80 orang pelajar tingkatan 2 m 3 dan 4.
Hasil kaji selidik: 19 orang cukup solat 5 waktu dan 61 orang tak cukup solat 5 waktu sehari semalam.

                     Ustazah Roslina sedang menyampaikan ceramah
                               Barisan  guru Pendidikan Islam SMKZainab (1)
                       Peserta-peserta program cakna solat siri ke II
                                   Program stesyen

                    Penceramah utama : Al Fadhil Ustaz Fikri bin Hamat
                     Peserta sedang menunjuk cara solat
                  Peserta terbaik program sedang memberikan ulasan tentang program