GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Friday, February 20, 2009

Widgets

Nama baru Blog ini : PAI BEST (Pendidikan Islam Best) .blogspot.com

Baru-baru ni seorang guru cemerlang SMKZ (1)telah mencadangkan supaya saya masuk bertanding Guru Inovatif 2009. Mulanya rasa tak nak sebab kurang sihat tapi oleh kerana nama telah diwar-warkan dalam mesyuarat sekolah..so tak dapat tidak kena masuklah jugak..
Nak mencari tajuknya pun satu hal dah la persediaannya dalam masa seminggu saja. nasib baiklah ada buku-buku modul tu. Guna yang tu lah. So dok tengah pilih-pilih tajuk jumpalah dengan PAI Best ..
Yang demikian .. saya nak uar-uarkan hari ini dengan rasminya bahawa nama blog ni telah ditukar kepada pai best.blogspot.com. sempena nama pertandingan Guru Inovatif peringkat PPDKB 2009 . Pai best tu maknanya Pendidikan Islam Best dalam erti kata lain Pendidikan Islam Mudah dan Menyeronokkan. Begitulah kalau nak tarik minat pelajar-pelajar kita ni. Maklumlah Pendidikan Islam ni belajarnya agak menjemukan kalau tidak ada inovasi....Justeru kena rajin-rajinlah reka dan cipta bahan-bahan yang menarik minat anak-anak murid tersayang..

7 komentar:

  1. Tahniah kerana keberanian itu.
    Saya doakan semoga anda berjaya di dalam pertandingan tersebut."NA BOLEH, USTAZAH BOLEH"

    ReplyDelete
  2. Insyaallah..pakat-pakat memartabatkan guru Pendidikan Islam..

    ReplyDelete
  3. Salam kenal.
    Bagus sungguh blog seperti ini. Semoga diteruskan.
    Dan saya doakan juga semoga berjaya, dan menjadi contoh kpd yg lain2.

    ReplyDelete
  4. ermm menarik sungguh.. moga cikgu gigih berinovatif dalam menghasilkan bahan yang mesra pelajar & guru..

    ReplyDelete
  5. Tak ramai orang yg sanggup menerima. Kalau menerima pun kerana terpaksa dan dipaksa. InsyaAllah semoga beroleh kejayaan nanti....

    ReplyDelete
  6. Yang penting IKHLAS. InsyaAllah, pahala berterusan.

    ReplyDelete
  7. Terima kasih CikguZue, Rashid, Tok Nabe dan Abang Long atas semangat yang diberikan... Moga sama-sama berjaya sebagai hambaNya dunia dan akhirat..

    ReplyDelete