GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Friday, November 5, 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Tahun kepada Murid Tkn 1 & 2

Harap2 semua murid tkn 1 & 2 bersedia untuk berhadapan dengan peperiksaan tersebut pada hari isni ni dengan ilmu yang penuh di dada...Ingat balik teknik2 menjawab soalan terutama sekali mata pelajaran Pendidikan Islam..Ustazah doakan agar semuanya berjaya dengan cemerlang ..Insyaallah..

Saturday, October 30, 2010

Ujian PRA SPM 2010 untuk calon2 SPM di SMKZ1

Sekarang ini berlangsungnya ujian Pra untuk calon2 SPM di SMKZ1.  Antara objektif ujian Pra adalah supaya pelajar2 tidak leka dan terus bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar..

Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam diadakan ujian Pra yang lebih terancang kerana mengikut arahan daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Ujian Pra untuk P.Islam adalah pada 10 Nov nanti dan sebaik sahaja tamat ujian para guru akan bersama pelajar untuk terus membincangkan jawapan ... mudah2an pelajar Semenza akan terus cemerlang..Insyaallah.

Kepada semua guru Pendidikan Islam di luar sana yang berminat dengan Ujian Pra Pendidikan Islam PPD Kota Bharu ni boleh berhubung dengan saya untuk mendapatkan soalannya tetapi syaratnya penghantarannya adalah melalui email...Tolong bagi email ustaz dan ustazah ..insyaallah saya akan hantarkan...

Bersama-sama memperkasakan Pendidikan Islam..

Syukur lagi...

Syukur kepada Allah swt kerana Kelantan menang bola sepak piala Malaysia semalam..ekoran daripada itu Kelantan dapat cuti peristiwa . Sebenarnya ini juga adalah hadiah untuk Sultan kelantan yang baru di lantik iaitu Sultan Muhammmad ke5. Moga2 Allah terus menambahkan nikmatNya kepada rakyat Kelantan..

Friday, October 29, 2010

Syukur Alhamdulillah..

Setinggi  kesyukuran kepada Allah swt kerana SMK Zainab (1) mendapat tempat ketiga di Kelantan dalam peperiksaan Percubaan SPM 2010...manakala subjek Pendidikan Islam pula mendapat 98% A. Lebih kurang 151 orang calon mengambil subjek Pendidikan Islam dan 3 orang mendapat B manakala seorang lagi mendapat C,  dan selebihnya mendapat A+, A dan A-. Satu pencapaian yang amat membanggakan saya dan semua GPI di SMKZ1.....

Tahniah kepada semua anak didik di atas kesungguhan kalian dan  diharapkan agar kalian semua dapat mengekalkan keputusan ini dalam peperiksaan SPM yang sebenar nanti .. Insyaallah.....

Monday, October 25, 2010

Majlis Anugerah HEM 2010

Tarikh : 18 Oktober 2010 (Isnin)
Masa : 7.50 pagi
Tempat : Laman Info

Antara anugerah-anugerah yang diberikan ialah :
1.Anugerah Kehadiran Pelajar 100%
2.Anugerah HEM untuk guru
3.Anugerah Pelajar Sopan
4.Anugerah Tokoh Ketua Pelajar
5.Anugerah Kelas Ceria




Wednesday, October 13, 2010

Alhamdulillah syukur kerana tajuk ramalan banyak yang keluar..

Syukur kepada Allah swt kerana soalan2 ramalan dalam BUKU SOALAN LATIH TUBI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR 2010 banyak yang keluar dalam peperiksaan Pendidikan Islam PMR 2010 baru2 ini.
Berbaloi jugaklah usaha para Juru Latih Utama Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu menganalisa dan mmenggubal soalan2 ramalan ini . Harap2 kepada pelanggan2 buku ini mendapat hasilnya. Insyaallah.
Begitu juga harapan kali agar soalan2 ramalan dalam BUKU LATIH TUBI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM SPM juga akan keluar dalam peperiksaan Pendidikan Islam SPM 2010 nanti..Insyaallah.... Bagi sesiapa yang ingin kan buku tersebut..buku2 tersebut masih lagi ada stok....CEPAT SEBELUM TERLAMBAT....

Tuesday, September 28, 2010

Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat Untuk PMR di SMK Zainab (1) esok.

Calon2 PMR semakin berdebar2 untuk menghadapi exam tak lama tak...dalam 2 minggu terakhir ini dilaksanakan kelas pecutan terakhir untuk calon2 PMR mengikut subjek masing2..Calon juga menjalani ujian Pra PMR untuk  semua subjek bagi persediaan terakhir untuk menghadapi peperiksaan minggu depan..  Semoga semua calon dapat menunjukkan komitmen dan prestasi terbaik dalam peperiksaan PMR tahun ni . Insyaallah
Esok akan diadakan majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu untuk calon PMR di SMK Zainab (1)... semoga semuanya berjalan lancar...

Sunday, September 19, 2010

Exam PMR / SPM 2010 semakin hampir...

Exam PMR dan SPM semakin menghampiri pelajar...semuanya dah berdebar2 sekarang nak menghadapi peperiksaan..... Ada yang belum habis sukatan pelajaran, ada yang baru habis dan ada yang dah habis... Sebenarnya bulan 9 ni dah di kira sebagai bulan mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi.. sepatutnya tidak ada lagi sukatan pelajaran yang belum habis...bagi mata pelajaran P.Islam rata2 pelajar sudah membuat latih tubi soalan...sama ada soalan luar, soalan ramalan, soalan pra, soalan sbp dan soalan mara.. Salah satu daripada teknik berjaya dalam peperiksaan ialah memperbanyakkan soalan2 latih tubi...
Justeru pastikan setiap saat dan ketika anda menunggu datangnya exam..buatlah sebanyak2banyaknya latih tubi bagi semua subjek...buatlah jadual yang seimbang untuk semua subjek agar semua subjek tidak akan ketinggalan daripada mendapat A..Insyaallah... GOOD LUCK..!!

Tuesday, September 14, 2010

Majlis Khatam Al Quran Sempena Ihya Ramadhan 2010 di SMKZ1

Tarikh: 1 Sept 2010 (Rabu)
Masa : 7.30 pagi - 9.00 pagi

Tempat : Laman Info

Objektif :

1. Memupuk semangat cintakan Al Quran dalam kalangan murid
2. Menyemai sikap suka membaca Al Quran dan menghayati isi kandungannya
3. Membina sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan seharian




"Membina Generasi Al Quran "

Monday, August 16, 2010

Ceramah Awal Ramadan di SMK Zainab (1) 2010

Tarikh : 10 Ogos 2010 (Selasa)
Masa  : 7.45 - 9.00 pagi
Tempat : Laman Info, SMK Zainab (1)
Sasaran : Semua Warga Semenza
Objektif :
 
- Melatih murid-murid mengamalkan amalan sunat dalam bulan Ramadhan
- Memupuk semangat bantu membantu dan bersedekah sesama insan
- Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga Semenza
- Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt

 Ustaz Hj Rusdan daripada SMK Mulong sedang memnyampaikan ceramah
 Pelajar SMK Zainab (1)

Guru dan pelajar
 Ustaz Hj Rusdan sedang menerima saguhati sekolah daripada PK Pentadbiran Tn Hj Mohamad b Mat Daud