GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Saturday, June 26, 2010

Buku Soalan Ramalan P.Islam PMR dah nak 'sold out' ..Cepat sebelum kehabisan!!!

Baru saja 2 minggu berada di pasaran , buku soalan latih tubi berkonsepkan ramalan ni dah nak habis...rasa2nya dah tak mau cetak tambah.. bagi sesiapa yang berhajatkan buku tu cepat2 sikit ya..nanti kalau dah habis tak boleh fotokopi dah kecuali mendapat izin daripada Hak Cipta..
Walaubagaimanapun buku P.Islam SPM dan Tasawwur Islam masih lagi banyak (taklah banyak sangat)... Namun begitu kalau betul2 nak memiliki buku2 tu baiklah cepat2 ya...

Sekarang sedang dalam proses mengedit soalan PRA Pendidikan Islam.... Harap2 soalan yang terkandung dalamnya dapatlah membantu anak2 murid  yang dikasihi lagi disayangi di luar sana....Insyaallah..


Pendidikan Islam Mudah dan Menyeronokkan...

Thursday, June 24, 2010

Bengkel Soalan Pra Pendidikan Islam, B.Arab dan Tasawwur Islam 2010

 Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah  kerana dengan Hidayah dan InayahNya para JLU P.Islam PPD Kota Bharu dapat berkumpul sekali lagi untuk memerah otak menghasilkan soalan PRA P.Islam, BAK dan TI 2010 di Bilik Qin , Hotel Renaissance, Kota Bharu selama 2 hari bermula 23 - 24 Jun 2010..

JLU Pendidikan Islam PPDKB amat berpuas hati kerana dapat mengeluarkan soalan Pra (ramalan) set yang ke empat selepas buku Latih Tubi Bestari yang telah dikeluarkan dan diedarkan dua minggu lepas.
Justeru diharapkan agar usaha kami menganalisa dan menghasilkan soalan2 yang amat berguna ini dapat membantu semua calon Pendidikan Islam, BAK dan TI di Kelantan khasnya dan diseluruh Malaysia umumnya..



Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam..

Tuesday, June 8, 2010

Buku Ramalan Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam dah pun siap !!!


Syukur kepada Allah swt kerana kesemua buku-buku ramalan tu dah pun siap.. Insyaallah akan dapat diedarkan secepat mungkin kepada semua GPI yang telah menempahnya lebih awal.

Mudah-mudahan soalan-soalan yang terkandung di dalam buku soalan Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Fokus 2010 ini akan dapat membantu para pelajar untuk mencapai A dalam P.Islam Insyaallah.Yang amat-amat diharapkan adalah semoga soalan2 yang telah di susun oleh kumpulan JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu ini akan keluar dalam exam PMR dan SPM sebenar nanti..

Kita berusaha dan merancang .....namun Allah jua yang menentukan...wallahuaklam

Thursday, June 3, 2010

Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam Menengah PPD Kota Bharu

Tarikh : 2 Jun 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 - 5.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat , Aras 2, PPD Kota Bharu
Agenda :
1. Post Mortem Pendidikan Islam PMR/SPM 2010
    Sekolah yang cemerlang dalam Pendidikan Islam PMR / SPM akan diberi sijil anugerah cemerlang
    kepada  Panitia Pendidikan Islam. 

2. Strategi Kecemerlangan Pendidikan Islam 2010. Antara strategi:
- Menghabiskan sukatan dengan segera
- Mengadakan teknik menjawab sebanyak 2x iaitu  bulan Mac dan Ogos.
- Memperbanyakkan latih tubi termasuklah buku latih tubi Bestari dan latih tubi daripada JAPIM
- Mengedarkan soalan-soalan SBP / MRSM ke seluruh sekolah di bawah PPD Kota Bharu

3. Sistem fail Panitia hendaklah diselaraskan mengikut PPD sebagaimana berikut:
3.1. Fail minit mesyuarat
3.2. Fail surat menyurat / Pekeliling
3.3. Fail maklumat guru
3.4. Fail Sukatan  Pelajaran / Huraian Sukatan Pelajaran
3.5. Fail Perancangan Peningkatan Kecemerlangan Panitia
3.6. Fail Perkembangan Staf
3.7. Fail Bank Soalan
3.8. Fail Analisis Ujian / Peperiksaan
3.9. Fail Persatuan
3.10.Fail Laporan Program / Aktiviti
3.11.Fail Kewangan
3.12.Fail PAFA
3.13.Fail Pencerapan dan Penyemakan Buku Pelajar
Tn Hj Mohd Fakhrurazi (Ketua Unit) dan Ustaz Nik 'Azizi  (Penyelia J-Qaf)

Tuesday, May 25, 2010

Buku Ramalan Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam

Insyaallah jika tiada aral melintang buku-buku ini bakal menemui semua GPI dan pelajar pada pertengahan Jun ini. Harap-harap agar soalan-soalan yang dianalisan dan digubal oleh panel soalan PPDKB akan keluar sekurang-kurangnya 70% agar dapat membantu pelajar skor markah terbaik. Inilah sahaja yang dapat kami usahakan untuk memperkasakan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia..

Friday, May 21, 2010

Hari Guru di SMKZ1 2010

Pelbagai program menarik diadakan.. antaranya:
                                                   Pertandingan menggubah tembikai

                                  
                 Pertandingan membuat sandwich...emm bestnya sandwich tuna.

Pertandingan kupas  kulit epal tak putus-putus

Acara dewan potong kek Hari Guru

Hari Keluarga Semenza 2010 di Seri Tujoh Resort, Tumpat.

Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Seri Tujoh Resort, Tumpat.
Aktiviti hari keluarga :
- Boling kelapa
- Pertandingan cekoh durian
- Pertandingan tiup belon rahsia
- Pertandingan bawa bola ping pong dalam sudu
- Anugerah anak cemerlang
- Barbeque dll
- Paling menarik pertandingan rebut coklat.



Saturday, May 8, 2010

Buku Soalan Latih Tubi Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Islam sedang dalam proses percetakan.

Insyaallah 2 - 3 minggu lagi akan terbitlah buku soalan latih tubi berkonsepkan ramalan ini. Harga Buku Latih Tubi Pendidikan Islam SPM - RM 5.00, PMR - RM 3.50 dan Tasawwur Islam RM 4.00. Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah sms terus kepada saya di no 0139861383. Cetakan adalah terhad!!! Siapa cepat dia dapat.
Harga pakej buku soalan latih tubi 3 buah ini ialah RM13.00 beserta dengan kos pos.
Insyaallah buku-buku ini akan dapat membantu pelajar skor A dalam PMR dan SPM nanti kerana soalannya berformatkan peperiksaan terkini dan telah dianalisa bersama oleh Kumpulan JLU Pendidikan Islam PPDKB.


Ke Arah Memperkasakan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam

Sunday, May 2, 2010

Majlis Anugerah Sinar Wawasan SMK Zainab (1) 2010

ANUGERAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG 2009

Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Semenza
Perasmi : Dato Hjh Noorizan bt Bapoo Hashim
(Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)
Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
Persembahan Pelajar:
Choral Speaking - Koir - Hoki - Formula One

SMK Zainab (1) Sentiasa Mengungguli Kilauan Zaman

Monday, April 26, 2010

Lawatan YBhg.Tan Sri Dato Sri Panglima Dr Hj Ab Rahman Arshad (Penasihat Sekolah Kluster) ke SMKZ (1)

Tarikh : 15 April 2010 (Khamis)
Semua warga Semenza amat bangga dan gembira dengan kehadiran Ybhg.Tan Sri Dato Sri Panglima Dr Hj Abd. Rahman Arshad (Penasihat Sekolah Kluster) ke SMK. Zainab  (1) . Mudah-mudahan jalan ke arah  mencapai SBT  bagi SMKZ (1) semakin terbentang luas. Insyaallah dan mudah-mudahan cita-cita Pengetua SMKZ(1) untuk menjadikan Semenza sebagai SBT akan dimakbulkan Allah.

Semasa lawatan tersebut Tan Sri dihidangkan dengan persembahan Gamelan, Hoki dan Choral Speaking (hoki dan bahasa inggeris merupakan niche area SMKZ1). 
                                           Pemain Hoki sedang membuat persembahan 

                                                           Persembahan gamelan

                          Tan Sri bergambar dengan sektetariat pentadbiran SMK Zainab (1)