GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Sunday, November 27, 2011

MUHASABAH MAAL HIJRAH

Ya Allah ...
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,

Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang mukminah solehah,
Kerana mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....

Salam Maal Hijrah ke 1433..

Semoga Tahun Baru Hijrah yang ke 1433 ini akan memberikan seribu rahmat kepada kita semua..Insyaallah. Didoakan semoga semua strategi kecemerlangan yang bakal dilaksanakan pada tahun baru ini sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat PPDKB akan diberkati dan diredai Allah SWT..
Disamping itu didoakan juga agar diri ini diberi kesihatan yang berpanjang oleh Allah SWT supaya semua perancangan akan berjalan dengan mudah, lancar dan cemerlang. Insyaallah..amin.

Monday, November 21, 2011

Alhamdulillah !!! Syukur ...

Alhamdulillah !! Syukur kepada Allah SWT kerana hasil usaha dan pengembelingan tenaga Jurulatih Utama Pendidikan Islam PPDKB dalam menghasilkan soalan2 latihtubi dan soalan2 ramalan sepanjang tahun 2011 akhirnya berhasil jua...

Hasilnya dapat dilihat daripada soalan2 yang keluar dalam peperiksaan Pendidikan Islam SPM pada hari ini (21 November) menunjukkan hampir 80% daripadanya adalah soalan yang telah digubal oleh Jurulatih2 Utama Pendidikan Islam PPDKB dalam BUKU LATIH TUBI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM FOKUS 2011 dan SOALAN PRA PENDIDIKAN SPM 2011.

Ini membuktikan bahawa usaha dan kerjasama padu JLU Pendidikan Islam PPDKB tidak sia2. Insyaallah tahun depan kami akan meneruskan lagi usaha menganalisa soalan2 tahun lepas dan seterusnya membina soalan2 yang dirasakan bakal keluar pada tahun 2012 nanti. Semoga usaha yang tidak seberapa ini akan diberi Inayah oleh Allah SWT dan terus membuahkan hasil yang dapat membantu pelajar2 lebih cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam SPM di tahun2 yang akan datang.

Tuesday, October 18, 2011

Buku Nota Pendidikan Islam PMR Edisi Baru!!

                   NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR - HARGA RM10 SEBUAH

Syukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah Inayah dan RahmatNya , buku Pendidikan Islam PMR Edisi Terbaru akan menemui pelanggan2nya dalam masa 3 minggu lagi..insyaallah...
Buku yang telah dibuat penambahbaikan isi dan persembahannya supaya dapat memenuhi citarasa guru2 dan para pelajar terutamanya yang bakal menempuhi peperiksaan Pendidikan Islam PMR tahun 2012 dan seterusnya..
Harapan panel penulis agar buku ini akan dapat membantu pelajar membuat rujukan, mengulangkaji dan menghafaz dengan lebih mudah dan seterusnya mencapai kecemerlangan A dalam mata pelajaran Pendidikan Islam PMR ....Insyaallah.

Friday, October 7, 2011

Buku Risalah Doa Kecemerlangan Untuk Panduan Pelajar



Alhamdulillah kerana akhirnya buku kecil ini dapat diterbitkan dengan edisi yang terbaru bagi tahun 2011.

Antara kelebihan buku kecil ini ialah memberikan motivasi kepada pelajar bagaimana untuk menjawab soalan2 dalam peperiksaan dan doa2 pilihan yang bersesuaian dengan pelajar. Buku ini juga mengandungi doa untuk mudah menghafaz dan mengingat selain daripada wirid , doa dan cara solat2 sunat, solat hajat dan istikharah.

Buku ini amat sesuai dijadikan hadiah kepada pelajar2 yang cemerlang dan bahan bacaan kepada pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan..Semoga ianya dapat memberi manfaat yang terbaik kepada semua golongan sama ada ibu bapa, guru dan juga pelajar..

Tuesday, October 4, 2011

Alhamdulillah!!! Banyak soalan ramalan Pendidikan Islam PPDKB keluar !!

Alhamdulillah ! Tidak sia2  usaha Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB sepanjang tahun 2011 ini kerana kebanyakan soalan2 yang diramalkan keluar.

Soalan2 tersebut di buat dalam tiga penjuru iaitu Soalan Fokus Pendidikan Islam PMR., Soalan Cakna Potensi dan Soalan Pra Pendidikan Islam.

Lebih kurang 75 % soalan2 yang terdapat dalam soalan Pendidikan Islam PMR 2011 ini ada dalam ketiga2 soalan ramalan tersebut...satu kejayaan yang amat cemerlang dicapai oleh para JLU Pendidikan Islam PPDKB..

Tahniah dan syabas kepada semua panel2 soalan dan harapan kami agar tahun depan sekali lagi JLU PPDKB akan dapat membantu pelajar dengan soalan2 tersebut dan mencipta sejarah tersendiri...

Wednesday, July 20, 2011

Program Cakna Potensi Pendidikan Islam SPM bermula daripada 19-21 Julai di PPDKB

Tarikh : 19-21 Julai 2011 (Selasa-Khamis)
Tempat : Dewan Besar PPDKB
Sasaran : Calon2 Pendidikan Islam berpencapaian sederhana sekolah2 menengah di bawah PPDKB .

Pengisian :
1. Motivasi oleh Dr Hafidzah Mustakim
2. Ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM K1 dan perbengkelan
3. Ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Islam SPM K2 dan perbengkelan

Gambar2 menarik sepanjang program:

Perasmian pembukaan program oleh Ustaz 'Azizi b. Nik Muhammad (pegawai J-QAF PPDKB)
                                   Barisan guru pembimbing


                       Salah seorang pelajar memberi respon kepada soalan
                    Penceramah Pn Hjh Siti Sharidah bt Che Mahmood

              INSYAALLAH - KAMI CAKNA

Saturday, July 9, 2011

Perancangan Program Ihya' Ramadhan 2011 selama sebulan di peringkat sekolah

Tarikh : 31 Julai - 26 Ogos 2011
Antara aktiviti2 yang bakal dilaksanakan ialah:
1. Ceramah Awal Ramadhan
2. Kuiz Ramadhan
3. Tadarus Al Quran mengikut kelas
4. Pertandingan Menulis Khat
5. Ceramah Nuzul Al Quran
6. Majlis Khatam Al Quran
7. Majlis Berbuka Puasa Pelajar Asrama
8. Solat Sunat Tasbih
9. Qiamullail
10. Majlis Masih Ada Yang Sayang
(Penyampaian duit zakat dan duit raya untuk pelajar2 terpilih)

Semoga semuanya berjalan lancar..Insyaallah.

Sunday, July 3, 2011

Program Cakna Potensi Pendidikan Islam PMR 2011 berjalan dengan lancar..

Tarikh : 3-6 Julai 2011 (Ahad-Rabu)
Masa : 8.00 - 4.00 petang
Tempat : Dewan Besar PPDKB

Alhamdulillah kerana program ini berjalan dengan lancar dan cemerlang...Kejayaan program ini juga hasil kerjasama antara MGC dan JLU P.Islam PPDKB..semoga tahun depan dapat dilaksanakan lagi program seperti ini.;..demi untukmu pelajar2ku..




Para pelajar memberikan respon yang amat baik dalam program ini.

Saturday, June 11, 2011

Semua Buku Latih Tubi Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam fokus 2011 sudah siap untuk di edarkan!

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan InayahNya akhirnya buku2 ini telah siap sepenuhnya  dan hanya menunggu untuk diposkan dan juga menunggu tempahan2 yang baru...
Buku2 ini dalam cetakan terhad...sekiranya kehabisan tidak akan dicetak lagi kerana pengalaman tahun lepas..cetakan berlebihan kerana memikirkan kehendak pelanggan..So sesiapa yang nak menempah buku2 latih tubi Pendidikan Islam ini hendaklah membuat tempahan segera sebelum kehabisan..!!! Tempahan terus kepada Ustazah Hjh Nik Zulina Nik Taib 013-9861383.


Harapan kami para JLU Pendidikan Islam PPDKB agar buku2 ini akan banyak memberi manfaat kepada semua guru2 dan calon2 Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam 2011 seluruh Malaysia..Insyaallah.