Rasanya masih belum terlewat untuk mengucapkan salam tahun baru 2013..
Lama dah rasanya tak menulis di blog ni kerana telalu banyak urusan yang hendak diselesaikan bermula dengan cuti sekolah sehinggalah exam PMR...dan kemudian marking paper...seterusnya masuk markah dan marking paper PMR pulak dan akhirnya dapat result dan seterusnya post mortem pulak.......
Masa exam Pendidikan Islam PMR 2012...sebaik sahaja pelajar2 keluar daripada dewan peperiksaan...kebanyakan pelajar memandang dengan begitu sayu kepada saya...dan dengan nada sedih mereka berkata : "Ustazah..saya dah jawab semua soalan dan buat sedaya upaya...tapi saya agak confuse sebab soalannya agak susah.."..saya lihat kebanyakan mereka keluar dengan muka2 yang agak sedih, frust, confuse...bimbang jawapan yang diberi salah...
Saya menjawab: "Tak apa...awak telah buat yang terbaik ..Insyaallah awak akan berjaya..".
Bila saya amati soalan P.Islam 2012 ..saya dapati memang betul agak susah kerana banyak soalan KBKK dan KBKKnya pula agak tinggi arasnya......memang budak2 susah nak jawab...seperti soalan.: Bagaimanakah cara anda mencontohi sifat maksum para rasul? Mudah ke??
Bila result keluar... saya redha kerana result PMR tahun 2012 agak menurun dan result di peringkat kebangsaan juga menurun walaubagaimanapun syukur Alhamdulillah kerana seramai 75 orang pelajar saya daripada 3 kelas....70 orang dapat A dan 5 orang lagi dapat B...saya amat2 bersyukur kepada Allah kerana memberi kejayaan kepada mereka dan yang amat menggembirakan lagi seramai 26 pelajar saya daripada Tkn 3 Amanah yang saya didik dan asuh sejak Tingkatan 1 dengan perangai dan tingkahlaku yang pelbagai..akhirnya semuanya mendapat A Pendidkan Islam...Alhamdulillah..puas rasa hati ini.....
Bila post mortem soalan dibuat ..rupa2nya baru tau bentuk soalan HOTS (High Order Thinking Skills) telah digunakan oleh LPM.....adoi.....patutlah susah ....sebenarnya pelajar ni bila ada 2 atau 3 soalan susah..mereka akan merasakan bahawa keseluruhan soalan susah..memang soalan2 HOTS ni amat mengganggu....
Justeru saya merasakan tahun 2013 ni pelajar2 perlu didedahkan dengan soalan2 HOTS ni....Insyaallah saya akan cuba sedaya upaya untuk membantu pelajar.....semoga dipermudahkan Allah SWT....
151: Jamadil Akhir 1446H
1 week ago
0 komentar: