Alhamdulillah kita sudahpun berada di tahun baru Hijrah iaitu 1431 H. Bagi umat Islam bulan Muharram merupakan bulan Hijrah yang pertama dan rasanya ramai dalam kalangan kita yang sudahpun membaca doa akhir tahun dan awal tahun pada petang akhir tahun 1430 H yag lepas.Di bulan Muharram ini kebiasaannya umat Islam melaksanakan ibadah puasa sunat iaitu pada puasa sunat pada 10 Muharram. Saya terbaca artikel yang ditulis oleh Al Fadhil Ustaz Abdullah Al Qari (penulis buku terkenal) bahawa Nabi Muhammad saw melaksanakan puasa sunat 10 Muharram (puasa...