GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Tuesday, June 8, 2010

Buku Ramalan Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam dah pun siap !!!


Syukur kepada Allah swt kerana kesemua buku-buku ramalan tu dah pun siap.. Insyaallah akan dapat diedarkan secepat mungkin kepada semua GPI yang telah menempahnya lebih awal.

Mudah-mudahan soalan-soalan yang terkandung di dalam buku soalan Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Fokus 2010 ini akan dapat membantu para pelajar untuk mencapai A dalam P.Islam Insyaallah.Yang amat-amat diharapkan adalah semoga soalan2 yang telah di susun oleh kumpulan JLU Pendidikan Islam PPD Kota Bharu ini akan keluar dalam exam PMR dan SPM sebenar nanti..

Kita berusaha dan merancang .....namun Allah jua yang menentukan...wallahuaklam

Thursday, June 3, 2010

Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam Menengah PPD Kota Bharu

Tarikh : 2 Jun 2010 (Rabu)
Masa : 2.00 - 5.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat , Aras 2, PPD Kota Bharu
Agenda :
1. Post Mortem Pendidikan Islam PMR/SPM 2010
    Sekolah yang cemerlang dalam Pendidikan Islam PMR / SPM akan diberi sijil anugerah cemerlang
    kepada  Panitia Pendidikan Islam. 

2. Strategi Kecemerlangan Pendidikan Islam 2010. Antara strategi:
- Menghabiskan sukatan dengan segera
- Mengadakan teknik menjawab sebanyak 2x iaitu  bulan Mac dan Ogos.
- Memperbanyakkan latih tubi termasuklah buku latih tubi Bestari dan latih tubi daripada JAPIM
- Mengedarkan soalan-soalan SBP / MRSM ke seluruh sekolah di bawah PPD Kota Bharu

3. Sistem fail Panitia hendaklah diselaraskan mengikut PPD sebagaimana berikut:
3.1. Fail minit mesyuarat
3.2. Fail surat menyurat / Pekeliling
3.3. Fail maklumat guru
3.4. Fail Sukatan  Pelajaran / Huraian Sukatan Pelajaran
3.5. Fail Perancangan Peningkatan Kecemerlangan Panitia
3.6. Fail Perkembangan Staf
3.7. Fail Bank Soalan
3.8. Fail Analisis Ujian / Peperiksaan
3.9. Fail Persatuan
3.10.Fail Laporan Program / Aktiviti
3.11.Fail Kewangan
3.12.Fail PAFA
3.13.Fail Pencerapan dan Penyemakan Buku Pelajar
Tn Hj Mohd Fakhrurazi (Ketua Unit) dan Ustaz Nik 'Azizi  (Penyelia J-Qaf)

Tuesday, May 25, 2010

Buku Ramalan Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam

Insyaallah jika tiada aral melintang buku-buku ini bakal menemui semua GPI dan pelajar pada pertengahan Jun ini. Harap-harap agar soalan-soalan yang dianalisan dan digubal oleh panel soalan PPDKB akan keluar sekurang-kurangnya 70% agar dapat membantu pelajar skor markah terbaik. Inilah sahaja yang dapat kami usahakan untuk memperkasakan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Malaysia..

Friday, May 21, 2010

Hari Guru di SMKZ1 2010

Pelbagai program menarik diadakan.. antaranya:
                                                   Pertandingan menggubah tembikai

                                  
                 Pertandingan membuat sandwich...emm bestnya sandwich tuna.

Pertandingan kupas  kulit epal tak putus-putus

Acara dewan potong kek Hari Guru

Hari Keluarga Semenza 2010 di Seri Tujoh Resort, Tumpat.

Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat : Seri Tujoh Resort, Tumpat.
Aktiviti hari keluarga :
- Boling kelapa
- Pertandingan cekoh durian
- Pertandingan tiup belon rahsia
- Pertandingan bawa bola ping pong dalam sudu
- Anugerah anak cemerlang
- Barbeque dll
- Paling menarik pertandingan rebut coklat.



Saturday, May 8, 2010

Buku Soalan Latih Tubi Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Islam sedang dalam proses percetakan.

Insyaallah 2 - 3 minggu lagi akan terbitlah buku soalan latih tubi berkonsepkan ramalan ini. Harga Buku Latih Tubi Pendidikan Islam SPM - RM 5.00, PMR - RM 3.50 dan Tasawwur Islam RM 4.00. Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah sms terus kepada saya di no 0139861383. Cetakan adalah terhad!!! Siapa cepat dia dapat.
Harga pakej buku soalan latih tubi 3 buah ini ialah RM13.00 beserta dengan kos pos.
Insyaallah buku-buku ini akan dapat membantu pelajar skor A dalam PMR dan SPM nanti kerana soalannya berformatkan peperiksaan terkini dan telah dianalisa bersama oleh Kumpulan JLU Pendidikan Islam PPDKB.


Ke Arah Memperkasakan Pendidikan Islam dan Tasawwur Islam

Sunday, May 2, 2010

Majlis Anugerah Sinar Wawasan SMK Zainab (1) 2010

ANUGERAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG 2009

Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)
Tempat : Dewan Semenza
Perasmi : Dato Hjh Noorizan bt Bapoo Hashim
(Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)
Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia
Persembahan Pelajar:
Choral Speaking - Koir - Hoki - Formula One

SMK Zainab (1) Sentiasa Mengungguli Kilauan Zaman

Monday, April 26, 2010

Lawatan YBhg.Tan Sri Dato Sri Panglima Dr Hj Ab Rahman Arshad (Penasihat Sekolah Kluster) ke SMKZ (1)

Tarikh : 15 April 2010 (Khamis)
Semua warga Semenza amat bangga dan gembira dengan kehadiran Ybhg.Tan Sri Dato Sri Panglima Dr Hj Abd. Rahman Arshad (Penasihat Sekolah Kluster) ke SMK. Zainab  (1) . Mudah-mudahan jalan ke arah  mencapai SBT  bagi SMKZ (1) semakin terbentang luas. Insyaallah dan mudah-mudahan cita-cita Pengetua SMKZ(1) untuk menjadikan Semenza sebagai SBT akan dimakbulkan Allah.

Semasa lawatan tersebut Tan Sri dihidangkan dengan persembahan Gamelan, Hoki dan Choral Speaking (hoki dan bahasa inggeris merupakan niche area SMKZ1). 
                                           Pemain Hoki sedang membuat persembahan 

                                                           Persembahan gamelan

                          Tan Sri bergambar dengan sektetariat pentadbiran SMK Zainab (1)

Saturday, April 24, 2010

Persembahan Powerpoint puteri Semenza

Pelajar Tingkatan 5 Bestari dan 5 Harmoni SMKZ1 2010 telah diberikan tugas untuk menyelesaikan tugasan sekitar tajuk Tamadun Islam dan Tokoh Islam Tingkatan 4 & 5. Para pelajar menyiapkan tugasan masing-masing dan pembentangan telah dilaksanakan pada 2 minggu yang lepas. Masing-masing tak sabar-sabar dan bersemangat untuk membentangkan powerpoint dan menunjukkan kebolehan masing-masing.

Thursday, April 15, 2010

Pakej Buku Pendidikan Islam PMR dan SPM

Alhamdulillah syukur kerana makin ramai GPI yang telah cuba dan terus mencuba untuk menggunakan buku modul Pendidikan Islam, modul tajwid dan modul jawi yang dipaparkan di blog ini. Ramai yang tertanya-tanya bagaimana penggunaan buku-buku tersebut? Di sini saya ingin menerangkan tentang penggunaan buku-buku pakej tersebut untuk memudahkan lagi P & P GPI dalam kelas.

Buku Pakej PMR:

1. GLA dan Modul Pendidikan Islam Tkn 1-3 (dijadikan sebagai buku nota - tak perlu ada buku log lagi)
2. Nota Bestari PMR (sebagai rujukan untuk mengisi jawapan dalam buku modul P.Islam)
3. Nota Poket 4 dalam 1 (buku hafazan untuk menghafaz ayat-ayat hafazan dan pengertiah istilah P.Islam)
4. Modul Jawi (latih tubi Jawi yang mengandungi keterangan jawi dan soalan jawi dalam PMR/SPM)
5. Modul Tajwid PMR (persediaan menghadapi P.Islam SPM - wawasan SPM)

P/S : Buku Modul Jawi dan Tajwid dan ayat Hafazan boleh diajar pada waktu 2 masa tambahan P.Islam bersama-sama dengan ujian PAFA (buat giliran)

Buku Pakej SPM:

1. GLA dan Modul Pendidikan Islam Tkn 4-5 (dijadikan sebagai buku nota - tak perlu ada buku log lagi)
2. Nota Bestari SPM (sebagai rujukan untuk mengisi jawapan dalam buku modul P.Islam)
3. Nota Poket 4 dalam 1  (buku hafazan untuk menghafaz ayat-ayat hafazan dan pengertiah istilah P.Islam)
4. Modul Jawi (latih tubi Jawi yang mengandungi keterangan jawi dan soalan jawi dalam PMR/SPM)
5. Modul Tajwid SPM (latih tubi tajwid berdasarkan sukatan P.Islam tkn 4-5)

Harga Buku Pakej PMR - RM26.00
Harga Buku Pakej  SPM - RM 28.00

Dengan harga buku pakej ini pelajar tak perlu lagi beli buku-buku P.Islam yang lain sehinggalah exam PMR atau SPM kerana kesemua buku-buku ini sudah mencukupi untuk keperluan pelajar. Pelajar PMR seelok-eloknya memiliki buku pakej ini bermula dari tingkatan 1 lagi dan pelajar SPM  memilikinya bermula dari tingkatan 4 lagi kerana ini akan menguntungkan pelajar. Semoga Pendidikan Islam akan terus cemerlang...


- Ke arah Memperkasakan Pendidikan Islam -