GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Tuesday, April 14, 2009

Kem Penghayatan Solat Siri (1) 2009 di Semenza

Belum habis lagi penat memerah otak di Langkawi, dapat pulak satu tugasan iaitu Kem Penghayatan Solat siri (1) di SMKZ1. Oleh kerana arahan PK HEM terpaksalah akur.. So buatlah kertas kerja sedikit dan hulurkan kepada PIBG dan CC sekolah untuk dapatkan peruntukan (kalau adalah ex zainabians kat luar tu yang nak hulur-hulurkan sumbangan untuk sponsor kem ini boleh lah hubungi ustazah ya..amatlah dialu-alukan kerana kami amat-amat memerlukan bantuan kewangan untuk membina modal insan beriman dan bertaqwa dalam kalangan puteri-puteri semenza) Kem ini akan diadakan beberapa siri ..mungkin 10 siri kerana sambutan amat menggalakkan..Esok insyaallah ada perjumpaan dengan AJK BAKTI selaku Fasilitator Kem...Mudahnya kerja..BAKTI memang banyak membantu jawatankuasa Penghayatan Islam di Semenza. Alhamdulillah.

Seminar dan Bengkel Soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam di Langkasuka , Langkawi anjuran Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu

Pada 8 - 10 April 2009 baru-baru ini satu seminar dan bengkel soalan telah diadakan di Hotel langkasuka, Langkawi. Alhamdulillah bengkel ini berjaya di laksanakan dengan gabungan tenaga 10 orang JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu beserta bos Tn Hj Mohd Fakhrurrazi. Matlamat kami ke sana ialah untuk membina soalan Pertengahan Tahun PAI dan TI. Insyaallah akan siap di edit dan cetak awal bulan Mei nanti. Eloklah tu sebab exam Pertengahan Tahun lebih kurang pertengahan Mei. Walaupun penat tapi hati kami puas kerana dapat menyediakan soalan yang bermutu dan selaras untuk sekolah-sekolah menengah di PPD Kota Bharu. Disamping itu juga dapat memberi kemudahan kepada GPI di PD Kota Bharu.
GPI sekolah rendah pun turut sekali dengan rombongan kami kerana terlibat dengan bengkel latih tubi soalan sekolah rendah . Masa di Langkawi baru-baru ini, banyak gambar-gambar semasa berbengkel yang diambil, tapi nasib tak baik hanya beberapa keping gambar aje yang okay.. itupun masa tengah nak naik feri .. yang lain semuanya ko ..masuk virus..


Friday, April 3, 2009

2 Puteri Maahad Muhammadi (P) menjadi kebanggaan pelajar seluruh Malaysia..

Setinggi-tinggi tahniah kepada adik Nik NurMadihah yang telah berjaya mencapai kejayaan gemilang 20 A (191A dan 12A)dalam SPM baru-baru ini. Begitu juga dengan adik Siti fatimah yang menjadi pelajar cemerlang kebangsaan pada tahun 2007 . Kejayaan mereka juga merupakan kejayaan semua guru di Maahad Muhammadi (P). Di sini jasa guru tidak boleh dilupakan dengan begitu sahaja kerana tanpa dorongan guru, mungkin murid tersebut tidak berupaya untuk terus cemerlang..terutama sekali bantuan daripada Papa Li (Cikgu Razali) yang telah membantu menolong Nik dari segi kewangan.
Namun begitu saya amat bangga kerana kedua-dua calon cemerlang Kebangsaan dua tahun berturut-turut adalah dari sekolah Maahad Muhammadi (P)- sekolah lama saya. Apa yang saya perhatikan kejayaan kedua-dua pelajar di atas adalah kejayaan yang sebenarnya complete dan sempurna dari segi rohani dan jasmani kerana subjek-subjek yang mereka pelajari merangkumi subjek duniawi dan ukhrawi. Tambahan lagi corak pendidikan di MMP adalah berdasarkan keislaman dan mementingkan pembentukan sahsiah mulia.
Apa yang penting pada masakini ialah kita ingin melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan dalam masa yang sama terpuji dari segi sahsiahnya. Kebanyakan pelajar hanya cemerlang akademik tetapi sahsiah belum tentu. Kadang-kadang solat pun tidak cukup lima waktu..
Justeru saya harap agar MMP akan dapat melahirkan pelajar sebegini lebih ramai lagi pada masa depan..InsyaAllah dan sterusnya menjadi contoh kepada sekolah-sekolah yang lain di seluruh Malaysia .

"AKHLAK CEMERLANG AKADEMIK GEMILANG"

Wednesday, April 1, 2009

Pelbagai aksi menghafaz pelajar

Baru-baru ini saya mengadakan aktiviti menghafaz untuk pelajar-pelajar tingkatan satu di SMK Zainab (1). Ayat yang dihafaz cuma ayatul Kursi sahaja tapi oleh kerana tidak ingat ayat kursi jadi kenalah dihafaz sebab ada ujian menghafaz.. Kita lihat macam mana pelajar ni sedang menjalani ujian hafazan.

Malu nak tunjuk muka depan ustazah..nasib baik buku tu buku Nota Bestari Pendidikan Islam ..boleh la sambil-sambil promote..

Monday, March 30, 2009

Seminar dan Bengkel Soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam di Langkawi

Insyaallah pada 8 - 10 April 2009 (Rabu - Jumaat) ini akan diadakan satu seminar dan bengkel pembinaan soalan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam untuk semua JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu. Para JLU Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam akan bertolak ke sana dengan bas (seronok naik bas..) Tugas mereka ialah membina soalan Pertengahan Tahun Pendidikan Islam Tingkatan 1,2 dan 4 serta Tasawwur Islam Tingkatan 4. Soalan-soalan ini akan diedarkan kepada seluruh sekolah menengah di bawah PPD Kota Bharu pada bulan Mei nanti. Insyaallah semoga semuanya berjalan lancar..Jumpa di sana..

Sunday, March 29, 2009

Program Usrah Asrama Puteri Semenza Memantapkan Rohani Murid

Tahun 2009 merupakan tahun bersejarah bagi Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Takmir Musalla di SMK Zainab (1) kerana berjaya merancang dan melaksanakan usrah di asrama Puteri Semenza. Semua murid asrama terlibat dalam usrah ini. Usrah asrama ini mendapat bimbingan daripada 30 orang naqibah yang telah dilantik dan diberi bimbingan khas oleh guru-guru Pendidikan Islam di Semenza. Naqibah yang terlibat dalam memberikan usrah ini juga adalah AJK BAKTI Semenza yang telah dilantik oleh Jawatankuasa PITM (Penghayatan Islam dan Takmir Musalla) baru-baru ini.
Program Usrah ini berjalan selama 1 jam dan membincangkan topik-topik yang berkaitan dengan kehidupan murid yang telah disusun khas oleh Biro Usrah dan Tarbiah iaitu Ustazah Raja Haryati bt Raja Ahmad .
Objektif Usrah ialah:
1. Mengeratkan silaturrahim sesama murid.
2. Memantapkan ilmu dan amal Islami dalam kehidupan murid.
3. Melahirkan murid yang berkeyakinan dan jati diri.
4. Melahirkan modal insan yang beriman, bertaqwa dan cemerlang dunia akhirat.

Gambar-gambar sepanjang perjalanan usrah pertama di asrama Puteri Semenza pada 28 Mac 2009 (Sabtu)




Friday, March 27, 2009

Esok bermula usrah di asrama puteri semenza

Insyaallah esok akan berlangsung usrah di asrama puteri semenza. Semoga berjalan lancar..

Wednesday, March 4, 2009

Doa amalan harian

Ayat Seribu Dinar- Surah At Talaaq : 2-3( Menghindari kesulitan / Mudah urusan)

Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberinya rezeki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah Telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.


Surah Yusuf : Ayat 4 (Pelembut hati)

(Ingatlah), ketika Yusuf berkata kepada ayahnya: "Wahai ayahku, Sesungguhnya
Aku bermimpi melihat sebelas bintang, matahari dan bulan; kulihat semuanya
sujud kepadaku."


Surah Ta Ha : Ayat 1-2 (Pengikat Kasih sayang)

Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al Quran Ini kepada mu agar kamu menjadi susah

(ayat tak dapat nak dipublishkan kerana masalah yang tak dapat dielakkan, so penulis nyatakan surah dan ayat sahaja)

Monday, March 2, 2009

Fadhilat Surah-surah Dalam Al Quran..

Selepas Ustaz Mohd Fakhrurrazi (Penolong Pegawai Pelajaran Daerah Kota Bharu - Unit Pendidikan Islam ) datang bagi ceramah di Semenza sempena Maulidur rasul baru-baru ini, beliau telah menerangkan beberapa potong ayat Al Quran yang patut menjadi amalan semua, maka ramailah cikgu-cikgu yang minta ayat-ayat terpilih itu ditulis dalam kertas. Untuk memudahkan amalan , sekarang ni saya sedang mengedit ayat-ayat tu.. Insyaallah akan dipamerkan di blog ini untuk sesiapa yang berminat..

Saturday, February 28, 2009

"Selamat Bersara dari Medan Pendidikan Kak Lah" dan InsyaAllah jumpa di Medan Haji pula..





Beberapa minggu lepas, Guru Pendidikan Islam SMK Dato Ahmad Maher telah mengadakan majlis sempena persaraan Kak Lah (PN Hjh Fadzlah Idris) di Restoran Syam Bunga Mas , Kota Bharu Kelantan. Bukan main seronok lagi kami dapat berkumpul bersama sambil berbual-bual dan menjamu selera.
Hadir bersama kami juga ialah Pn Hjh Che Rohimah (Guru Kanan Sains Sosial SMK DAM).
Hasrat Kak Lah selepas bersara ialah menumpukan perhatian sepenuhnya kepada tugas-tugasnya sebagai Petugas Tabung Haji dan kemungkinan besar Kak Lah akan mengendalikan Umrah dan Ziarah ke Mekah dan negara-negara di Timur Tengah. Wau..seronoknya . Sesiapa yang ingin melaksanakan umrah sambil ziarah bolehlah contact kak Lah terus di talian - 012-9325312. Seronok umrah bersama Kak Lah sebab dia seorang mutawwif yang berpengalaman selama 10 tahun lebih dalam mengendalikan jemaah haji.
Kak Lah ni juga seorang penceramah agama yang banyak pengalaman dan profesional. Banyak idea-idea baru dalam mindanya yang boleh digunapakai. Kalau lah ada sebarang program Hari Kebesaran Islam, Program Solat, Program Keinsafan untuk remaja dan lain-lain programa agama bolehlah jemput Kak Lah tapi dia dah bagi warning ..waktu siang sahaja, kalau waktu malam tak boleh terima jemputan kerana kena jaga ibunya.
Itulah serba sedikit perihal kak Lah kita ni..hai bestnya kalau boleh pencen jugak..Lambatnya nak tunggu umur 56 tahun...