Tarikh : 28 Oktober 2008 (Selasa)
Puteri - puteri SMK. Zainab (1) amat bertuah kerana mendapat 'motivasi eksklusif' dari seorang Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia iaitu Yb. Datuk Razali bin Ismail . Banyak pesanan Yb. Datuk kepada puteri-puteri Zainab. Antaranya:
Pantun :
Apalah tanda batang tebu
Batang tebu halus uratnya
Apalah tanda orang berilmu
Orang berilmu halus budinya
(kepentingan ilmu ,akal dan budi pekerti dalam diri pelajar)
Pelajar-pelajar dinasihat supaya :
1. Kenal diri sebagai Hamba Allah
2. Kawal diri (amal sifat taqwa dan elak mengikut nafsu)
3. Memberi diri untuk sesuatu kebaikan (tolong menolong ke arah kebaikan) (The more you give the more you get)
dan sentiasa B-ALERT - sentiasa siap siaga dan bersedia dengan:
B = Blueprint A= Action L=Learning E=Exercise R=Relax T=Thinking
Pelajar digalakkan supaya mengamalkan 3 RQS untuk berjaya:
R=Read (A Boy Who Read Is A Boy Who Lead) R=Review R=Recite Q=Question S=Survey
Nampaknya puteri-puteri Zainab amat terkesan dan terbuka minda dengan motivasi eksklusif ini dan diharapkan agar Yb Datuk dapat datang lagi ..
Pantun khusus buat Yb . Datuk:
BERDIRI MEGAH MEMEGANG PANJI
MEMEGANG PANJI DI KEPALA TITI
INSYA-ALLAH DATUK KAMI BERJANJI
AKAN MENJADI INSAN CEMERLANG DAN BERBUDI PEKERTI
0 komentar: