Saturday, January 3, 2009

Selamat Menempuh Alam Persekolahan Tahun 2009 !!!

Cuti dah hampir tamat. Adik-adik akan memulakan sesi persekolahan baru tak lama lagi. Agaknya baju dan peralatan sekolah yang baru pun dah dibeli. Dalam menempuh pesekolahan tahun baru harapannya agar azampun hendaklah baru juga iaitu untuk menjadi pelajar yang cemerlang bukan hanya di dunia tapi juga cemerlang di akhirat . Di bawah adalah tip-tip yang adik-adik boleh ambil untuk menjadi pelajar cemerlang.. Bersedialah dari sekarang.. Semoga berjaya !!!

Ciri Pelajar Cemerlang
1. Beriman dan bertaqwa kepada Allah dan RasulNya
2. Melaksanakan solat fardhu lima waktu sehari semalam
3. Berilmu, beramal, dan berakhlak mulia
4. Cergas fizikal dan cerdas intelek
5. Berwawasan, berperancangan dan proaktif

Syarat Ingin Berjaya
1. Beriman, bertaqwa dan beramal soleh
2. Berani mencuba dengan sabar dan tabah
3. Yakin kepada diri sendiri bahawa anda lah yang terbaik
4. Buat tugasan yang diberi dengan sehabis baik
5. Bermatlamat dan berfikiran positif

Teknik Membaca Berkesan
1. Mula dengan nama Allah dan baca Doa Tak Lupa
2. Menerokai tajuk yang dibaca (meneliti fakta dan konsep)
3. Memahami fakta dan konsep
4. Mengingati fakta dan konsep
5. Menulis semula apa yang telah dingat untuk pengukuhan

Teknik Pembelajaran Berkesan
1. Sediakan jadual belajar sistematik
2. Belajar sejak awal tahun
3. Membaca pada waktu sesuai (malam atau awal pagi)
4. Perbanyakkan buku rujukan,Latihtubi,perbincangan.

No comments:

Post a Comment