Monday, September 28, 2009

Esok Majlis Kesyukuran 2 dalam 1 di SMK Zainab (1) !!

Syukur kerana dengan limpah dan nikmat dari Allah SWT Semenza sekali lagi dapat mengadakan majlis Kesyukuran 2 dalam 1 esok iaitu Kesyukuran kerana mendapat Anugerah Sekolah Kluster Kecemerlangan dan Majlis Jamuan Hari Raya. Majlis bermula pada jam 1.00 tengah hari. Semua pegawai JPN, pegawai PPD, sekolah-sekolah sekitar, masyarakat sekotar, ibu bapa dan pelajar dijemput hadir. 3 ekor lembu akan dikorbankan.

Segala perbelanjaan jamuan adalah hasil kerjasama semua warga Semenza yang terdiri daripada pentadbir, guru dan pelajar. Permuafakatan beginilah yang dianjurkan oleh Islam. Pakat-pakat menyumbang akhirnya dapat menyembelih 3 ekor lembu..Sumbangan bukan hanya berupa wang tetapi juga berupa gula, bawang, santan, beras, buah-buahan dan kueh raya... Para pengunjung PAI BEST dijemput beramai-ramai ke Semenza esok...Jumpa di sana..

3 comments:

  1. Bila Cikgu nak buat open door ? Hehehehe ...


    Tolong jawab soalan ini. APAKAH KUIH ATAU JUADAH YANG PALING DISUKAI SETIAP LEBARAN ?

    TERIMA KASIH :)

    ReplyDelete
  2. Dah buat dah..raya pertama lagi.. terlupa pulak nak jemput rakan blogger.. nanti insyaallah tahun depan la... Pasal juadah yang paling disukai tu..sate is the first..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,
    Pai best memang best. Tahniah di atas kejayaan SEMENZA.

    hilmi, selama

    ReplyDelete