Saturday, December 19, 2009

Salam 1431 Hijrah!!

Alhamdulillah kita sudahpun berada di tahun baru Hijrah iaitu 1431 H. Bagi umat Islam bulan Muharram merupakan bulan Hijrah yang pertama dan rasanya ramai dalam kalangan kita yang sudahpun membaca doa akhir tahun dan awal tahun pada petang akhir tahun 1430 H yag lepas.

Di bulan Muharram ini kebiasaannya umat Islam melaksanakan ibadah puasa sunat iaitu pada puasa sunat pada 10 Muharram. Saya terbaca artikel yang ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Abdullah Al Qari (penulis buku terkenal) bahawa Nabi Muhammad saw melaksanakan puasa sunat 10 Muharram (puasa sunat hari Asyura) bergabung dengan 9 Muharam. Jadi nabi berpuasa selama 2 hari berturut-turut . Ini adalah kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram. Nabi Muhammad saw tidak mahu menyamakan ibadat puasa sunat kita dengan amalan kaum Yahudi . Justeru umat Islam digalakkan menggabungkan puasa 10 Muharram dengan hari yang sebelum atau pun selepasnya.Wallahuaklam.

Satu lagi amalan umat Islam adalah menjamu orang ramai dengan memasak sura (panggilan orang kelate). Agaknya dah ramai orang yang merancang mamasak sura ni sebelum persekolahan dibuka. Begitulah jugak dengan team JLU Pendidikan Islam PPDKB. Insyaalah majlis jamuan sura akan diadakan beberapa hari lagi.

Sura memang sedap kalau kena ramuannya . Kalau nak rasa sura sedap , silalah datang ke Kelantan... Majlis masak dan jamu sura ini amat bermakna kerana dapat mengeratkan hubungan silaturrahim sesama Islam disamping amalan jamuannya yang sudah menjadi kebiasaan bagi orang Kelantan.

Tuesday, December 15, 2009

Disember semakin meninggalkan kita dan Januari kian menjelma...

Diam tak diam kita dah tiba ke pertengahan bulan Disember 2009. 15 hari lagi Januari menjelma. Berdebar jugak rasanya nak menerima tugasan baru di sekolah bagi tahun persekolahan yang baru. Terasa cuti tahun ni agak memuaskan hati kerana dapat rehat sepenuhnya dan aktiviti dikurangkan sedikit berbanding dengan tahun lepas. Sebab tu
n3 pun agak kurang sedikit.
Aktiviti yang dilakukan secara bersendirian sahaja seperti edit buku Pendidikan Islam, buat rancangan tahunan Pendidikan Islam, cetak buku modul Pendidikan Islam untuk tahun depan. Bila kurang aktiviti rasa boring pulak.. Baik jugak kalau pergi taman safari , boleh bagi makan binatang dan memikirkan kebijaksanaan Allah dan jugak pergi jalan-jalan tepi pantai..boleh memikirkan kekuasaan dan keagungan Allah swt..
Anyway tahun depan awal tahun lagi dah berbagai-bagai aktiviti sekolah dan PPD yang dirancang. Mudah-mudahan tahun depan lebih gemilang lagi dengan berbagai aktiviti kecemerlangan bagi bagi Guru Pendidikan Islam PPD Kota Bharu. Insyaallah.

Friday, December 4, 2009

Saat Yang Ditunggu-tunggu....

Musim bah datang lagi..Inilah saat yang ditunggu-tunggu oleh anak-anak disekitar taman perumahan Taman Desa Paduka.. Bagi sesetengah orang bah mendatangkan kesusahan tapi bagi anak-anak ini , musim bah amat menggembirakan kerana boleh berenang depan rumah sendiri.
(bila tiba saat ini, keinginan mereka untuk bermain dengan air bah tak boleh disekat-sekat lagi..)



Thursday, December 3, 2009

Percaya atau tidak ???

Tembikai termahal di Kelantan dan mungkin jugak di Malaysia..
RM 25 sebiji.

Tembikai ni dibeli untuk jamuan pada hari raya ke 3 lepas . Bila dibelah rupa-rupanya buruk pula.. inilah yang dikatakan taqdir.

Korban Idul Adha

Idul Adha memupuk semangat berkorban dalam kalangan umat Islam. Tetapi adakah pengorbanan yang kita laksanakan dapat menyamai pengorbanan yang telah dilakukan oleh Nabi Ibrahim AS ? Fikir-fikirkanlah tahap mana pengorbanan kita selama ini..

Lembu yang bakal dikorbankan..

Daging sedang dipotong-potong untuk diagihkan

Pelbagai sayuran untuk dibuat dalcaaa..

Tuesday, November 24, 2009

Syukur Alhamdulillah !!

Peperiksaan SPM mata pelajaran Pendidikan Islam baru sahaja selesai petang tadi.Apa yang saya dapat lihat ialah wajah-wajah keriangan dalam kalangan pelajar sebaik sahaja keluar dari dewan peperiksaan.."Ustazah..banyakla soalan dalam buku latih tubi tu yang keluar.." kata seorang pelajar. "Alhamdulillah, syukur..mudah-mudahan awak semua dapat A1" itu saja yang dapat saya ucapkan.

Saya pun apalagi balik rumah terus buat analisa soalan-yang telah keluar..betul jugak kata pelajar tu...soalan ramalan dalam buku Latih Tubi yang dikeluarkan oleh kumpulan JLU PPDKB memang banyak membantu mereka.. Alhamdulillah sekali lagi..walaupun soalannya tidak seratus peratus menyerupai soalan sebenar dalam exam namun dengan adanya buku tersebut pelajar nampaknya lebih berkeyakinan dalam menjawab soalan..Syukur sekali lagi..kerana semua ini adalah inayah daripada Allah swt kepada kami semua..usaha kami memang berbaloi..

Insyaallah tahun depan kami akan cuba mengeluarkan buku tersebut lebih awal lagi..Inilah sahaja usaha yang dapat kami lakukan demi membantu para pelajar serta memperkasakan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Berdebar-debar jugak menunggu keputusan peperiksaan yang bakal diumumkan bulan Mac/April nanti.. Mudah-mudahan semua pelajar berjaya dengan cemerlang..Insyaallah.

Monday, November 23, 2009

Perancangan Aktiviti JLU Pendidikan Islam PPDKB 2010

PERANCANGAN PROGRAM JLU PENDIDIKAN ISLAM PPD KOTA BHARU TAHUN 2010

1 Bengkel Soalan Ujian Tahap Kecekapan (Tkn 1-5)
2 Bengkel Soalan Pertengahan Tahun (Tkn 1,2 dan 4)
3 Bengkel Buku Soalan Latih Tubi (Ramalan)
4 Seminar Teknik Menjawab Soalan Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam
5 Bengkel Soalan Pra Pendidikan Islam / Tasawur Islam
6 Seminar Skor A Pendidikan PMR / SPM
7 Jamuan Akhir Tahun 2010

Mudah-mudahan segala yang dirancang akan terlaksana untuk tahun 2010 .. Insyaallah