Pada 7 - 9 Oktober iaitu lima hari sebelum berlangsungnya program yang julung-julung kalinya dilaksanakan oleh Pengurusan Pendidikan Islam PPD Kota Bharu, kumpulan Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB telah berkampung dan bertungkus lumus memerah otak untuk menyiapkan modul Kertas 1 & 2 Pendidikan Islam. Modul ini akan diberikan kepada pelajar-pelajar calon mata pelajaran Pendidikan Islam SPM yang dijemput khusus ke program ini. Mudah-mudahan modul yang kami bina ini akan dapat membantu para pelajar tersebut skor A Pendidikan Islam . InsyaAllah. Di mana ada kemahuan di situ ada jalan...
No comments:
Post a Comment