Syukur kepada Allah swt kerana makin ramai GPI dari seluruh negara yang menghubungi saya bertanyakan tentang GLA dan Modul Pendidikan Islam ini. Ada yang minta nak tengok contoh dan ada yang nak guna terus untuk kelas masing-masing. Tahniah diucapkan kerana anda telah cuba membuat inovasi dalam P&P walaupun ianya simpel. Apa yang kita nak ialah proses P&P yang berkesan yang melebihi daripada satu hala dalam kelas kerana ini akan memudahkan pelajar memahami pelajaran yang disampaikan. Namun begitu ada yang masih mempertahankan cara lama...