GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Sunday, October 26, 2008

Widgets

Program Skor 'A' Bimbingan Bestari Pendidikan Islam SPM 2008

Tarikh:
14 - 16 Oktober dan 21-23 Oktober 2008 .
Tempat:
Dewan Besar,
Pejabat Pelajaran Daerah Kota Bharu, Kelantan
Perasmi:
Tn Hj. Mohd. Fakhrurazi bin Hj. Ab. Rahim
(Penolong Pegawai Pelajaran Daerah, Pengurusan Pendidikan Islam PPDKB)
Objektif:
Meningkatkan Prestasi Mata Pelajaran Pendidikan Islam
Sekolah Menengah PPD Kota Bharu tahun 2008


Ustaz Hj. Mohd. Fakhrurazi bin Hj. Ab. Rahim
(Penolong Pegawai Pelajaran Daerah , Pengurusan Pendidikan Islam, PPDKB) sedang merasmikan program.










Kelihatan calon-calon bakal A1 Pendidikan Islam SPM 2008 sedang tekun mendengar ceramah teknik menjawab soalan













Ustazah Hasniah begitu ceria dan bersemangat memberikan ceramah Teknik Menjawab Pendidikan Islam Kertas 1










Erat Silaturrahim. Ustazah Nik Zulina, Ustazah Siti Sharidah dan Ustazah Hasniah bersama-sama menikmati juadah tengah hari setelah selesai menjalankan tugas. Namun begitu perjuangan masih belum selesai..










Pakar Motivasi Dr Hafidzah bt. Mustakim tidak jemu-jemu memotivasi pelajar dengan bahan yang begitu merangsang pelajar untuk skor A Pendidikan Islam.
Shukran Jazilan Wa Jazaakallahu Khairan Kathiraa Doktor !!







Pelajar sentiasa bersedia dan tak sempat nak lena..
Moga kalian berjaya dengan cemerlang. InsyaAllah..
Tapi jangan lupa solat Hajat ya..











Semuanya bersemangat...Penceramah, Fasilitator dan Pelajar.. InsyaAllah semoga usaha kami berbaloi..












Seorang pelajar yang sedang menjawab soalan dari Fasilitator. Keberanian yang amat dibanggakan...
Program berakhir pada 23 Oktober dengan jayanya.
Syukur Alhamdulillah.

Semoga usaha Pengurusan Pendidikan Islam dan Juru Latih Utama PPDKB ini akan mencapai objektifnya , InsyaAllah. Amin.

0 komentar: