GLA (GUIDED LEARNING APPROACH) & MODUL PENDIDIKAN ISLAM TKN 1-5

Berita baik untuk semua GURU dan PELAJAR Pendidikan Islam!! Kini anda tidak perlu lagi menyalin nota yang panjang serta merugikan masa anda. Anda hanya perlu menyalin point-point penting yang selaras mengikut skima peperiksaan serta mudah untuk membaca dan mengulangkaji serta mudah dirujuk ketika hendak menghadapi peperiksaan. Masa anda juga dapat dijimatkan serta pembelajaran dalam kelas juga lebih EFEKTIF dan BERKESAN disamping sukatan dapat dihabiskan dengan cepat. Anda juga tidak perlu menggunakan buku "LOG" yang tebal dan berat untuk menyalin nota. Dapatkan segera !!!

BUKU RUJUKAN NOTA BESTARI PENDIDIKAN ISLAM PMR & SPM

Dapatkan Buku Rujukan Nota Bestari Pendidikan Islam yang ditulis oleh Juru Latih-Juru Latih Utama Pendidikan Islam PPDKB. Ianya yang amat berguna untuk calon-calon Pendidikan Islam Tingkatan 1 hingga 5. Buku rujukan ini mengandungi nota-nota penting Pendidikan Islam PMR dan SPM serta sesuai dijadikan rujukan oleh para pelajar dan guru Sekolah Menengah. Isi kandungannya adalah merujuk 100% kepada buku Teks Pendidikan Islam KBSM Tingkatan 1 - 5. Harga AMAT MURAH sekali !!! Pastikan jangan terlepas buku ini.


UNTUK MAKLUMAT LANJUT TENTANG PAKEJ BUKU YANG DITAWARKAN.. SILA KLIK DISINI..

Thursday, February 26, 2009

Majlis Ceramah Sempena Maulidurrasul SMK Zainab(1) 2009 / 1430H






Tarikh : 26 Februari 2009 bersamaan 1 Rabiulawwal 1430 H
Masa : 8.00 pagi
Tempat : Laman Info, Semenza
Penceramah : Tn Hj Mohd Fakhrurrazi b Hj Ab Rahim
(Penolong Pegawai Pelajaran , Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu)

Program ini diadakan oleh pihak Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Takmir Musalla dengan kerjasama Badan kerohanian dan Tarbiah Islamiah (BAKTI Semenza) yang dianggitao oleh murid sekolah bertujuan untuk meningkatkan kecintaan warga Semenza kepada Nabi Muhammad saw, Rasul yang paling agung dan penghayatan terhadap sunnah Rasul serta pembentukan syakhsiah mulia dalam kalangan warga sekolah. Ianya merupakan program tahunan sekolah dengan mengadakan majlis ceramah tentang Rasulullah saw dan pemantapan amalan sunnah dalam kehidupan seharian.
OBJEKTIF:
1. Menyemarakkan kecintaan warga Semenza kepada Rasulullah saw.
2. Meningkatkan penghayatan ibadat di kalangan warga Semenza.
3. Memupuk sifat-sifat mulia dalam diri pelajar.
4. Mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan warga Semenza.

Wednesday, February 25, 2009

Soalan UTK (1) Pendidikan Islam Tkn 1,2 dan 4 dah sampai ke sekolah..

Al Kisah maka Ustaz dan Ustazah SMKZ(1) pun melihat soalan-soalan yang keluar dalam UTK (1) tu ... maka didapati tajuk-tajuk yang disoal tak diajar lagi...Kalau nak dikira hanya 10 tajuk yang masuk..dah ikut rancangan tahunan ..belajar pun dah dua bulan tapi tak sempat nak ajar sebab terlalu banyak program sekolah yang menyebabkan masa belajar banyak tertunggak...So apa nak tunggu-tunggu lagi ??? Ajarlah cepat-cepat ya... buatlah kelas tambahan petang untuk cover tajuk-tajuk tu..

Begitulah senario kehidupan cikgu, selalu busy fikir pasal murid....tak diajar nanti murid tak dapat jawab. Terpaksalah berkorban tenaga untuk anak murid..tapi tak apa cikgu ..buatlah dengan ikhlas insyaallah dapat ganjaran besar daripada Allah...

Guru ibarat lilin...

Tuesday, February 24, 2009

Ucapan Sulung Pengerusi Sulung BAKTI Semenza 2009 pada hari Pelancaran BAKTI


بسم الله الرحمن الرحيم
الحمدالله رب العلمين وصلة والسلام على اشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين.
أما بعد
Terima kasih kepada Pengerusi Majlis. Yang Berusaha Pn. Hjh. Wan Jah Wan Yaacob, Pengetua Cemerlang SMK Zainab (1), Pn. Fatimah Ibrahim, Pen. Kanan Pentadbiran, Pn. Hjh. Che Zarah Mat Saman, Pen. Kanan Hal Ehwal Murid, En. Zamari Abd. Wahab, Pen. Kanan Kokurikulum, guru-guru ketua bidang, guru-guru cemerlang , guru-guru serta rakan-rakan yang saya sayangi sekalian. Assalamualaikum dan salam perpaduan.
Seinfiniti kesyukuran dirafatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia-Nya dapatlah kita sama-sama berkumpul dalam satu majlis ilmu ini. Selawat serta salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. kerana dengan jerih-perih dan pengorbanan baginda dapatlah kita merasai dua nikmat yang terbesar iaitu nikmat iman dan Islam.
Hadirin yang dihormati,
Badan Kerohanian dan Tarbiah Islamiah (BAKTI) merupakan satu organisasi yang memainkan peranan penting dalam memastikan kelangsungan tarbiah terus berjalan di bumi SEMENZA tanpa mengabaikan kecemerlangan dan kemantapan akademik, kokurikulum dan sebagainya. Kita seharusnya bersyukur dengan penubuhan BAKTI ini kerana ia menunjukkan betapa besarnya komitmen yang diberikan oleh semua ustaz, ustazah dan guru dalam menegakkan syiar Islam. Tarbiah atau didikan amat penting untuk makanan hati kita. Ia dibina atas kalimah لآ اله الا الله. Ingatlah bahawa sesiapa yang menyebut kalimah لآ اله الا الله, dia ialah seorang daie. Daie atau pendakwah bertangggungjawab mencegah kemungkaran dan mengajak kepada amar maaruf. Terdapat tiga tugas manusia di muka bumi Allah. Yang pertamanya ialah sebagai hamba Allah dan yang keduanya ialah sebagai khalifah di bumi Allah dan seterusnya ialah sebagai pendakwah di jalan Allah. Kita mestilah menjadi penolong Allah dalam mepertahankan Islam iaitu agama yang syumul (menyeluruh) ini. Jadilah seperti Saidina Hamzah yang sanggup mempertahankan Islam sehingga dibunuh dengan kejam dan dimakan hatinya oleh Hindun.
Warga dewan sekalian,
Antara objektif penubuhan BAKTI ialah:
1. Melahirkan murid yang beriman, bertakwa dan beramal soleh.
2. Melahirkan murid bersahsiah mulia dan cemerlang akademik.
3. Menerapkan nilai-nilai murni dalam kehidupan murid seharian.
4. Mendekatkan murid dengan aktiviti-aktiviti keagamaan yang akan mendidik dan membentuk rohani dan jasmani murid ke arah kecemerlangan hakiki dunia dan akhirat.


Kami, saff kepimpinan BAKTI akan memastikan BAKTI bergiat aktif dalam menyampaikan ilmu Allah kepada semua warga SEMENZA seterusnya kepada masyarakat di sekeliling kami. Insyaallah, antara program penting yang bakal dilasanakan ialah:
1. Kem Kembara Iman.
2. Kem Penghayatan Solat.
3. Majlis ceramah hari-hari kebesaran Islam.
4. Usrah murid asrama.
5. Mengeluar dan mengedarkan risalah tarbiah.
6. Program Penghayatan Bulan Ramadan.
7. Tazkirah dan lain-lain.

Warga dewan sekalian,
Mengikut Imam al-Ghazali :
1. Paling dekat dengan diri kita ialah mati.
2. Paling jauh dengan diri kita ialah masa lalu.
3. Paling besar di dunia ini ialah nafsu.
4. Paling berat di dunia ini ialah menanggung amanah.
5. Paling ringan di dunia ini ialah meninggalkan solat.
6. Paling tajam di dunia ini ialah lidah manusia.

Sebelum mengakhiri ucapan saya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian semua. Insyaallah. Saya juga ingin memohon sejuta kemaafan di atas segala kekhilafan dan kealpaan diri saya kerana yang baik dan sempurna itu datangnya daripada Allah dan yang buruk dan segala kelemahan itu datangnya daripada diri saya sendiri.

اقول قولي هذا واستغفرالله العظيم لي ولكم والسلام عليكم ورحمة الله وبركة.

Sunday, February 22, 2009

Martabatkan pelajar dengan BAKTI (Badan Kerohanian dan Tarbiah Islamiah)


Nama Program : Majlis Pelancaran BAKTI dan Penyampaian Watikah Pelantikan
Tarikh perasmian : 22 Februari 2009 (Khamis)
Tempat : Dewan Semenza, SMK Zainab (1)
Perasmi : Pn Hjh Wan Jah bt Wan Yaacob (Pengetua SMKZ1)


Maksud BAKTI ialah Badan Tarbiah dan Kerohanian Islamiah iaitu satu unit kecil di bawah Jawatankuasa Penghayatan Islam sekolah.
AJK BAKTI terdiri daripada para pelajar tingkatan 1 - 6 Atas

Objektif utama BAKTI ialah untuk memartabatkan pelajar dan melibatkan mereka secara langsung dalam aktiviti keagamaan atau dakwah sekolah selain daripada melatih pelajar supaya lebih berketrampilan dan berkeupayaan menguruskan sesuatu program terutamanya program keagamaan sama ada di dalam sekolah atau luar sekolah dengan cemerlang.

AJK BAKTI akan menjadi fasilitator keadaan setiap program agama yang akan dijalankan dan mereka akan menguruskan program tersebut dari awal hingga akhir dengan bantuan dan tunjuk ajar dari Jawatankuasa Penghayatan Islam Sekolah.


AJK Bakti Aisyah Syakira sedang mengacarakan majlis

Pengetua SMKZ1 Pn Hjh Wan Jah bt Wan Yaacob sedang merasmikan majlis

Pengerusi BAKTI Nur Izzati sedang menerima watikah pelantikan daripada Pengetua

Ikrar AJK BAKTI


Penubuhan BAKTI amat penting kerana ianya boleh membantu membina dan membangunkan pelajar sekolah sebagai modal insan yang beriman , bertaqwa , berilmu dan beramal suatu hari nanti. InsyaAllah.

Saturday, February 21, 2009

Buku NOTA BESTARI dan MODUL Pendidikan Islam terus mengorak langkah memberi khidmat kepada pelajar-pelajar di seluruh negara....

Alhamdulillah syukur kepada Allah kerana buku-buku nota dan modul Pendidikan Islam yang disiarkan di blog ini dah semakin ramai peminatnya. Syukur kerana buku-buku Pendidikan Islam ini dapat dimanfaatkan oleh semua pelajar di Malaysia Timur dan Barat. Harapan besar penulis agar pengguna-pengguna buku ini akan dapat cemerlang PAI sama ada dalam PMR mahupun SPM.
Antara sekolah-sekolah luar Kelantan yang memesan buku Nota Bestari Pendidikan Islam ini ialah MCKK Kuala Kangsar, SDAR N.Sembilan, SMKA Segamat Johor, SMK Tuanku Abdul Rahman, SMK Hillcrest dan lain-lain. Buku Modul Pendidikan Islam pula telah ditempah untuk semua tingkatan oleh SMK Bandar Baru Sungai Buloh. Moga semuanya cemerlang dan terus cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam..
Penulis juga berharap agar sekolah-sekolah yang mengetahui tentang buku Pendidikan Islam ini tolonglah sampaikan kepada sekolah-sekolah lain agar mereka juga dapat manfaat daripadanya.. Insya-Allah.
Ramai pengguna yang bertanya: Tahun 2009 buku-buku ni naik harga tak?? Jawapannya : Tidak . Alhamdulillah harganya kekal seperti dulu..dan insyaAllah penulis tidak bercadang untuk menaikkan harga kerana hasrat utama ialah supaya semua pelajar dapat manfaat daripadanya dan seterusnya cemerlang dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Malah setiap pesanan kos posnya adalah percuma..InsyaAllah berkat..... Tak lama lagi sebuah buku baru akan diterbitkan khusus untuk para pelajar iaitu berkenaan dengan erti sebenar pelajar cemerlang dan doa-doa untuk kecemerlangan...Sama-samalah kita tunggu kehadirannya...

Friday, February 20, 2009

Nama baru Blog ini : PAI BEST (Pendidikan Islam Best) .blogspot.com

Baru-baru ni seorang guru cemerlang SMKZ (1)telah mencadangkan supaya saya masuk bertanding Guru Inovatif 2009. Mulanya rasa tak nak sebab kurang sihat tapi oleh kerana nama telah diwar-warkan dalam mesyuarat sekolah..so tak dapat tidak kena masuklah jugak..
Nak mencari tajuknya pun satu hal dah la persediaannya dalam masa seminggu saja. nasib baiklah ada buku-buku modul tu. Guna yang tu lah. So dok tengah pilih-pilih tajuk jumpalah dengan PAI Best ..
Yang demikian .. saya nak uar-uarkan hari ini dengan rasminya bahawa nama blog ni telah ditukar kepada pai best.blogspot.com. sempena nama pertandingan Guru Inovatif peringkat PPDKB 2009 . Pai best tu maknanya Pendidikan Islam Best dalam erti kata lain Pendidikan Islam Mudah dan Menyeronokkan. Begitulah kalau nak tarik minat pelajar-pelajar kita ni. Maklumlah Pendidikan Islam ni belajarnya agak menjemukan kalau tidak ada inovasi....Justeru kena rajin-rajinlah reka dan cipta bahan-bahan yang menarik minat anak-anak murid tersayang..

Thursday, February 19, 2009

Olahraga Tahunan Sekolah SMK Zainab (1)

Hari ini 19 Februari 2009 (Khamis) merupakan hari olahraga tahunan SMK Zainab (1) kali ke 55. Majlis tamat pada jam 6.00 petang. Nampaknya puteri-puteri zainab ni memang semangat bersukan. Ada yang betul-betul macam atlit negara. Dua round pusing padang pun tak nampak penat. Baguslah macam tu. Islam menggalakkan umatnya bersukan kerana aqal yang cerdas berada pada tubuh yang sihat.

Sukan juga boleh mengukuhkan silaturrahim. Sambil-sambil tu boleh tambah dana persatuan atau kelab.Jual colek dan keropok goreng. Hai ..seronok betul. Boleh release tension . Baguslah tu. Tapi yang sedihnya tak dapat nak ambil gambar sebab talipon habis bateri. Kalau tak dah terpampang gambar atlit zainab hari ni. Cuma satu saja pesan ustazah, masa bersukan tu pakat-pakat jagalah aurat kita yang perempuan ni,aurat lengan , kaki dan rambut tu agak berleluasa juga nampaknya. Nak buat yang sunat , yang wajib mesti di jaga.. Tinggal yang wajib berdosa kan wahai puteri-puteriku tersayang.....

Wednesday, February 18, 2009

Soalan Ujian Tahap Kecekapan (1) Pendidikan Islam Tkn 1,2 & 4 sudah siap cetak!!

Perhatian kepada semua Ketua Panitia Pendidikan Islam di PPD Kota Bharu, sila datang ambil soalan UTK (1) Pendidikan Islam Tkn 1,2 & 4 di Unit Pendidikan Islam PPD Kota Bharu. Soalan tersebut boleh digunakan untuk Ujian Berasaskan Sekolah 1 (UBS 1) nanti. Pastikan soalan tak bocor. Kalau bocor tak ada keesahannya.

Thursday, February 12, 2009

Pendidikan Islam Teras Utama Dalam Membina Modal Insan Terbaik

Alhamdulillah bersyukur kepada Allah kita masih lagi dapat menghirup udara segar di bumi Allah swt. Masih lagi dapat meneruskan perjuangan mengikut bidang masing-masing.Masih lagi dapat berfikir dan meneroka alam ini . masih lagi dapat berbicara dan bertukaran idea dan masih lagi dapat berusaha membangunkan modal insan minda kelas pertama yang akan berjaya di dunia dan juga akhirat...

Ayuh ustaz dan ustazah .. sebagai guru Pendidikan Islam teruskan usaha anda tanpa jemu mendidik dan membimbing pelajar dalam bidang Pendidikan Islam kerana tiada hasil yang paling nikmat kecuali bila kita melihat murid di bawah bimbingan kita menjadi insan yang berguna . Kalau tidak keseluruhan , separuh daripadanya pun dah alhamdulillah. Target mesti semua pelajar tapi nak capai itu adalah perkara mustahil. Tapi kalau dapat dapat semua, itu adalah anugerah ilahi. Al Muhimm perlu usaha ke arah itu... dan caranya ikut kemampuan masing-masing.

Memang tak dapat dinafikan Pendidikan Islam merupakan teras utama dalam pembinaan modal insan yang terbaik. Justeru, gunakanlah kuasa mendidik yang ada di tangan kita dengan sebaik-baiknya tanpa jemu. Jangan jagi guru yang hanya memikirkan cukup bulan dapat gaji tapi fikir lah bagaimana keadaan insan-insan yang memerlukan bimbingan kita di sekolah. Rancanglah program-program yang boleh membina sahsiah pelajar supaya mereka kelak akan lahir sebagai pelajar yang seimbang , sempurna dari segi sahsiah dan juga tinggi dari segi akademiknya.

Semuanya berada di tangan anda sebagai ustaz dan ustazah.. Mulalah dari sekarang..Insyaallah anda akan dapat melihat hasilnya satu hari nanti . Al Muhimm jangan mudah putus asa.. Insyaallah jika ada kemahuan di situ ada jalan.

Tuesday, February 10, 2009

Ceramah Maal Hijrah 1430 H anjuran Jawatankuasa Penghayatan Islam dan Takmir musalla SMK Zainab (1)






Tarikh : 22 Januari 2009 - Khamis (29 Muharram 1430 Hijrah)
Tempat : Laman Info, SMK Zainab (1)
Penceramah : Dr Hafidzah bt. Mustakim