GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Saturday, December 25, 2010

Alhamdulillah...Tahniah kepada semua calon P.Islam SMKZ1 PMR 2010

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah swt kerana keputusan peperiksaan PMR SMKZ1 tahun ni terus melonjakkan pencapaian calon2 pendidikan Islam kepada 85 % kecemerlangan A. Seramai 208 orang mendapat kecemerlangan A daripada bilangan pelajar lebih kurang 243 orang. Seterusnya 36 orang mendapat B dan seorang mendapat C.. Tahun depan insyaallah zero C. Tahniah kepada semua calon PMR SMKZ1 2010 kerana hasil usaha gigih anda akhirnya anda berjaya mencapai kecemerlang...

Saturday, December 4, 2010

Kenaikan harga buku2 GLA & Modul Pendidikan Islam Tkn 1 - 5 cetakan baru tahun 2011.

Dengan dukacitanya dimaklumkan bahawa harga buku2 GLA & Modul P.Islam Tingkatan 1 - 5 terpaksa dinaikkan daripada RM7 kepada RM8 memandangkan harga percetakan dan kos pos yang terus meningkat sekarang. Namun begitu kos pos untuk pelanggan akan terus kekal percuma (ditanggung oleh pihak pembekal). Harap makl...

Tuesday, November 30, 2010

Alhamdulillah...

Semua calon Pendidikan Islam seluruh negara telah selamat menduduki peperiksaan Pendidikan Islam hari ini. Ada calon yang dapat jawab . ada yang agak frust sedikit (boleh jawab tapi tak berapa puashati) .. biasalah macam tu .. boleh jawab ke tidak bergantung atas usaha masing2. Cuma ada sedikit terkilan la di sini sebab soalan yang tak pernah keluar dan disoal selama ini..tiba disoal iaitu berkaitan dengan hukum wakaf, hukum ra dan hukum mad lazim kalimi musaqqal dan mad lazim kalimi mukhaffaf... Justaeru rasanya semua Guru pendidikan Islam perlu...

Sunday, November 21, 2010

Selamat Bercuti kepada semua warga sekolah seluruh negara!!

Musim cuti akhir tahun sudah tiba..rasanya macam2 perancangan bermain2 di kepala anak2 dan parents...nak pergi makan angin..nak masuk kelas al Quran dan Tahfiz...nak tuisyen ... nak kenduri...dan lain2 lagi...harap2 semua perancangan tersebut berjalan dengan lancar dan selamat.. Kepada student form 2 dan form 4 rasanya musim  cuti  ni baik jugak diisi dengan menghafaz ayat2 hafazan pmr dan spm supaya senang bila nak menghadapi pmr dan spm tahun depan nanti.....taklah kena hafaz banyak sangat...mulakan dari sekarang .. satu ayat hafazan...

Friday, November 12, 2010

Ujian Pra Pendidikan Islam SPM telah dilaksanakan dengan jayanya .

Pada 11 November lepas , ujian Pra Pendidikan Islam SPM yang dianjurkan oleh Unit Pendidikan Islam PPDKB telah dilaksanakan dengan jayanya bermula pada jam 8.00-10.00 (Kertas 1) dan jam 10.30 - 12.10 (kertas 2) . Manakala perbincangannya diadakan sebaik sahaja tamat peperiksaan jam 12.10 tengah hari. Kebanyakan  pelajar menyatakan bahawa dengan mengadakan ujian Pra sebegini menjadikan mereka lebih yakin dalam menjawab soalan Pendidikan Islam SPM yang bakal tiba (30 November) nanti. Harapan para JLU P.Islam PPDKB ialah semoga soalan2 yang...

Majlis Makan Malam SMKZ1 2010 Paling Berprestij..

Tarikh : 9 November 2010 (Selasa) Masa : 8.00 malam Tempat : Hotel Renaissance, Kota Bharu ...

Friday, November 5, 2010

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Tahun kepada Murid Tkn 1 & 2

Harap2 semua murid tkn 1 & 2 bersedia untuk berhadapan dengan peperiksaan tersebut pada hari isni ni dengan ilmu yang penuh di dada...Ingat balik teknik2 menjawab soalan terutama sekali mata pelajaran Pendidikan Islam..Ustazah doakan agar semuanya berjaya dengan cemerlang ..Insyaalla...

Saturday, October 30, 2010

Ujian PRA SPM 2010 untuk calon2 SPM di SMKZ1

Sekarang ini berlangsungnya ujian Pra untuk calon2 SPM di SMKZ1.  Antara objektif ujian Pra adalah supaya pelajar2 tidak leka dan terus bersedia untuk menghadapi peperiksaan sebenar.. Bagi mata pelajaran Pendidikan Islam diadakan ujian Pra yang lebih terancang kerana mengikut arahan daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Ujian Pra untuk P.Islam adalah pada 10 Nov nanti dan sebaik sahaja tamat ujian para guru akan bersama pelajar untuk terus membincangkan jawapan ... mudah2an pelajar Semenza akan terus cemerlang..Insyaallah. Kepada semua guru...

Syukur lagi...

Syukur kepada Allah swt kerana Kelantan menang bola sepak piala Malaysia semalam..ekoran daripada itu Kelantan dapat cuti peristiwa . Sebenarnya ini juga adalah hadiah untuk Sultan kelantan yang baru di lantik iaitu Sultan Muhammmad ke5. Moga2 Allah terus menambahkan nikmatNya kepada rakyat Kelanta...

Friday, October 29, 2010

Syukur Alhamdulillah..

Setinggi  kesyukuran kepada Allah swt kerana SMK Zainab (1) mendapat tempat ketiga di Kelantan dalam peperiksaan Percubaan SPM 2010...manakala subjek Pendidikan Islam pula mendapat 98% A. Lebih kurang 151 orang calon mengambil subjek Pendidikan Islam dan 3 orang mendapat B manakala seorang lagi mendapat C,  dan selebihnya mendapat A+, A dan A-. Satu pencapaian yang amat membanggakan saya dan semua GPI di SMKZ1..... Tahniah kepada semua anak didik di atas kesungguhan kalian dan  diharapkan agar kalian semua dapat mengekalkan keputusan...

Monday, October 25, 2010

Majlis Anugerah HEM 2010

Tarikh : 18 Oktober 2010 (Isnin) Masa : 7.50 pagi Tempat : Laman Info Antara anugerah-anugerah yang diberikan ialah : 1.Anugerah Kehadiran Pelajar 100% 2.Anugerah HEM untuk guru 3.Anugerah Pelajar Sopan 4.Anugerah Tokoh Ketua Pelajar 5.Anugerah Kelas Ceria ...

Wednesday, October 13, 2010

Alhamdulillah syukur kerana tajuk ramalan banyak yang keluar..

Syukur kepada Allah swt kerana soalan2 ramalan dalam BUKU SOALAN LATIH TUBI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR 2010 banyak yang keluar dalam peperiksaan Pendidikan Islam PMR 2010 baru2 ini. Berbaloi jugaklah usaha para Juru Latih Utama Pendidikan Islam Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu menganalisa dan mmenggubal soalan2 ramalan ini . Harap2 kepada pelanggan2 buku ini mendapat hasilnya. Insyaallah. Begitu juga harapan kali agar soalan2 ramalan dalam BUKU LATIH TUBI BESTARI PENDIDIKAN ISLAM SPM juga akan keluar dalam peperiksaan Pendidikan Islam SPM...

Tuesday, September 28, 2010

Majlis Restu Ilmu dan Solat Hajat Untuk PMR di SMK Zainab (1) esok.

Calon2 PMR semakin berdebar2 untuk menghadapi exam tak lama tak...dalam 2 minggu terakhir ini dilaksanakan kelas pecutan terakhir untuk calon2 PMR mengikut subjek masing2..Calon juga menjalani ujian Pra PMR untuk  semua subjek bagi persediaan terakhir untuk menghadapi peperiksaan minggu depan..  Semoga semua calon dapat menunjukkan komitmen dan prestasi terbaik dalam peperiksaan PMR tahun ni . Insyaallah Esok akan diadakan majlis Solat Hajat dan Restu Ilmu untuk calon PMR di SMK Zainab (1)... semoga semuanya berjalan lancar...

Sunday, September 19, 2010

Exam PMR / SPM 2010 semakin hampir...

Exam PMR dan SPM semakin menghampiri pelajar...semuanya dah berdebar2 sekarang nak menghadapi peperiksaan..... Ada yang belum habis sukatan pelajaran, ada yang baru habis dan ada yang dah habis... Sebenarnya bulan 9 ni dah di kira sebagai bulan mengulangkaji pelajaran dan membuat latih tubi.. sepatutnya tidak ada lagi sukatan pelajaran yang belum habis...bagi mata pelajaran P.Islam rata2 pelajar sudah membuat latih tubi soalan...sama ada soalan luar, soalan ramalan, soalan pra, soalan sbp dan soalan mara.. Salah satu daripada teknik berjaya dalam...

Tuesday, September 14, 2010

Majlis Khatam Al Quran Sempena Ihya Ramadhan 2010 di SMKZ1

Tarikh: 1 Sept 2010 (Rabu) Masa : 7.30 pagi - 9.00 pagi Tempat : Laman Info Objektif : 1. Memupuk semangat cintakan Al Quran dalam kalangan murid 2. Menyemai sikap suka membaca Al Quran dan menghayati isi kandungannya 3. Membina sifat-sifat mahmudah dalam kehidupan seharian "Membina Generasi Al Quran...

Monday, August 16, 2010

Ceramah Awal Ramadan di SMK Zainab (1) 2010

Tarikh : 10 Ogos 2010 (Selasa) Masa  : 7.45 - 9.00 pagi Tempat : Laman Info, SMK Zainab (1) Sasaran : Semua Warga Semenza Objektif :     - Melatih murid-murid mengamalkan amalan sunat dalam bulan Ramadhan- Memupuk semangat bantu membantu dan bersedekah sesama insan- Mengeratkan silaturrahim dalam kalangan warga Semenza- Meningkatkan ketaqwaan kepada Allah swt  Ustaz Hj Rusdan daripada SMK...

Sunday, August 1, 2010

Slot Bicara Iman dan Pemantapan Sahsiah Murid

Program pemantapan sahsiah murid ini diadakan sebanyak empat siri iaitu siri pertama Tingkatan 5 dan 6, Siri kedua Tingkatan 3 dan 4, siri ketiga Tingkatan 2 dan siri keempat Tingkatan 1. Ceramah disampaikan oleh Pn Hjh Dr Hafidzah bt Mustakim iaitu salah seorang pemotivasi terkenal di Kelantan yang aktif dalam program motivasi di sekolah dan juga program yang melibatkan kaum hawa.&nb...

Monday, July 19, 2010

Lawatan Benchmarking ke SMK Aminuddin Baki Sekolah Berprestasi Tinggi

Tarikh : 16 Julai 2010 (Jumaat) Bukan main bersemangat para guru Semenza siap dengan pakaian seragam yang indah dan ceria seawal jam 7.15 pagi sedang menunggu kehadiran bas untuk SABKL..  Bergambar dengan pakaian rasmi sekolah sambil menunggu basPintu utama SMK Aminuddin Baki Kg Pandan Bergambar dengan barisan pentadbir SABKL Taklimat daripada SABKL...

Sunday, July 11, 2010

Hari Bersejarah - Terima Memo Guru Cemerlang Pendidikan Islam 2010

Tarikh : 11 Julai 2010 (Ahad) Tempat : Dewan Bestari , SK Padang Garong, Kota Bharu Memo disampaikan oleh Tuan Hj Abdul Aziz bin Abdullah (KS Pengurusan Sekolah JPN Kelantan) Seramai 33 orang menerima memo DG 48 dan 5 orang menerima memo DG 44. Guru Cemerlang Pendidikan Islam DG 48 yang menerima  memo ini seramai lebih kurang 5 orang sahaja. Pendidikan Islam  terus gemilan...

Tuesday, July 6, 2010

SMKZ1 dapat Anugerah Tempat Kedua dalam PPDKB bagi mata pelajaran Pendidikan islam

Sekali lagi dipanjatkan kesyukuran kepada Allah SWT kerana SMKZ1 dapat surat ucapan Tahniah dan Syabas daripada Unit Pendidikan Islam PPDKB kerana mendapat tempat ke-2 tertinggi bagi mata pelajaran Pendidikan Islam di seluruh PPDKB selepas SMS Tg Mohd Faris Petra, Pengkalan Chepa. Tak sangka jugak Zainab dapat capai tempat tersebut.. sebab pesaing-pesaing Zainab yang terdiri daripada SMK Dato Ahmad Maher, Maktab Sultan Ismail dan SMK Ismail Petra tak kurang hebatnya berbanding Zainab..Anyway tahun 2009 rezeki Zainab agaknya...  Alhamduli...

Monday, July 5, 2010

Alhamdulillah !! Syukur !!

Syukur kepada Allah swt kerana akhirnya terjawab juga persoalan yang bermain-main di kepala sejak bulan Mac lalu...title GC Pendidikan dah confirm berjaya diperolehi.... Sebelum ni tahniah bertalu-talu tapi tak dapat nak di terima 100% ucapan tahniah tu kerana masih tergantung-gantung lagi keputusannya sama ada betul berjaya atau tidak. Sekarang ni bolehlah...namun begitu title GC ni bukannya untuk di bangga2kan tetapi merupakan satu tanggungjawab...

Thursday, July 1, 2010

Kos Pos Naik Sekali Ganda !!!!

Hari ni dua buah bungkusan buku Nota Bestari dan Buku Latih Tubi Bestari di pos ke Sekolah Dato Abdul Razak, Seremban.. biasanya kos pos dengan 2 bungkusan tu RM16.00 saja tapi hari ni kos pos tiba-tiba dah meningkat kepada RM 29.00. Terkejut betul...naik sekali ganda !!! Teruk jugak macam ni....niat nak sponsor kos pos kepada pengguna2 buku  yang membuat tempahan tapi kalau dah naik mendadak macam tu terasa penat juga nak menanggungnya..... Untuk makluman semenjak Nota Bestari diedarkan semua kos pos ditanggung oleh penerbit. Ini amat menyelesakan...

Saturday, June 26, 2010

Buku Soalan Ramalan P.Islam PMR dah nak 'sold out' ..Cepat sebelum kehabisan!!!

Baru saja 2 minggu berada di pasaran , buku soalan latih tubi berkonsepkan ramalan ni dah nak habis...rasa2nya dah tak mau cetak tambah.. bagi sesiapa yang berhajatkan buku tu cepat2 sikit ya..nanti kalau dah habis tak boleh fotokopi dah kecuali mendapat izin daripada Hak Cipta.. Walaubagaimanapun buku P.Islam SPM dan Tasawwur Islam masih lagi banyak (taklah banyak sangat)... Namun begitu kalau betul2 nak memiliki buku2 tu baiklah cepat2 ya... Sekarang sedang dalam proses mengedit soalan PRA Pendidikan Islam.... Harap2 soalan yang terkandung dalamnya...

Thursday, June 24, 2010

Bengkel Soalan Pra Pendidikan Islam, B.Arab dan Tasawwur Islam 2010

 Setinggi-tinggi kesyukuran kepada Allah  kerana dengan Hidayah dan InayahNya para JLU P.Islam PPD Kota Bharu dapat berkumpul sekali lagi untuk memerah otak menghasilkan soalan PRA P.Islam, BAK dan TI 2010 di Bilik Qin , Hotel Renaissance, Kota Bharu selama 2 hari bermula 23 - 24 Jun 2010.. JLU Pendidikan Islam PPDKB amat berpuas hati kerana dapat mengeluarkan soalan Pra (ramalan) set yang ke empat selepas buku Latih Tubi Bestari yang...

Tuesday, June 8, 2010

Buku Ramalan Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam dah pun siap !!!

Syukur kepada Allah swt kerana kesemua buku-buku ramalan tu dah pun siap.. Insyaallah akan dapat diedarkan secepat mungkin kepada semua GPI yang telah menempahnya lebih awal. Mudah-mudahan soalan-soalan yang terkandung di dalam buku soalan Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Fokus 2010 ini akan dapat membantu para pelajar untuk mencapai A dalam P.Islam Insyaallah.Yang amat-amat diharapkan adalah semoga soalan2 yang telah di susun oleh kumpulan...

Thursday, June 3, 2010

Taklimat Ketua Panitia Pendidikan Islam Menengah PPD Kota Bharu

Tarikh : 2 Jun 2010 (Rabu) Masa : 2.00 - 5.30 petang Tempat : Bilik Mesyuarat , Aras 2, PPD Kota Bharu Agenda : 1. Post Mortem Pendidikan Islam PMR/SPM 2010     Sekolah yang cemerlang dalam Pendidikan Islam PMR / SPM akan diberi sijil anugerah cemerlang     kepada  Panitia Pendidikan Islam.  2. Strategi Kecemerlangan Pendidikan Islam 2010. Antara strategi: - Menghabiskan sukatan dengan segera - Mengadakan teknik...

Tuesday, May 25, 2010

Buku Ramalan Pendidikan Islam PMR / SPM dan Tasawwur Islam

Insyaallah jika tiada aral melintang buku-buku ini bakal menemui semua GPI dan pelajar pada pertengahan Jun ini. Harap-harap agar soalan-soalan yang dianalisan dan digubal oleh panel soalan PPDKB akan keluar sekurang-kurangnya 70% agar dapat membantu pelajar skor markah terbaik. Inilah sahaja yang dapat kami usahakan untuk memperkasakan lagi mata pelajaran Pendidikan Islam di Malaysi...

Friday, May 21, 2010

Hari Guru di SMKZ1 2010

Pelbagai program menarik diadakan.. antaranya:                                                    Pertandingan menggubah tembikai                                                   ...

Hari Keluarga Semenza 2010 di Seri Tujoh Resort, Tumpat.

Tarikh : 15 Mei 2010 (Sabtu) Tempat : Seri Tujoh Resort, Tumpat. Aktiviti hari keluarga : - Boling kelapa - Pertandingan cekoh durian - Pertandingan tiup belon rahsia - Pertandingan bawa bola ping pong dalam sudu - Anugerah anak cemerlang - Barbeque dll - Paling menarik pertandingan rebut coklat. ...

Saturday, May 8, 2010

Buku Soalan Latih Tubi Pendidikan Islam PMR/SPM dan Tasawwur Islam sedang dalam proses percetakan.

Insyaallah 2 - 3 minggu lagi akan terbitlah buku soalan latih tubi berkonsepkan ramalan ini. Harga Buku Latih Tubi Pendidikan Islam SPM - RM 5.00, PMR - RM 3.50 dan Tasawwur Islam RM 4.00. Kalau ada sesiapa yang berminat bolehlah sms terus kepada saya di no 0139861383. Cetakan adalah terhad!!! Siapa cepat dia dapat. Harga pakej buku soalan latih tubi 3 buah ini ialah RM13.00 beserta dengan kos pos. Insyaallah buku-buku ini akan dapat membantu pelajar skor A dalam PMR dan SPM nanti kerana soalannya berformatkan peperiksaan terkini dan telah dianalisa...

Sunday, May 2, 2010

Majlis Anugerah Sinar Wawasan SMK Zainab (1) 2010

ANUGERAH KEPADA PELAJAR CEMERLANG 2009 Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)Tempat : Dewan SemenzaPerasmi : Dato Hjh Noorizan bt Bapoo Hashim(Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia)Operasi Pendidikan, Kementerian Pelajaran MalaysiaPersembahan Pelajar:Choral Speaking - Koir - Hoki - Formula One SMK Zainab (1) Sentiasa Mengungguli Kilauan Za...

Monday, April 26, 2010

Lawatan YBhg.Tan Sri Dato Sri Panglima Dr Hj Ab Rahman Arshad (Penasihat Sekolah Kluster) ke SMKZ (1)

Tarikh : 15 April 2010 (Khamis)Semua warga Semenza amat bangga dan gembira dengan kehadiran Ybhg.Tan Sri Dato Sri Panglima Dr Hj Abd. Rahman Arshad (Penasihat Sekolah Kluster) ke SMK. Zainab  (1) . Mudah-mudahan jalan ke arah  mencapai SBT  bagi SMKZ (1) semakin terbentang luas. Insyaallah dan mudah-mudahan cita-cita Pengetua SMKZ(1) untuk menjadikan Semenza sebagai SBT akan dimakbulkan Allah. Semasa lawatan tersebut Tan Sri dihidangkan...

Saturday, April 24, 2010

Persembahan Powerpoint puteri Semenza

Pelajar Tingkatan 5 Bestari dan 5 Harmoni SMKZ1 2010 telah diberikan tugas untuk menyelesaikan tugasan sekitar tajuk Tamadun Islam dan Tokoh Islam Tingkatan 4 & 5. Para pelajar menyiapkan tugasan masing-masing dan pembentangan telah dilaksanakan pada 2 minggu yang lepas. Masing-masing tak sabar-sabar dan bersemangat untuk membentangkan powerpoint dan menunjukkan kebolehan masing-masing....