GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Tuesday, February 24, 2009

Widgets

Ucapan Sulung Pengerusi Sulung BAKTI Semenza 2009 pada hari Pelancaran BAKTI


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدالله رب العلمين وصلة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.
أما بعد
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Pn. Hjh. Wan Jah Wan Yaacob, Pengetua Cemerlang SMK Zainab (1), Pn. Fatimah Ibrahim, Pen. Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Che Zarah Mat Saman, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, En. Zamari Abd. Wahab, Pen. Kanan Kokurikulum, guru-guru ketua bidang, guru-guru cemerlang , guru-guru serta rakan-rakan yang saya sayangi sekalian. Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Seinfiniti kesyukuran dirafatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kita sama-sama berkumpul dalam satu majlis ilmu ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan jerih-perih dan pengorbanan baginda dapatlah kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam.
Hadirin yang dihormati,
Badan Kerohanian dan Tarbiah Islamiah (BAKTI) merupakan satu organisasi yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan tarbiah terus berjalan di bumi SEMENZA tanpa mengabaikan kecemerlangan dan kemantapan akademik, kokurikulum dan sebagainya. Kita seharusnya bersyukur dengan penubuhan BAKTI ini kerana ia menunjukkan betapa besarnya komitmen yang diberikan oleh semua ustaz, ustazah dan guru dalam menegakkan syiar Islam. Tarbiah atau didikan amat penting untuk makanan hati kita. Ia dibina atas kalimah لآ اله الا الله. Ingatlah bahawa sesiapa yang menyebut kalimah لآ اله الا الله, dia ialah seorang daie. Daie atau pendakwah bertangggungjawab mencegah kemungkaran dan mengajak kepada amar maaruf. Terdapat tiga tugas manusia di muka bumi Allah. Yang pertamanya ialah sebagai hamba Allah dan yang keduanya ialah sebagai khalifah di bumi Allah dan seterusnya ialah sebagai pendakwah di jalan Allah. Kita mestilah menjadi penolong Allah dalam mepertahankan Islam iaitu agama yang syumul (menyeluruh) ini. Jadilah seperti Saidina Hamzah yang sanggup mempertahankan Islam sehingga dibunuh dengan kejam dan dimakan hatinya oleh Hindun.
Warga dewan sekalian,
Antara objektif penubuhan BAKTI ialah:
1. Melahirkan murid yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
2. Melahirkan murid bersahsiah mulia dan cemerlang akademik.
3. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan murid seharian.
4. Mendekatkan murid dengan aktiviti-aktiviti keagamaan yang akan mendidik dan membentuk rohani dan jasmani murid ke arah kecemerlangan hakiki dunia dan akhirat.


Kami, saff kepimpinan BAKTI akan memastikan BAKTI bergiat aktif dalam menyampaikan ilmu Allah kepada semua warga SEMENZA seterusnya kepada masyarakat di sekeliling kami. Insyaallah, antara program penting yang bakal dilasanakan ialah:
1. Kem Kembara Iman.
2. Kem Penghayatan Solat.
3. Majlis ceramah hari-hari kebesaran Islam.
4. Usrah murid asrama.
5. Mengeluar dan mengedarkan risalah tarbiah.
6. Program Penghayatan Bulan Ramadan.
7. Tazkirah dan lain-lain.

Warga dewan sekalian,
Mengikut Imam al-Ghazali :
1. Paling dekat dengan diri kita ialah mati.
2. Paling jauh dengan diri kita ialah masa lalu.
3. Paling besar di dunia ini ialah nafsu.
4. Paling berat di dunia ini ialah menanggung amanah.
5. Paling ringan di dunia ini ialah meninggalkan solat.
6. Paling tajam di dunia ini ialah lidah manusia.

Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua. Insyaallah. Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan di atas segala kekhilafan dan kealpaan diri saya kerana yang baik dan sempurna itu datangnya daripada Allah dan yang buruk dan segala kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri.

اقول قولي هذا واستغفرالله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركة.

0 komentar: