GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Monday, February 28, 2011

Gambar-gambar sekitar Bengkel Latih Tubi 2011





Sunday, February 27, 2011

Bengkel Soalan Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Islam SPM 2011

Alhamdulillah dengan kerjasama dan muafakat semua Juru latih Utama Pendidikan Islam dan Tasawur Islam PPD Kota Bharu, kami telah berjaya berkumpul di Bilik Qin, Hotel Renaissance untuk menyiapkan 3 set soalan Latih Tubi Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tswr Islam SPM.

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini amat memenatkan kerana pihak kami terpaksa memerah seluruh tenaga pemikiran , menganalisa dan membina soalan yang berkualiti demi untuk membantu anak-anak pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini.

Harapan kami agar bengkel ini berjaya menyediakan set-set soalan yang berkualiti dan menepati kehendak peperiksaan Pendidikan Islam dan tasawwur Islam tahun 2011..Semoga usaha ini akan diberi ganjaran oleh Allah SWT..dan tiada hasil kecuali kecemerlangan..

Tuesday, January 25, 2011

Majlis Pelantikan Guru Muda SMKZ1 2011

Tarikh : 24 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Laman Info SMKZ1
Objektif :
1. Melatih guru muda dalam kalangan murid sebagai pengganti guru ketika ketiadaan guru di sekolah
2. Memupuk sikap bantu membantu dan bekerjasama dalam kalangan murid
3. Membantu murid menguasai mata pelajaran yang diminatinya sepanjang menjadi guru muda


                Perasmian pelantikan oleh Pengetua Cemerlang SMKZ1
        Barisan Guru Muda yang mendapat bimbingan daripada Guru Cemerlang SMKZ1
                    Penyampaian watikah Guru Muda
               Penyampaian Cenderamata kenangan daripada PKP kepada Pengetua

Sunday, January 16, 2011

Penghantaran Buku2 Nota Bestari Pendidikan Islam PMR dan SPM yang terpaksa tertunda!!

Berbanyak2 kemaafan kepada guru2 yang menempah buku2 Pendidikan Islam PMR / SPM yang  terpaksa menunggu kerana buku2 tersebut telah kehabisan buat sementara waktu. Kedua2 buku tersebut sedang dalam proses percetakan sekarang ini. Proses percetakan mungkin mengambil masa lebih kurang 2 - 3 minggu untuk siap. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Saturday, December 25, 2010

Alhamdulillah...Tahniah kepada semua calon P.Islam SMKZ1 PMR 2010

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana keputusan peperiksaan PMR SMKZ1 tahun ni terus melonjakkan pencapaian calon2 pendidikan Islam kepada 85 % kecemerlangan A. Seramai 208 orang mendapat kecemerlangan A daripada bilangan pelajar lebih kurang 243 orang.

Seterusnya 36 orang mendapat B dan seorang mendapat C.. Tahun depan insyaallah zero C.
Tahniah kepada semua calon PMR SMKZ1 2010 kerana hasil usaha gigih anda akhirnya anda berjaya mencapai kecemerlangan.

Saturday, December 4, 2010

Kenaikan harga buku2 GLA & Modul Pendidikan Islam Tkn 1 - 5 cetakan baru tahun 2011.

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa harga buku2 GLA & Modul P.Islam Tingkatan 1 - 5 terpaksa dinaikkan daripada RM7 kepada RM8 memandangkan harga percetakan dan kos pos yang terus meningkat sekarang. Namun begitu kos pos untuk pelanggan akan terus kekal percuma (ditanggung oleh pihak pembekal).
Harap maklum.

Tuesday, November 30, 2010

Alhamdulillah...

Semua calon Pendidikan Islam seluruh negara telah selamat menduduki peperiksaan Pendidikan Islam hari ini. Ada calon yang dapat jawab . ada yang agak frust sedikit (boleh jawab tapi tak berapa puashati) .. biasalah macam tu .. boleh jawab ke tidak bergantung atas usaha masing2.

Cuma ada sedikit terkilan la di sini sebab soalan yang tak pernah keluar dan disoal selama ini..tiba disoal iaitu berkaitan dengan hukum wakaf, hukum ra dan hukum mad lazim kalimi musaqqal dan mad lazim kalimi mukhaffaf... Justaeru rasanya semua Guru pendidikan Islam perlu perihatin dan cuba rujuk kembali buku huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam kita kerana kesemua tajuk2 tu ada terdapat dalam buku huraian sukatan tersebut cuma ianya tidak diambil peduli..

Mulai tahun depan kena perkasakan semua hukum Ra, Hukum Wakaf dan Mad2 Lazim.....

Sunday, November 21, 2010

Selamat Bercuti kepada semua warga sekolah seluruh negara!!

Musim cuti akhir tahun sudah tiba..rasanya macam2 perancangan bermain2 di kepala anak2 dan parents...nak pergi makan angin..nak masuk kelas al Quran dan Tahfiz...nak tuisyen ... nak kenduri...dan lain2 lagi...harap2 semua perancangan tersebut berjalan dengan lancar dan selamat..
Kepada student form 2 dan form 4 rasanya musim  cuti  ni baik jugak diisi dengan menghafaz ayat2 hafazan pmr dan spm supaya senang bila nak menghadapi pmr dan spm tahun depan nanti.....taklah kena hafaz banyak sangat...mulakan dari sekarang .. satu ayat hafazan seminggu dah memadai..

Friday, November 12, 2010

Ujian Pra Pendidikan Islam SPM telah dilaksanakan dengan jayanya .

Pada 11 November lepas , ujian Pra Pendidikan Islam SPM yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPDKB telah dilaksanakan dengan jayanya bermula pada jam 8.00-10.00 (Kertas 1) dan jam 10.30 - 12.10 (kertas 2) . Manakala perbincangannya diadakan sebaik sahaja tamat peperiksaan jam 12.10 tengah hari. Kebanyakan  pelajar menyatakan bahawa dengan mengadakan ujian Pra sebegini menjadikan mereka lebih yakin dalam menjawab soalan Pendidikan Islam SPM yang bakal tiba (30 November) nanti.

Harapan para JLU P.Islam PPDKB ialah semoga soalan2 yang keluar dalam ujian Pra ini juga akan keluar dalam soalan peperiksaan SPM sebenar nanti .. Insyaallah..

Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam

Majlis Makan Malam SMKZ1 2010 Paling Berprestij..

Tarikh : 9 November 2010 (Selasa)
Masa : 8.00 malam
Tempat : Hotel Renaissance, Kota Bharu