GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Wednesday, February 11, 2015

FAKTA RINGKAS TENTANG AL AQURAN



Jumlah ayat di dalam Al-Qur'an mengikut Ibn Abbas adalah sebanyak 6231.

Jumlah juz Al-Qur'an adalah sebanyak 30.

Jmlah surah di dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 114.

Jumlah ayat Basmalah dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 114.

Surah yang mempunyai dua basmalah didalamnya adalah surah An-Naml.

Surah yang tidak dimulakan dengan Basmalah adalah Taubah.

Surah pertama didalam Al-Qur'an adalah surah Al-Fatihah.

Surah terakhir didalam Al-Qur'an adalah surah Al-Nas.

Wahyu pertama yang diturunkan adalah awal surah Al-'Alaq.

Surah lengkap pertama yang diturunkan adalah Al-Muddastir.

Wahyu terakhir yang diturunkan adalah ayat 281 surah Al-Baqarah.

Surah lengkap terakhir yang diturunkan mengikut Ibn Abbas adalah surah An-Nasr

Surah terpanjang dalam Al-Qur'an adalah surah Al-Baqarah.

Surah terpendek dalam Al-Qur'an adalah surah Al-Kaustar.

Ayat terpanjang dalam Al-Qur'an adalah ayat 282 surah Al-Baqarah.

Ayat terpendek dalam Al-Qur'an adalah ayat 1 surah Al-Fajr.

Ayat sajadah dalam Al-Qur'an adalah sebanyak 14.

Surah yang mempunyai dua ayat sajadah adalah surah Al-Haj.

Surah pertama yang mengandungi ayat sajadah Al-'Araf.

Surah terakhir yang mengandungi ayat sajadah Al-'Alaq.

Surah yang terletak di pertengahan Al-Qur'an Al-Kahfi.

Jumlah surah jenis Makki adalah sebanyak 86.

Jumlah surah jenis Madani adalah sebanyak 28.

Tuesday, February 10, 2015

BUKU PAKEJ PENDIDIKAN ISLAM PT3 DAN SPM BESERTA TASAWWUR ISLAM





Buku Pakej Pendidikan Islam untuk pelajar dan guru2 Pendidikan Islam. Sangat bermanfaat dan memudahkan pelajar membaca dan mengulangkaji serta memudahkan guru2 semasa PdP dalam kelas.

Buku Pakej Pendidikan Islam PT3...

1. Nota bestari PT3 .. RM13
2. Modul tkn 1..RM10
3. Modul tkn 2..RM 10
4. Modul tkn 3..RM10
5. Nota poket PMR ..RM5
6. Modul tajwid PMR..RM5
7. Modul jawi...RM4
8. Buku doa...RM4

Jumlah RM60 beserta pos (SM) dan RM70 (SS)

Buku Pakej Pendidikan Islam SPM..

1. Nota bestari SPM .. RM13
2. Modul tkn 4..RM10
3. Modul tkn 5..RM10
4. Nota poket SPM ..RM5
6. Modul tajwid SPM ...RM5
7. Modul jawi...RM4
8. Buku doa...RM4

Jumlah RM50 beserta pos (SM) dan RM70 (SS)

Kalau Pakej Semua Set Buku Pendidikan Islam PT3 dan SPM..harganya RM110 (S) dan RM130 (SS)

Kepada sesiapa yang berminat boleh wasap terus kepada saya Nik Zulina di talian 0139861383.

NASIHAT KEPADA IBU BAPA PERIHAL MENDIDIK ANAK

|













1. Kita adalah orang matang, anak kita masih tak matang, mengapa yang matang perlu marah pada yang tak matang?

2. Kita orang besar, mereka orang kecil, mengapakah orang yang besar perlu marah pada orang yang kecil?
3. Kita adalah orang yang berpengalaman, anak-anak tidak pernah lagi melihat dunia, mengapakah harus kita harapkan anak-anak kita faham dan selari dengan pandangan kita?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang marah perlu berjerit antara satu sama lain walaupun duduk bersebelah?

Pernahkah terfikir mengapa dua orang yang saling menyayangi lebih suka membisik antara satu sama lain walaupun duduk berjauhan atau di telefon?

Apabila kita marah, dua hati adalah berjauhan, oleh itu, mereka memerlukan suara/nada yang kuat untuk berhubung. Masalahnya, makin dijerit, makin berjauhan.

Bagi mereka yang kita sayang, dua hati adalah dekat, jadi tidak perlu untuk menjerit-jerit, hanya perlu membisik sudah terasa dekat. Makin dibisik, makin terasa sayang.

Itulah keajaiban ciptaan Allah pada sistem badan manusia.

Maka, persoalannya, jika kita ingin mendidik anak-anak kita. Perlukah kita marah-marah padanya walaupun mereka berbuat silap?

Sekiranya menggunakan pendekatan marah-marah, tanya pula diri, adakah kita mahukan anak kita mendengar kata-kata dengan hati mereka berjauhan dengan kita?

Atau kita mendidik dengan berbisik, supaya mereka faham dengar dan hati mereka kekal dekat dengan kita?

Apabila kita sudah mula marah-marah pada anak, tanyalah diri sendiri adakah hati kita dan anak kita sudah berjauhan?

Hubungan ibubapa dengan anak-anak yang terbaik ialah anak-anak menganggap ibubapa sebagai sahabat karib dengan penuh penghormatan tanpa rasa segan silu untuk berbincang segala masalah dengan ibubapa.

– nota Tuan Ibrahim Tuan Man. Semoga bermanfaat!

Sunday, January 4, 2015

BUKU PAKEJ PENDIDIKAN ISLAM PT3 DAN SPM

Alhamdulillah....tahun 2015 GLA dn Modul Pendidikan Islam Tkn 4 dn 5 telah berubah wajah......namun isi dalamnya masih seperti dan mengikut sukatan pelajaran Pendidikan Islam terkini. Modul ini membolehkan pelajar belajar dgn lebih smart dan mudah...begitu juga dengan guru..dpt mengajar dgn lebih efisien lagi.......

Mana2 guru P.Islam dan pelajar yg ingin memilikinya boleh order terus drpd saya...0139861383...

Selamat datang Tahun 2015...

Semoga tahun baru dapat memberikan suntikan semangat yang baru kepada semua ...terutama sekali pelajar calon2 PT3 dan SPM ..dalam.mencapai kecemerlangan PT3 dn SPM.

Buku Nota Bestari cetakan terbaru akan menemui anda dengan penambahan isi KBAT utk Buku Nota Bestari PT3 dn penambahan isi nota ringkas untuk tajuk2 tertentu seperti Ajaran Sesat dan Tamadun Islam serta Tokoh Islam bagi Buku Nota Bestari SPM.

Insyaallah buku2 ini akan siap sepenuhnya pertengahan bulan Januari ni...namun begitu tempahan sudah dibuka..Insyaallah.

Harga baru juga telah ditetapkan untuk buku2 cetakan baru ni iaitu masing2 RM13 ( Semenanjung) dn RM15 (Sabah dan Serawak). Walaupun harganya terpaksa dinaikkan namun harganya masih lagi murah berbanding dgn buku2 rujukan yang lain dengan isinya yang padat dan memudahkan pelajar membacanya..Alhamdulillah

Justeru utk lebih menguntungkan para pelajar digalakkan memilikinya seawal Tkn 1 utk persediaan Peperiksaan PT3 dan seawal Tkn 4 untuk persediaan Peperiksaan SPM....supaya penggunaannya lebih maksima iaitu 3 tahun utk men rendah dan 2 tahun utk men atas...Insyaallah berbaloi untuk.semua.

Friday, February 14, 2014

Gambar Menarik di Bengkel Soalan Pendidikan Islam SPM dan Tasawwur Islam 2014

Tarikh : 11 - 12 Februari 2014 (Selasa - Rabu)
Masa : 8.00 pagi - 4.30 petang
Tempat : Bilik ICT , Aras 3, PPD Kota Bharu






Wednesday, February 5, 2014

Bengkel Soalan Buku Fokus Pendidikan Islam SPM dan Tasawwur Islam SPM 2014

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah SWT..dengan Inayah dan Hidayah daripada Allah SWT pihak Juru Latih Utama Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam PPD Kota Bharu dapat meneruskan lagi usaha membina 3 set soalan ramalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam SPM 2014 dengan restu dan bantuan pihak PPD Kota Bharu

Insyaallah sekiranya tiada aral melintang soalan tersebut akan menemui tuan puan pada akhir Jun nanti...sekiranya tuan puan berminat untuk memilikinya bolehlah menghubungi pihak kami nanti...Insyaallah..

Thursday, December 19, 2013

Tempahan Buku Nota Rujukan dan Nota Terancang Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5 dan PBS hendaklah dilakukan melalui SMS mulai 2014.

Salam Jumaat kepada semua pengunjung blog..didoakan agar kalian semua berada dalam Rahmat dan Barakah daripada Allah SWT setiap waktu..

Untuk makluman semua.....setiap tempahan buku Pendidikan Islam yang terdapat dalam blog ini hendaklah dilakukan melalui SMS kepada Nik Zulina  di talian : 0139861383.  Sila nyatakan nama, alamat dan buku yang hendak diorder beserta dengan bilangannya sekali. Bayaran hendaklah dilakukan sebaik sahaja tempahan dibuat untuk memudahkan urusan pengeposan.

Mana-mana pelanggan yang membuat tempahan melebihi RM1000 (Ringgit Malaysia Seribu) boleh membuat bayaran tangguh dalam masa satu bulan sahaja bermula daripada pengeposan barang. Ini adalah untuk mengelakkan daripada pelanggan berhutang terlalu lama (BAYAR HUTANG WAJIB DISEGERAKAN).....kerana banyak berlaku pelanggan tidak dapat menjelaskan hutang sehingga hujung tahun....Nauzubillahi min zaalik..

Nasihat saya agar sediakan wang terlebih dahulu..baru order dibuat..

Untuk pengetahuan semua pengunjung...pihak kami telah mengurus banyak tempahan buku beberapa tahun yang lepas tetapi semua kos pos pihak kami yang tanggung kerana kami berniaga demi untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT di samping dapat memberi manfaat kepada semua guru dan pelajar. Namun begitu , oleh kerana semua kos pengeposan sudah semakin naik, maka pihak kami terpaksa mengenakan sedikit kos pos kepada pihak pelanggan melalui potongan komisen harga buku...

Di sini kami nyatakan bahawa kos pos di Semenanjung Malaysia untuk sebuah buku lebih kurang 80 sen sebuah manakala di Sabah dan Serawak RM1.70 sebuah...

Walaubagaimanapun pihak kami amat berbangga sekali kerana buku-buku Pendidikan Islam yang dikeluarkan mendapat sambutan yang amat meluas sehingga ke seluruh negara . Kami juga memohon doa kepada Allah SWT agar buku2 yang kami keluarkan ini dapat memberi manfaat yang berkesan kepada pelajar2 dan guru2 yang menggunakannya...Insyaallah...

Buku Nota Terancang Pendidikan Islam Keluaran Terbaru...GLA dan PBS 2014.. 2 dalam 1



















Alhamdulillah...berkat kesabaran memahami dan meneliti kehendak2 PBS Pendidikan Islam, maka tiga buah buku Pendidikan Islam 2 dalam 1 iaitu nota terancang (GLA) dan Peperiksaan Berasaskan Sekolah (PBS) telah berjaya disiapkan..insyaallah akan menemui anda semua awal tahun depan. Buku2 tersebut ialah :
- GLA dan PBS Tingkatan 1
- GLA dan PBS Tingkatan 2
- GLA dan PBS Tingkatan 3

Buku 2 dalam 1 ini mengandungi nota terancang sukatan Pendidikan Islam Tingkatan 1 , 2 dan 3 beserta dengan band-band dan cadangan instrumen yang boleh digunakan untuk merealisasikan PBS Pendidikan Islam. Ianya akan memudahkan pelaksanaan PBS di sekolah. Murid dapat menjadikan buku ini sebagai buku nota dan guru juga boleh menggunakannya sebagai panduan dalam melaksanakan PBS dengan lebih efisen lagi..InsyaAllah.

Harapan saya agar buku ini akan memberi manfaat kepada guru dan juga pelajar dalam merealisasikan kehendak Kementerian Pelajaran Malaysia dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu memaksimumkan keberhasilan murid serta melahirkan murid yang mempunyai kemahiran berfikir aras tinggi serta berdaya saing di peringkat global.......InsyaAllah.