GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Sunday, March 27, 2011

Program Cakna Solat Asrama Siri (1) 2011...ramai yang tak cukup solat lima waktu..

Alhamdulillah akhirnya program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya pada 26 Mac 2011 walaupun dalam keadaan GPI terpaksa bertugas 7 hari seminggu..semuanya adalah kerana pelaburan akhirat..Insyaallah.

Objektif program ialah untuk mendedahkan kepada pelajar tentang kepentingan solat dan akibat meninggalkannya serta cara2 menunaikan solat secara berkualiti dan sempurna. Pelajar yang terlibat hanyalah 100 orang sahaja.

Program bermula dengan ceramah yang bernas disampaikan oleh Tn Hj Suratemi b Mat Yusof iaitu Pegawai Agama JHEAIK . Seterusnya program stesyen yang menguji bacaan-bacaan dalam solat setiap pelajar. Semua guru agama di SMK Zainab (1) terlibat termasuklah guru-guru praktikal.

Di akhir program diadakan kaji selidik dan post mortem. Dapatan kaji selidik menyatakan bahawa hanya 10% sahaja daripada peserta yang menunaikan solat cukup lima waktu sehari semalam. Ini bermakna hanya 10 orang sahaja yang cukup solat lima waktu, yang lain tak cukup. Ada yang tak solat kerana terlupa dan ada yang malas...Rata2 solat yang diabaikan adalah solat Subuh, Isyak dan Asar....Ini cukup2 menyedihkan...

Pelajar2 ini menyatakan bahawa bila mereka berada di asrama mereka akan melakukan solat tetapi bila berada di rumah mereka akan meninggalkan solat, tetapi apapun mereka berjanji akan cuba mencukupkan solat .

Dari sinilah kita dapat membuat rumusan bahawa betapa para ibu bapa mengabaikan amanah kurniaan Allah kepada mereka . Mungkin kebanyakan ibu bapa hanya mengutamakan kerja melebihi daripada memberi didikan agama yang sewajarnya kepada anak2. Ataupun mungkin juga ibu bapa menghantar anak2 mereka mempelajari ilmu agama di luar tetapi tidak membuat pemantauan terhadap amal ibadat  anak2 di rumah sehinggalah mereka benar2 cemerlang dalam ibadat..ataupun mungkin ibu bapa sendiri tidak cemerlang dalam ibadatnya???

Walau apa pun pihak kami amat bersyukur kerana dengan terlaksananya program ini, walaupun ringkas tetapi amat bermakna dan insyaallah siri ke 2 dan ke 3 akan menyusul tak lama lagi. Kami berharap moga2 anak2 didik kami akan  diberi hidayah oleh Allah swt dan menjadi GENERASI YANG BIJAK SOLAT..Insyaallah ..

                   Pendaftaran dimulakan pada jam 7.30 pagi
                   Penceramah jemputan

                  Tunjuk cara berwudhu' yang betul
                   
                   Tunjuk cara solat yang betul
                  Ujian bacaan dalam solat bermula daripada takbiratul ihram
               Ujian bacaan niat solat dan doa qunut
                  Penyampaian cenderahati kepada PK Pentadbiran sebagai perasmi penutup

.

Wednesday, March 23, 2011

Alhamdulillah keputusan Pendidikan Islam di SMKZ1 semakin meningkat - satu kepuasan !!

Syukur kepada Allah SWT kerana keputusan Pendidikan Islam di SMK Zainab 1 semakin meningkat setahun ke setahun..Tahun ini keputusan mencatatkan 94% kececemerlangan A , 5 orang B dan seorang dapat C. Berbanding tahun lepas 89% kecemerlangan A. 

Untuk pengetahuan para pengunjung blog, semua pelajar di SMK Zainab 1 menggunakan modul2 dalam blog ini dan juga nota serta buku2 latih tubi yang disusun oleh para Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPD Kota Bharu..Saya merasakan bahawa modul2 dan buku2 latih tubi ini juga memberi sumbangan atas kejayaan cemerlang pelajar2 disamping sumbangan guru, para pentadbir, ibu bapa dan juga usaha tersendiri pelajar serta anugerah daripada Allah SWT. Alhamdulillah. Kejayaan pelajar merupakan kepuasan hati kami !!

Mudah2an tahun depan keputusan Pendidikan Islam SPM SMK Zainab 1 semakin cemerlang dan gemilang - Insyaallah.

Monday, February 28, 2011

Gambar-gambar sekitar Bengkel Latih Tubi 2011





Sunday, February 27, 2011

Bengkel Soalan Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Islam SPM 2011

Alhamdulillah dengan kerjasama dan muafakat semua Juru latih Utama Pendidikan Islam dan Tasawur Islam PPD Kota Bharu, kami telah berjaya berkumpul di Bilik Qin, Hotel Renaissance untuk menyiapkan 3 set soalan Latih Tubi Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tswr Islam SPM.

Bengkel yang berlangsung selama 3 hari ini amat memenatkan kerana pihak kami terpaksa memerah seluruh tenaga pemikiran , menganalisa dan membina soalan yang berkualiti demi untuk membantu anak-anak pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM tahun ini.

Harapan kami agar bengkel ini berjaya menyediakan set-set soalan yang berkualiti dan menepati kehendak peperiksaan Pendidikan Islam dan tasawwur Islam tahun 2011..Semoga usaha ini akan diberi ganjaran oleh Allah SWT..dan tiada hasil kecuali kecemerlangan..

Tuesday, January 25, 2011

Majlis Pelantikan Guru Muda SMKZ1 2011

Tarikh : 24 Januari 2011 (Isnin)
Masa : 7.30 pagi
Tempat : Laman Info SMKZ1
Objektif :
1. Melatih guru muda dalam kalangan murid sebagai pengganti guru ketika ketiadaan guru di sekolah
2. Memupuk sikap bantu membantu dan bekerjasama dalam kalangan murid
3. Membantu murid menguasai mata pelajaran yang diminatinya sepanjang menjadi guru muda


                Perasmian pelantikan oleh Pengetua Cemerlang SMKZ1
        Barisan Guru Muda yang mendapat bimbingan daripada Guru Cemerlang SMKZ1
                    Penyampaian watikah Guru Muda
               Penyampaian Cenderamata kenangan daripada PKP kepada Pengetua

Sunday, January 16, 2011

Penghantaran Buku2 Nota Bestari Pendidikan Islam PMR dan SPM yang terpaksa tertunda!!

Berbanyak2 kemaafan kepada guru2 yang menempah buku2 Pendidikan Islam PMR / SPM yang  terpaksa menunggu kerana buku2 tersebut telah kehabisan buat sementara waktu. Kedua2 buku tersebut sedang dalam proses percetakan sekarang ini. Proses percetakan mungkin mengambil masa lebih kurang 2 - 3 minggu untuk siap. Segala kesulitan amatlah dikesali.

Saturday, December 25, 2010

Alhamdulillah...Tahniah kepada semua calon P.Islam SMKZ1 PMR 2010

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana keputusan peperiksaan PMR SMKZ1 tahun ni terus melonjakkan pencapaian calon2 pendidikan Islam kepada 85 % kecemerlangan A. Seramai 208 orang mendapat kecemerlangan A daripada bilangan pelajar lebih kurang 243 orang.

Seterusnya 36 orang mendapat B dan seorang mendapat C.. Tahun depan insyaallah zero C.
Tahniah kepada semua calon PMR SMKZ1 2010 kerana hasil usaha gigih anda akhirnya anda berjaya mencapai kecemerlangan.

Saturday, December 4, 2010

Kenaikan harga buku2 GLA & Modul Pendidikan Islam Tkn 1 - 5 cetakan baru tahun 2011.

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa harga buku2 GLA & Modul P.Islam Tingkatan 1 - 5 terpaksa dinaikkan daripada RM7 kepada RM8 memandangkan harga percetakan dan kos pos yang terus meningkat sekarang. Namun begitu kos pos untuk pelanggan akan terus kekal percuma (ditanggung oleh pihak pembekal).
Harap maklum.

Tuesday, November 30, 2010

Alhamdulillah...

Semua calon Pendidikan Islam seluruh negara telah selamat menduduki peperiksaan Pendidikan Islam hari ini. Ada calon yang dapat jawab . ada yang agak frust sedikit (boleh jawab tapi tak berapa puashati) .. biasalah macam tu .. boleh jawab ke tidak bergantung atas usaha masing2.

Cuma ada sedikit terkilan la di sini sebab soalan yang tak pernah keluar dan disoal selama ini..tiba disoal iaitu berkaitan dengan hukum wakaf, hukum ra dan hukum mad lazim kalimi musaqqal dan mad lazim kalimi mukhaffaf... Justaeru rasanya semua Guru pendidikan Islam perlu perihatin dan cuba rujuk kembali buku huraian sukatan pelajaran Pendidikan Islam kita kerana kesemua tajuk2 tu ada terdapat dalam buku huraian sukatan tersebut cuma ianya tidak diambil peduli..

Mulai tahun depan kena perkasakan semua hukum Ra, Hukum Wakaf dan Mad2 Lazim.....

Sunday, November 21, 2010

Selamat Bercuti kepada semua warga sekolah seluruh negara!!

Musim cuti akhir tahun sudah tiba..rasanya macam2 perancangan bermain2 di kepala anak2 dan parents...nak pergi makan angin..nak masuk kelas al Quran dan Tahfiz...nak tuisyen ... nak kenduri...dan lain2 lagi...harap2 semua perancangan tersebut berjalan dengan lancar dan selamat..
Kepada student form 2 dan form 4 rasanya musim  cuti  ni baik jugak diisi dengan menghafaz ayat2 hafazan pmr dan spm supaya senang bila nak menghadapi pmr dan spm tahun depan nanti.....taklah kena hafaz banyak sangat...mulakan dari sekarang .. satu ayat hafazan seminggu dah memadai..