Setelah mengalami kegagalan meningkatkan prestasi kualiti kecemerlangan mata pelajaran Pendidikan Islam PMR dan SPM di SMKZ1 pada tahun 2011, tahun ini Panitia Pendidikan Islam dan ahli jawatankuasanya mengatur strategi untuk menggempur calon2 PMR dan SPM supaya kecemerlangan akan dapat ditingkatkan semula pada tahun ini Insyaallah...
Antara strategi yang telah dilaksanakan ialah Program Garap 'A' Pendidikan Islam PMR dan SPM. Program Garap A Pendidikan Islam SPM telah dilaksanakan pada 30 April yang lepas. Seorang guru cemerlang Pendidikan Islam di kelantan telah dijemput untuk membimbing pelajar iaitu Ustaz Wan Abrisam daripada SMK Sultan Abdul Samad Pulai Chondong. Manakala Program Garap A Pendidikan Islam PMR telah diadakan pada hari ini 8 Mei 2012 dengan mendapat bimbingan daripada Ustazah Hasniah bt Hashim iaitu seorang Guru Kanan Sains Sosial di SMK Mulong.. Mudah2an berkat bimbingan dan bantuan kedua2 guru cemerlang ini akan dapat meningkatkan lagi prestasi mata pelajaran Pendidikan Islam di SMKZ1 pada tahun 2012 ni..Insyaallah...
Banyak lagi strategi yang akan dilaksanakan..insyaallah..tunggu dan lihat..
152: Sya'aban 1446H
2 months ago
0 komentar: